myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Thursday, September 23, 2010

ICP n brain compression


"Kenapa mata akak merah?"

Err.. . sendiri tak perasan, betul ke ketara merah? huhh.. Sapaan-sapaan di Garda National Immigration Bureau sekurang-kurangnya memendekkan masa yang sedang dihayati hanya untuk sekeping kad kecil. Sy sudah rehatkan 2jam, sepatutnya meringankan sedikit 'intracranial pressure' dalam kepala nie. Hurm..

Mungkin benar-benar kurang oksigen, kepala terasa agak berat hari ini. Sepertinya sel-sel otak sedang 'stress'. Maka, pergi jugalah tutorial yang bertajuk Head Injury dan Stroke. Belajar sambil menikmati...

Haih, hilang nikmat sebelah hidung, hidup sudah jadi tidak keruan.. Belum lagi hilang pernafasan, atau mungkin tiba-tiba kadar oksigen di muka bumi berkurangan secara mendadak. Hah, kan...wahaa.

Sudah tertidur lama tanpa sedar, kemudian segera bersiap untuk menaiki bas, pukul 530pm! Uh, sangat lama di dalam bas... hampir 60minit. Begitu terseksa melihat kesesakan lalu lintas.. kerana rasa asyik nak bersin..dengan selsema, sungguh tak selesa. Tapi susah nak 'mengurang'kannya dengan kehadiran penumpang-penumpang lain di dalam Dublin bus... segan + tidak mahu mengganggu ketenteraman awam...hhu

Lamanya hari ini, sy orang pertama yang menunggu, pakcik, sy serahkan borang itu paling awal. Sampai hati pakcik panggil nama sy di hujung-hujungan. Huhu...nak buat macam mana. Ini kali terakhir sy berpijak di bangunan ini. Selepas ini tiada lagi, insyaAllah.. horay~

Oklah...si pesakit memerlukan rehat yang panjang. Ya, sebelum itu harus makan nasi..sangat laparlah ='(

Mungkin akan telan sebiji lagi...


yakin sangat
wajah sangat 'abnormal'
srottt...srottttttttt

Monday, September 20, 2010

Fenomena Nurien


Awal pagi selepas subuh

Nenek : "awal putar mesin (basuh baju) hari ni?"
(sambil menyibuk-nyibuk di tepi 'robot' baru, menengok-nengok orang berbuat kerja. nada seperti sengaja-sengaja tanya)

Mak dara : "hmmmm...nurien kan nak balik~ kena la basuh baju awal sket.."
( kita berilah jawapannya kan... yalah, kata nurien gerak lepas subuh, nanti sampai kerja tak beres lagi pulak.. xbestlah..i kan xsabar nak menyambut nurien)

8minit kemudian,
Atok tersengih-sengih keluar dari tandas, memandang isterinya yang seperti 'busy' berbuat sesuatu.

Atok : "Hai, bukan main smart pulak mak dia mengemas umah..."
Nenek : "hai..nurien kan nak baliiiiikkkkkkkkk"

Mak dara sekadar mendengar dan gelak-gelak dalam hati dari sebuah bilik 'pengantin' sambil melipat kain jemuran semalam. Geli hati menyaksikan suasana rumah bila sang cucu hendak pulang.

Tak sampai seminit,

Nenek : "Eh, awal pulak lipat baju." (dengan nada yang lebih-lebih lagi sengaja)
Kedengaran gelak-gelak kecil daripada atok dan nenek dari ruang tengah rumah.

Mak dara : (cesss, aku pulak yang kena)


* * * * *

"Kata gerak lepas subuh", atok sibuk bertanya sambil melihat jam dinding sudah hampir jam 0800 mungkin. 2,3 minit kemudian, kedengaran enjin motorsikal menderum pergi...entah ke mana atok pergi.

"M*****, tolong mak ambil lighter, mak nak bakar sampah lah".
"Har, boleh2. I pun nak bakar sampah jugak", tak semena-mena rajin pulak mak dara hari ni. Habis berkepul-kepul asap di sana sini. Membakar dedaun kering,pelepah kering dan kertas-kertas sampah. Bahang betul duduk dekat api. Baru panas dunia nih, kalau api neraka nanti huhu mesti lagi dahsyat panasnya dari ini. Berkeringat berasap sungguh pagi itu.

"Biar nyamuk lari, jangan gigit dak nurien nanti",
Mak dara sekadar gelak-gelak. Bukan main lagi nyamuk pun tak boleh gigit cucu dia. Hahaa~

'Pin pin..'
Atok muncul dengan motorsikalnya sambil menyeru, "nurien dah balikkk~" dengan girangnya.
Sekilas nenek memandang mak dara sambil berbisik, "bukan main suka lagi cucu dah balik.." hehehe..

Sejurus kemudian, naiklah sebuah kereta automatik 'eh,terlupa jenama apa' membawa cucu tunggal kesayangan ke daratan Lelong Height.

Nurien cuma pandang terpinga-pinga. Mesti dah lupa 'orang-orang kampung' yang ditinggalkan baru 2minggu jea pun. Meh, mak dara bawak masuk dalam dengan baju bau asapnya. =p




rindunya nak tengok baby yang malu-malu
bila dipanggil namanya...


Tuesday, September 14, 2010

30/10/10 ???


Sedang menatap pohon yang lebih tinggi di sebelah pohon epal. Bergerak-gerak ke kiri ke kanan dipuput bayu bumi 'orang putih'. Di belakangnya awan berarak dari kiri ke kanan... perlahan-lahan.. kehidupan! ^.~

Sambil lagu
Binnabil Huda gemersik kedengaran, berputaran dari laman 'youtube'. Selawat nabi bergema-gema, beriring nada-nada merdu. Awan terus berarak dan menghilang. Berganti awan baru. Bila beredar yang putih, maka tertinggallah latarnya yang membiru.. Subhanallah. Pepohon terus melambai rindu. Mungkin berjuta salam sudah diucapkan kepada kekasih yang dicintai Rabbal Alamin. Kepada penghulu, Sohibul Azman Rasulullah s.a.w...

Dahulu sy selalu tertanya, paling tidakpun sekali sekala memikirkan. Untuk apa kita disuruh dan dituntut berselawat ke atas junjungan Nabi yang mulia. Sy tidak nampak di manakah buahnya. Mungkin juga kita pernah berfikir, apakah manfaatnya kepada Rasulullah s.a.w. sedangkan dirinya sendiri adalah kekasih yang sangat-sangat dicintai ALLAH. Sudahpun dijanjikan syurga. Lalu, mengapa masih kita disuruh berselawat (mendoakan) ke atas baginda?

Masa berlalu, jawapan demi jawapan bertamu. Logik pada pemikiran kita, itulah cara Tuhan melebihkan kekasihNya daripada sekalian manusia. Doa-doa kita bukanlah menjadi sesuatu yang menyelamatkan atau menjadi suatu manfaat ke atas baginda Rasul, bahkan dengannya tertonjollah kemuliaan dan ketinggian kedudukan Rasulullah kekasih Tuhan itu. Sedangkan seorang Raja biasa pun rakyat begitu mendoakan, apatah lagi Rasulullah pemilik semua zaman. Rasulullah s.a.w yang peranannya sungguh tinggi dalam menyelamatkan insan dari jalan-jalan yang dimurkai Tuhan. Rasulullah s.a.w yang masih berperanan sehingga hari ini meskipun zahirnya jasad baginda sudah dimakamkan. Rasulullah s.a.w yang nurnya telah diciptakan lebih dahulu dari apapun sebelum alam ini dan segala isinya diciptakan. Bahkan sebelum Nabi Adam diciptakan...

Alhamdulillah, kini sy sudah bertemu satu lagi jawapan baru yang lebih mempunyai sebab yang jauh lebih tinggi untuk kita berselawat ke atas baginda Rasulullah. Terima kasih Allah. Bantulah hambaMu ini untuk beramal dengannya.. Terima kasih Tuhan =)



"Tidak ada satu perkara yang lebih memberi manfaat untuk menerangkan hati serta menyampaikan orang2 yang menuntut untuk 'sampai' kepada ALLAH melainkan dengan banyak mengingatkan Nabi SAW dan mengucapkn selawat kepadanya.. kerana bahawasanya dengan tekun dan tetap berbuat demikian maka orang itu akan memperoleh cahaya yang banyak dan dengan berkatnya dia akan dapat 'berhubung' dengan Nabi Muhammad s.a.w..ataupun dapat berkumpul dengan sesiapa yang boleh menyampaikan dia kepada Nabi s.a.w.. "

memetik kata2 seorang wali Allah..


dulu terasa begitu jauh
kini lebih dekat (^^)
alhamdulillah

Saturday, September 11, 2010

Lebaran


Lebaran? Lebaran bermakna senyum lebar-lebar, buka tangan luas-luas untuk bersalam, buka dada luas-luas untuk memaafkan... Buka kaki lebar-lebar untuk beraya di rumah orang aka ziarah sesama insan. Lagi?

Tapi aku tiada mood untuk senyum lebar-lebar macam selalu pagi itu. Juga tiada mood untuk bercakap dengan sesiapa. Sekadar melangkah kecil-kecil ke tempat yang patut. Pakai apa yang patut. Sebenarnya seronok, tapi raya kali ini sudah menjadi tidak menarik. Tiada apa yang nak digembirakan... Mungkin kerana sy lebih merindui suasana 'komrad sate' tahun lepas. Tahun ini, tiada siapa yang ingin membantu mengerjakan ayam-ayam itu. Sangat tidak seronok.

Maka datanglah si sepoi dingin. Tak berminat nak berbuat bising seperti selalunya. Cakap hanya yang perlu-perlu sahaja. Gaya serius beraya.

Bertambah-tambah kehilangan mood apabila nombor-nombor yang didail tak penat-penat menyediakan hanya peti suara kepada sy. Sekarang, sudah tidak berminat nak mendail lagi. Biarlah mereka dengan peti suara mereka. Saya masih tetap punya hari raya saya.

Bosan? Hurm, ntah. Penat sahaja barangkali. Sy sudah melalui hari-hari yang penat dan tidak sempat. Hari ini sy mahu berehat. Jangan curi masa sy lagi. Jangan menjadikan sy merasa seperti tidak cukup masa. Bilik ini pun masih tidak 'settle' lagi. Sila jangan ambil kisah jika saya bercirikan serius semata-mata.

Salam lebaran~


daripada
yang tak berminat nak ketawa

Sunday, September 5, 2010

Tanpa agama...


"T
anpa agama manusia binasa
Tanpa ilmu manusia buta
Tanpa iman manusia sengsara
Tanpa ukhuwah manusia tersiksa

Ada agama datangnya pelita
Ada ilmu datangnya harta
Ada harta datangnya derma
Ada ukhuwah datangnya saudara"

[petikan lirik lagu Tanpa Agama : Hijjaz]

Kadang-kadang bait-bait lirik sering sahaja mengajar. Hati yang mendengar sering sahaja mengiyakan. Tapi masih, diri terkial-kial untuk mengikuti. Sombong tidak mahu menghayati agama yang diajarkan Tuhan. Masih mahu bermusuh dan mengundang sengketa. Bukan berusaha menyemai mesra sesama manusia.. .

Hinggakan hari ini, masyarakat tidak lagi berkasih sayang. Ahli keluarga saling membenci. Sesama kawan saling berdengki. Ahli sekampung tidak lagi bersatu hati.. . Saling mengumpat caci mencaci. Sungguh, memang tiada lagi kasih sayang dalam masyarakat kini... mungkin ini bukan pengalaman seorang dua. Siapa yang hidup, cubalah perhatikannya.

Ada benarlah lirik di atas. Mengapa agaknya manusia hari ini terlalu teruk. Bayi kecil dicampak seperti sampah. Zina merata-rata. Jatuh-menjatuhkan menjadi bualan sehari-hari. Selalu timbul hasad dan iri hati. Bukanlah ini hanya mereka dan mereka. Kadang-kadang diri kita sendiri memilikinya, tapi kita tak merasa. Sungguh, manusia seluruhnya telah binasa. Kerana kita telah meninggalkan agama..

Apa yang dilakukan adalah mengikut arus dunia. Dunia mengalir ke lembah neraka, kita turut bersama-sama. Bahkan ketua keluarga juga bersama menggalakkan anak-anak didikannya, bukan membimbing mereka. Kerana apa? Kerana manusia tidak lagi memahami dan menghayati agama. Agama sekadar saduran kulit. Tetapi tidak menjadi darah daging. Kadang kita sendiri tidak sedar bahawa agama kita selama ini tidak sempurna. Kita merasakan diri sudah cukup beragama. Inilah yang berlaku, kerana manusia telah dilarikan dari Tuhan. Hidup terasa seperti esok tidak mati. Benar, tanyalah diri kita.

Kita mengumpul-ngumpul harta. Bukan untuk diderma. Sedekah juga amat payah. Kerana merasakan harta itu milik kita. Merasakan semua itu hak kita. Hurm..Memang susah, susah bila sistem ruhi telah dirosakkan oleh Yahudi..

Kita berhibur hari ini juga bukanlah dengan kata-kata nasihat yang baik. Bahkan sekadar kata-kata yang memuja nafsu cinta, segala jenis cinta yang hakikatnya palsu belaka. Kita bernyanyikan lagu-lagu yang entah apa-apa. Asalkan hati suka, tapi jiwa kosong belaka. Kalau tiba-tiba esok kita mati, menyesal sungguh-sungguhlah kita. Bila terasa ruh ditarik dari tubuh, menangis-nangislah jiwa. Tapi semua tak berguna. Kerana segala taubat itu tidak berguna lagi bila nyawa sudah sampai ke kerongkongan.. Benar. semua benar. Tapi hati ini masih lagi tidak mahu kembali mencari Tuhan. Lihatlah, anda akan membaca dan menyambung kehidupan seperti biasa. Diri ini juga akan menulis, dan esok-esok akan lupa. Kerana hati sudah terlalu jauh dari Tuhan.. :(

hurm.. pernahkah

Semalam, saya terasa betul-betul seperti diri akan mati. Terasa ruh seperti sedang ditarik keluar dari jasad, terdengar bunyi detik-detik yang hampir sangat di telinga. Setiap saat terasa. Hati cemasnya hanya Tuhan yang tahu, segera teringat segala-gala. Amal belum cukup, bakti belum ada. Sungguh-sungguh saya tak sangka itulah waktunya. Saat panggilan itu sudah tiba. Tapi aku belum bersedia! Huhh..sepantas kilat sesal bertandang kerana saya bersenang-senang melelapkan mata. BUKAN kerana mengingatiNya. Kesal teramat-amat kerana diri akan menghadap Tuhan sebagai bukan kekasihNya. Kesallah saya setinggi-tingginya, masyaAllah tak dapat terbayangkan betapa ruginya. Kerana dipanggil menemui dalam keadaan berdosa. Dalam keadaan tidak cintakanNya. Kerana di atas dunia masih berlalai-lalai. Beragama masih cuai. Berjuang masih tidak sungguh-sungguh. Ya Allah..

Ya ALLAH, kalau benarlah Engkau matikan aku semalam, alangkah hinanya pengembalianku. Alangkah aku termasuk orang-orang yang rugi. Ruginya aku kerana tidak benar-benar memanfaatkan usia yang Engkau beri. Ouh, aku ingin pulang sebagai tetamu yang Engkau cintai..





tolonglah aku jgn lalai lagi



Secebis Renungan...

Islamik Testimonial