myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Saturday, August 15, 2009

We See what We Want to See

4 Hari lalu

Sepetang yang cerah bersama langit yang putih. Suatu apapun tak kelihatan. Tiada awan, langsung. Langit putih! Atau apa mungkinkah semuanya awan? Hurm.. 'bosan'.

Seekor burung terbang menerjah sapaan mataku. Ahh..seekor layang-layang. Rekabentuk sayap yang cantik. (^^) indahnya ciptaan.. Ku susuri tiap haluan lelayang itu..jauh, jauh dan kian menjauh. Menjadi satu..dua..tiga..empat..lima. Ouh! Banyaknya!!! Langit yang putih itu rupa-rupanya menyimpan berpuluh lelayang yang berterbangan! S u b h a n a ll a h . .. 

Kupejam mata lama sedikit. Melihat ke arah lain, sebelum kembali menatap langit. Kembali putih. Pandangan biasa yang kosong. Senyuman kecil terukir. Baik, saya akan mencari kamu! Kembali fokus. Dapat! Sedikit..bertambah lagi..lagi..dan lagi. Itu dia! Puluhan layang-layang yang bebas riang di luar lemparan pandangan biasa. =)

2 Hari lalu

Ku duduk berayun di buaian biru itu. Mendongak ke langit yang bercorak aneh putih. Laju dan laju. Ahh..nikmatnya angin bersama keluasan itu. Langit itu sungguh luas, bukan? Ahhaha..seronoknya. 

Ouch. Sesuatu menyibuk-nyibuk di depan mata. Ku toleh ke kiri, benda itu mengikut. Ke kanan, aha..masih ada. Ke atas.. benda itu bergerak sama. Tapi kemudiannya melurut semakin jatuh. Dan aku pula semakin mengikutnya, semakin jauh ia bergerak. Haihh.. 

Pasti makhluk seni yang sejak dulu menghuni lapisan terluar bebola mata. Yang kufikirkan dahulu mungkin khayalan semata. Hrm...kanta mata mula beroperasi sebagai mikroskop. Latar langit itu sungguh membantu. Lihat..wah. Rupanya lebih kurang bakteria! Pasti itu bakteria. Ada satu, dua dan tiga. Kelihatan sel-sel yang bergabung membentuk rantaian panjang seperti cacing. Sama macam yang selalu kita tengok melalui mikroskop. Tak sangka Tuhan mengurniakan setiap kita sepasang mikroskop tulen..masyaAllah.

Seronok pulak dapat melihat yang aneh-aneh itu. Ku lakukan percubaan kedua, ketiga dan seterusnya. Ada sesuatu lagi. Sesuatu yang banyak dan seolah-olah bergerak, berlanggar sesama sendiri. Pergerakan yang rawak! ouh, apakah itu.. apakah itu zarah-zarah gas?? Hrm.. kuhalakan pandangan pada langit yang lebih cerah. Ahh..benda itu bersinar-sinar. Ouh, cantiknya! Bagaikan melihat satu lagi koloni bintang-bintang bersinar di siang hari. Tapi kali ini lebih menarik, kerana ia bergerak dan berlanggar sesama sendiri! Huhuu..subhanallah..cantiknya..

Begitu juga Islam, kalau tak mahu, tak nampak...

"Sesungguhnya penghidupan dunia ini, bagaikan air yang turun dari langit, maka tumbuh kerananya tumbuh-tumbuhan bumi, dari makanan manusia dan ternak. Dan ketika bumi telah berhias indah, sehingga penduduknya mengira telah berkuasa sepenuhnya, tiba-tiba datanglah bencana yang Kami turunkan di waktu malam atau siang hari, maka Kami jadikan semua bangunan itu bagaikan tersapu bersih, bagaikan tanaman yang telah habis diketam, seolah-olah kelmarinnya memang tidak ada apa-apa. Demikianlah Kami menjelaskan ayat (bukti) kekuasaan bagi kaum yang berfikir."
~Yunus 24~

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah harta bendamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Dan barangsiapa berbuat demikian, mereka itulah orang-orang yang rugi.

Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu, sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesali):

"Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang soleh."

Dan Allah tidak akan menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.
(al-Munafiqun : 9~11)


Antara nikmat cuti/belajar - H1N1
kelapangan dan kesempitan
jua kedatangan Ramadhan :)
Semoga Allah membuka mata hati kita untuk melihat keindahan agamaNya..

2 comments:

  1. buta mata tak nampak jalan didunia kerana tak nampak cahaya..
    buta hati tak nampak jalan nak dituju, ke hilir atau ke hulu..

    buta mata lebih baik dari buta hati.. seorang yang buta hati, pandangan matanya tidak sampai kepada merasa kebesaran tuhan,malah bertambah jauh lagi kerana kemaksiatan yang dilakukan..

    sebaliknya si buta mata, pergantungan dengan tuhan lebih kuat. Malah dia lebih menghargai nikmat lain yang tuhan berikan..Bukan seperti si celik yang sering menggunakan nikmat ke jalan yang salah..

    Benar, islam kalau tak nampak, tak kenal, maka tak cintalah kita kepadanya.. sebaliknya menjadi beban pula..nauzubillah..

    ReplyDelete

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial