myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Thursday, April 29, 2010

enough said


just turn to your right

see the list

now you should have know


enough said

" Y a ALLAH, sesungguhnya kami memohon kepadaMu
ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima
dan rezeki yang baik...

Wahai TUHAN kami, sesungguhnya kami berlindung denganMU dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyu', d o a yang tidak didengar dan amalan yang tidak dinaikkan (diterima)

Y a ALLAH
tidak ada yang mudah
kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah
Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah..."


tolong doakan
huhu

Tuesday, April 27, 2010

Dari 1 waktu ke 1 waktu


Orang yang bertaqwa menunggu ibadah
Dari satu ibadah itu kegembiraan
yang hendak ditunggu itu ialah cinta agungnya
iaitu Tuhan penciptanya

Agar
dari 1 waktu ke 1 waktu
hendak disembah dan disanjung

Alangkah terhiburnya memuja dan menyembah
Idola yang dirinduinya

menunggu cinta
dari 1 waktu ke 1 waktu
sangat di tunggu-tunggu

Tidak sabar rasa hendak menyembah dan memuja-Nya
kerana di dalam penyembahan itu
dia dapat bercakap-cakap dengan Tuhannya
meminta, mengadu, bermesra dan bermanja-manja
banyak persoalan hidup yang perlu diberitahu
agar Tuhan selesaikan segala yang terbuku

Banyak perkara yang merbahaya minta dilindungi
yang sedang terjadi minta diungkaikan
dimasa hadapan pinta pimpinan

Yang tidak tahu baik buruknya minta dijelaskan

Orang mukmin
sungguh penting Tuhan itu di dalam kehidupannya
kerana itulah iadah, munajat, berdoa sesuatu yang didahulukan

Di sanalah segala persoalan dirafa'kan kepada Tuhan
mereka merasakan tanpa Tuhan tidak boleh hidup
kepada mereka Tuhan sangat diperlukan.


Terhibur menyembah Tuhan



not a Tambahan : hmm..mari? dari 1 waktu ke 1 waktu... =)


hai Tuhan,
mudahkanku..

Friday, April 23, 2010

Kek juga adalah urusan Tuhan


Pernahkah anda membuat kek?

Tahukah anda bahawa kejadian kek juga adalah termasuk dalam salah satu dari urusan-urusan Tuhan yang tak terhitung oleh manusia. Kenapa? Anda tidak percaya???

Saya telah 3kali membuat kek yang sama. Dengan mendapatkan 3 hasil yang berbeza.

Kek pertama

Semua bahan-bahan lahiriah cukup, eh kecuali satu benda. Tiada soda bikarbonat. Tapi, kerana keinginan yang tak terhingga, maka saya bantaikan juga. Dengan menggunakan self-raising flour konon-konon sebagai penggantinya. Kek dibuat pada pagi hari dengan senang hati. Hajat untuk menjamu sempena birthday teman serumah yang telahpun berlalu beberapa hari. Bahan-bahan dipukul, dikacau, digaul dengan sesuka hati lalu dimasukkan ke dalam main oven. Saya kurang ingat, mungkin disertai bacaan-bacaan indah. Maka 30-35minit kemudian, terhasillah sebuah kek pisang. Yang pelik, kerana tidak kelihatan tinggi. Al-maklum hero (soda bikarbonat) kita tiada tadi.. Tapi, alhamdulillah. Sungguhpun kek itu nampaknya begitu tough dan padu, ia enak dimakan begitu. Bahkan saya boleh memotong kek itu membentuk kepingan-kepingan huruf. Maka, jadilah ia kek huruf padu, sungguhpun begitu digemari teman-teman. Sekurang-kurangnya saya gembira untuk makan, dan mereka juga gembira untuk makan. Alhamdulillah...

Kek kedua

Kali ini, hajat hati saya lebih besar lagi, untuk menjamu rakan-rakan seusrah yang bertandang ke rumah saya. Dan lebih menggembirakan, kali ini saya telahpun memiliki hero utama, 'Royal Bicarbonate Soda'. Lalu saya pun menyalinlah resepi yang sama, kali ini betul-betul mengikut resepinya kecuali sedikit. Kek juga di buat pada waktu pagi. InsyaAllah kali ini juga diiringi selawat atau apa-apa yang terlintas ketika itu. Tapi, sesungguhnya pengalaman saya membuat kek sememangnya hampir tiada. Maka atas dasar itu saya sekadar mencuba. Bancuhan dimasukkan ke dalam acuan, dibakar selama 30-40 minit. Tapi, tidak sampai tempohnya, kek sudah menunjukkan serinya. Nah! Cantik juga. MasyaAllah, teksturnya lembutlah. Selembut kek di kedai. Tak pernah saya berangan untuk berjaya membuat kek menjadi sebegini. Subhanallah, saya juga hairan melihatnya. Ke mana perginya secawan minyak yang saya masukkan tadi? Teksturnya halus mulus, cantik, kering, ringan dan lembut. Hairan. Tapi gembira! Kek dijamah dengan rianya semasa usrah berlangsung, bahkan habis semasa panasnya. Subhanallah. Terima kasih Allah :)

Kek ketiga

Kali ini tidak berhajat menjamu mana-mana kelompok istemewa. Sekadar membuat untuk cubaan ketiga sambil-sambil dapat mengisi perut yang kelaparan. Girang membuatnya juga tidaklah seperti mana sebelum-sebelumnya. Dan saya fikir, saya tidak sempatpun membacakan ayat-ayat indah untuknya. Cuma terfikir untuk berselawat sesudah loyang berisi adunan dimasukkan ke dalam oven. Pasti kek itu tidak dapat mendengarnya. :( Ya, kali ini kek dibuat pada waktu petang. Sebelum Asar. 30minit berlalu, saya lihat kek ini begitu cepat bertukar warna. Tidak seperti kek yang kedua. Musykil juga, tapi memandangkan tekstur di tengah masih kebasahan, saya terus biarkan. Berlalu lagi 10minit. Nah! Waaa..kek ini telah keterlebihmasaan. Sampaikan kulit luarnya sudah menjadi rangup-rangup belaka. Masih boleh dikira selamat.. Lalu saya pun berusaha memotongnya. Tidak semudah dan secantik memotong kek yang kedua. Saya kurang suka. Kerana kerangupan bahagian luaran menyebabkan saya terpaksa menzahirkan tekanan kepada tekstur yang tengah di dalam. Lihat, teksturnya juga tidak seperti yang diidam-idamkan. Kali ini saya yakin saya pernah menuang minyak ke dalam bancuhannya. Kenapa kek ini tidak mulus... kasar juga nampaknya. Saya tahu kek ini lain kejadiannya. Entah kenapa, masih terhidang di depan saya dengan sebahagian kecil sahaja yang hilang dimakan. Sungguhpun saya benar-benar lapar, tapi selera sudah hilang entah ke mana. Ingin saya hidangkan buat teman-teman, tapi malu pula untuk memberikan kek yang tidak berapa jadi. Maka terdamparlah kek itu di depan mata saya kini hingga tertulislah entri ini.

Muhasabah semula

Kejadian kek ini sebenarnya melambangkan peribadi hati. Hati itu rahsia yang hanya Tuhan saja yang mengetahuinya. Maka kejadian-kejadian kek yang bertiga ini juga termasuk dalam urusanNya. Dialah yang Maha Mengetahui baik-buruk hati kita, Dialah yang menilainya. Dan hasilnya Dia persembahkan kepada kita semula, contohnya melalui kejadian kek-kek ini. Kenapa? Anda masih tidak percaya??

Anda telah membaca peristiwa ketiga-tiga kek tadi. Anda telah jelas bagaimana suasana setiap satunya. Yang pertama, sungguhpun kekurangan bahan kerana ketiadaaan hero kita. Tapi hasilnya masih menggembirakan saya. Walaupun saya tahu ianya sekadar sebuah cekodok besar berupa kek, tapi saya rela dan sanggup merelakan rakan-rakan saya menjamahnya. Dan mereka juga gembira. Kek kedua, hakikatnya adalah kuasa Tuhan yang menjadikan ia enak sebegitu sekali. Mungkin hadiah untuk niat dan perasaan-perasaan yang betul sepanjang membuat kek tersebut. Tetapi sebaliknya, kek ketiga hanya dibuat di atas dasar nafsu lapar semata-mata. Bahkan kekurangan pula lafaz ayat-ayat cintaNya. Maka, niat sudah tidak betul dan jauh dari redha Tuhan. Walaupun bahan-bahannya serupa sahaja dengan yang sebelumnya, hati ini sendiri seperti tidak bernafsu menjamahnya. Apatah lagi kawan-kawan...

Itulah urusan-urusan Tuhan. Dia sentiasa mengajar kita. Maha Besar dan Sibuknya Dia tidakkan berjaya kita menghitungnya. Tetapi, bukanlah sibuk itu bererti Dia tidak mampu menanganinya. Diri ini yang sekadar hamba hina sudah begitu terkesan dan sibuk memikirkan hal kek yang hanya satu. Tetapi Tuhan, saat ini juga Dia menyedarkan saya tentang kesalahan-kesalahan hati saya, bahkan saat ini juga berjuta perkara lain yang Dia aturkan dengan bijaksananya di atas dunia ini. Maha Tinggi dan Berkuasanya Dia. Maha Penyantun dan Pengasihnya Dia terhadap hamba-hambaNya yang berdosa.


p/s: rasa kek ketiga ini seperti ada kelainannya. mungkin pisang kali kurang sesuai untuk menjadi sebagian intipati
(ini hanyalah alasan semata...bukankah perancang sebenar-benarnya adalah DIA?)


sedih juga

hai taqwa


Bismillahi arrahman arrahim


"Segala puji hanya milik Allah, kami memuji, meminta pertolongan, meminta ampun dan berlindung kepadaNya dari kejelekan-kejelekan jiwa kami. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tiada seorang pun yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Dia sesatkan, maka tiada seorang pun yang dapat memberinya petunjuk. Aku bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang haq selain Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusanNya."



Alhamdulillah, inilah antara yang menarik dalam ucapan kakak Hanim untuk intro Spring Camp tempoh hari :) Akhirnya, berkesempatan saya tampalkan di sini. Terima kasih ALLAH =). Sesungguhnya ini adalah bacaan Hamdalah yang pasti akan dibacakan oleh Rasulullah s.a.w. setiap kali sebelum baginda memulakan khutbahnya. Rasulullah s.a.w juga telah mengajarkan tasyahhud hajat ini kepada para sahabat dan sunnah ini diwarisi hinggalah ke hari ini. Inilah juga bacaan yang hampir setiap khatib membacanya sebelum memulakan khutbah solat Jumaat. Mungkin kita sekadar mendengar dan tidak diterangkan pula maksudnya...


Subhanallah, rugi. Alangkah rugi seandainya diri tidak mengetahui dan menghayati bacaan itu. Sungguh, hati-hati yang mendengar amat terkesan, Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tiada seorang pun yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Dia sesatkan, maka tiada seorang pun yang dapat memberinya petunjuk. Apakah lagi yang mampu saya maknakan di sini. Perkataan baginda itu sudah sangat jelas dan faham sekali maksudnya. Siapakah lagi yang dapat memberi petunjuk kepada hati melainkan pemiliknya sendiri. Dan pemiliknya adalah ALLAH, Tuhan yang Memerintah kerajaan langit dan bumi ini. Hanya kepada Dia kita pohonkan hidayah, agar Dia melorongkan hati-hati kita kepada kebenaran.. agar Dia memelihara hati-hati kita dengan petunjuk yang hanya milikNya..


Hanya mungkin saya tidak pandai untuk berbicara di sini. Tak tahu bagaimana untuk menafsirkan perasaan di kala itu.. .


Cuma mungkin harus sedar, tiada siapa yang dapat memberi petunjuk kepada kita melainkan Allah. Maka, andai suatu ketika terdetik di hati walau sekecil manapun perasaan untuk berubah, atau untuk membuat kebaikan, maka bersegeralah. Kerana percikan itu adalah satu sentuhan dari Allah, yang Maha Pengasih, yang sentiasa menginginkan kebaikan untuk hamba-hambaNya. Maka salah siapakah lagi, kalau kita sendiri berpaling darinya, lalu membiar sahaja hidayah itu pergi. Kepada siapakah lagi yang mampu kita sandarkan, kerana tiada siapa yang dapat memberi petunjuk seandainya Dia ingin membiarkan kita sesat. Bersyukurlah, bersyukurlah dan peluklah ia setiap kali Allah mendatangkannya kepada kita. Kerana kita tidak tahu, apakah saat-saat seperti itu akan datang lagi...



"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNYA dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim."

[ali Imran :102]


"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada ALLAH dan ucapkanlah perkataan yang benar, nescaya Allah akan memperbaiki amal-amalmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya, maka sungguh, dia menang dengan kemenangan yang agung."

[al-Ahzab :70-71]



Saya pernah ingat tentang sesuatu yang diajarkan kepada saya oleh seorang kakak usrah. Tentang apa itu taqwa. Katanya, taqwa itu ibarat kita melalui satu lorong yang panjang, yang penuh onak dan duri di sepanjangnya. Kita berusaha ke hujungnya dengan penuh hati-hati agar tidak memijak satupun dari duri-duri itu.


Khalifah Islam kedua, Sayyidina 'Umar al-Khattab bertanya kepada Ubai bin Ka'ab ra, "Apakah hakikat taqwa?" Ubai bertanya pula, "Pernahkah Amirul Mu'minin melalui jalan yang banyak onak dan duri?". Sayyidina 'Umar menjawab, "Ya". Ubai bertanya lagi, "Bagaimana?". Sayyidina 'Umar menjawab, "Saya berjalan dengan berwaspada dan bersungguh-sungguh supaya tidak memijak atau terpijak onak dan duri". Ubai menjawab, "Itulah hakikat taqwa!"


Ibnu Abbas menyatakan, "Orang yang bertaqwa itu adalah mereka yang takut dalam keadaan berwaspada daripada balasan Allah dengan meninggalkan apa yang didorong oleh hawa nafsu kepadanya, dan mengharapkan rahmat Allah dengan percaya kepada apa-apa yang datang daripadanya"


Begitulah taqwa yang sangat-sangat dituntut ALLAH itu. Duri-duri yang dielak dengan sungguh-sungguh itu adalah semua larangan-larangan Allah yang diperintahkan kepada kita untuk menghindarinya. Tapi, hakikat taqwa itu sebenarnya adalah lebih besar dari ini. Ia bukan sahaja menghindar tapi dengan sungguh-sungguh menghindar! Mungkin boleh saya katakan, kalau orang itu ingin mengambil wudhu', seboleh-boleh dia usahakan agar jangan terpercik setitik kecilpun kotoran apatah lagi najis pada pakaiannya demi menjaga kekhusyukan solat yang bakal didirikan. Kerana buah khusyu' solat itu bukan bermula dari takbiratul ihram. Tetapi, bermula dari saat dia melangkah untuk berwudhu' lagi. Maka, setiap perkara yang mengisi antara wudhu' dan solat itu juga perlu dijaga, bukan sekadar pakaian, bahkan hati ini perlu dijaga sepanjang senggang waktu tersebut. Agar jangan hati kita masih berbicara hal-hal duniawi, sedangkan sebentar sahaja lagi kita akan menghadap Allah. Bagaimana mungkin kita akan dihadiahkan rasa khusyu' itu kalau kita masih boleh berborak-borak, bergurau senda lalu sesaat selepas itu mengangkat takbir menyembahNya. Sukarnya untuk mendapatkan hadiah khusyu' itu, hinggakan setitik kotoran pun mungkin boleh menjadi penyebab untuk kita tidak memperolehnya. Apatah lagi untuk memperoleh taqwa, ia adalah hal yang sangat-sangat lebih besar dari itu.


MasyaAllah. Sebab itu, orang-orang yang bertaqwa ini sangat dimuliakan dan tinggi darjatnya di sisi Allah. Pernah seseorang menyedarkan saya, selaklah helaian-helaian al-Quran di tanganmu, hampir setiap muka surat pasti Allah ada menyebutkan tentang taqwa. Yea, sila pulang ke rumah dan pastikan hal ini sahih (^^). Saya telah mengesahkannya.


Besarnya nilaian taqwa itu di sisi Allah, hingga selalu kita diseru-seru ke arah itu. Besarnya erti taqwa itu, sepatutnya menjadi kejar-kejaran kita. Sewajarnya menjadi rebut-rebutan kita. Entahlah, mungkin fahaman yang setakat ini baru secebis dari erti taqwa yang sebenar. Saya tahu, diri ini masih banyak perkara yang perlu dipelajari lagi. Masih banyak yang perlu difahami. Dan masih terlalu banyak yang perlu diusahakan. ..


Kita perlu berusaha bersama-sama! Sebab kalau saya lemah dan hendak mengaku kalah, anda boleh menguatkan saya. Dan saat anda pula yang lemah, saya bertanggungjawab untuk menguatkan anda.




Dan si kecil ini, siapa pula mahu menguatkannya nanti??




" Ya Allah, bantulah aku untuk mengingatiMu, mensyukuriMu serta memperbaiki amalan ku kepadaMu".



esok exam Jepun

doakan..huhu


Sunday, April 18, 2010

mencari pengubat hati


Ketika kuhanyut semakin jauh


Semakin kugapai, semakin tenggelam


Ketika tujuan hidup semakin kabur


Terasaku mati sebelum kematian


Apalah ertinya hidup tanpa pimpinan


Tiada cahaya, tiada panduan


Tanpa cinta dan kasih sayangMu oh Tuhan


Segala yang kumiliki, tiada berharga...




Takkan kugapai cintaMu tanpa pimpinan


Kuterus mencari jalan kebenaran


Namun yang kutemui tak dapat ubati


Kerinduanku pada pemimpin kebenaran


Biarlah kuharungi 7 samudera


Ke barat ke timur kemana saja


Bahkan kurela merangkak di atas salji


Asalkan kudapat keajaiban


Tuhan,


manakah pemimpin yang telah Engkau janjikan


Yang menjadi bayangan Rasulullah di akhir zaman


Kuperlu keajaiban


tak mungkin cara biasa


Tak cukup dengan logika


Tuhan, kutagih janjiMu


Walau payah


ku menunggu..




"Kebenaran itu ia tidak ada 2, tidak ada 3 dan tidak ada seterusnya


tetapi kebenaran itu adalah satu


kebenaran yang satu itulah yang hendak dikejar manusia


yang nak dicari oleh manusia


kadang-kadang manusia boleh mencarinya


kadang-kadang manusia tidak boleh mencarinya.."




hanya s a t u



AT kembalikan mood studyku


Friday, April 16, 2010

angan-angan dan ajal


Pagi-pagi lagi saya sudah menjamah nasi. Entah, jus gaster keluar awal pulak hari ni. (hehe..alasan. terbukti selalu makan..er..) Kemudian minum susu segar dari ladang pula. Haih, bertambah-tambah sihatlah saya. B a h a y a! Hai, nikmat...nikmat. Dunia ini sesungguhnya adalah nikmat. Makan minum sahaja sudah terasa amat besar nikmatnya. Pakaian dan tempat tidur kediaman pun sangatlah nikmatnya. Apa lagi yang kita hendak. Nampaknya bermacam hajat-hajat kita sudah Dia tunaikan. Minta lagi. Dan dapat lagi. Minta, minta dan terus meminta. Haih, manusia..manusia. Pernah dengar tentang hadith kotak tak? hehe..tak tau nama betul dia apa, tapi sukacita saya namakan 'hadith kotak'

Anas r.a. berkata:

Rasulullah s.a.w. menggaris beberapa garis, kemudian bersabda : "Ini angan-angan manusia dan ini ajalnya, maka ini ajalnya, maka ketika ia sedang sibuk, tiba-tiba datang ajalnya yang terdekat, dari garis-garis itu.
[HR Bukhar]

Hurm.. masih tak nampak yea bagaimana rupanya. Dengar ini pula,

Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w. membuat gambar segi empat, dan di tengah-tengah ada garis lurus memanjang hingga ke luar garis kotak, dan di samping garis tengah itu ada garis-garis kecil.

Lalu Nabi s.a.w. menerangkan:

Ini manusia, dan garis persegi itu kurungan ajalnya, sedang garis panjang yang keluar dari batas itu, angan-angan cita-cita manusia, dan garis-garis kecil itu ialah gangguan-gangguan yang selalu menghinggapi manusia, maka bila ia selamat dari yang pertama, mungkin terkena yang kedua, jika ia terhindar dari yang satu terkena yang lain."

[HR Bukhari]


Lakaran pelukis (^^)


Entah, apa yang saya faham, Rasulullah s.a.w. bercakap tentang sebuah hakikat kehidupan. Sedar tak sedar, memang begitulah kehidupan kita. Cita-cita terlalu banyak...(nota lama). Angan-angan jauuuuuuhh sampai lupa bahawa ajal boleh menjemput bila-bila masa. Memang selalunya manusia begitu. Kita merancang, mengatur bagaikan yakin sekali kita akan menemui dan menempuh saat tersebut. Bukankah kita selalu begitu? Selalu juga dalam hal-hal yang mendatang ini kita lupa untuk mengiringkannya dengan lafaz "insyaAllah". Kita berjanji dengan rakan-rakan untuk bersama ke kelas 5minit lagi, kita lupa menyebut 'insyaAllah'. Bahkan tiada siapa yang boleh menjamin bahawa kita masih mampu bernafas dalam tempoh 5minit kemudian itu melainkan Tuhan.

Kita dengan yakin mengatakan 'saya akan.. oh..mesti... aku boleh..' tapi kita selalu lupa semua itu hanya akan berlaku dengan izin Allah. Kecil sangatkah perkara ini untuk diambil perhatian. Kerana apabila kita lupa menyebutnya, itu membuktikan kita telah hilang pergantungan kepada Tuhan. Bukanlah benda yang sekejap cuma itu sesuatu yang tidak ada apa-apa tentangnya. Ini hal yang besar. Kita lupa. Kita hilang rasa bertuhan. Bagaimana mungkin Tuhan sudi mengabulkan hajat-hajat perancangan kita itu sedang kita lupa padaNya? Bagaimana jika tika itu juga maut menjemput kita??

"Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu,
"Aku pasti melakukan itu besok pagi," kecuali (dengan mengatakan )
'insya Allah'. Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah, "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini."

[surah al-Kahf : 23-24]

Telahpun Tuhan ajarkan... telah Tuhan ingatkan. Hal ini sepatutnya menyedihkan bagi hati orang-orang yang mengaku beriman, kerana Tuhan itu sepatutnya sentiasa ada di hati kita sepanjang masa. Tak boleh sedetikpun kita tanpaNya.

Hai hatiku, berapa lama kamu harus mengambil masa untuk mendidik hatimu agar sentiasa bersamaNya. Hai hati yang ingin menjadi hamba kesayangan Allah, bukan engkau orang yang layak disayangi kalau engkau selalu melupaiNya... Bukankah Hak ALLAH sebagai Rabb..agar setiap hamba itu sentiasa mengingatiNya.

Kehidupan...

Benar kata Rasulullah. Dalam setiap laluan kita menuju gerbang mati yang membuka kepada pintu akhirat itu, akan ada banyak cabaran dan duri-duri yang menanti. Itulah ujian-ujian dan larangan-larangan Tuhan yang harus kita hadapinya. Bukankah sememangnya kehidupan kita di dunia ini adalah untuk diuji, agar jelas kelak siapa yang benar-benar mengimani dan siapa yang kalah dengan godaan iblis dan nafsunya. Huhh.. jadi bagaimana harus mengharungi ini?

Terjumpa catitan lama kata-kata seorang ulama : "Sesungguhnya hak Allah itu sangat berat untuk dipenuhi oleh hambaNya. Juga nikmatnya terlalu banyak untuk disyukuri. Maka itu bertaubatlah siang dan malam.."


hai janganlah angan2ku
sampai melupai ajal yang menanti

Sunday, April 11, 2010

salah cita-cita yang kecil


memori di Newgrange Lodge, Meath

Salam semua!

Saya beramanah untuk berkongsi sesuatu tentang Spring Camp tempoh hari (especially kepada leen =p). Tapi tak tahu hendak berkongsi bagaimana. Hurm... Apa yang harus ditaipkan di sini yea.

Hmm..beginilah. Saya rasa saya cukup tertarik dengan ilmu-ilmu dalam sesi compass setting, iaitu sesi terawal keseluruhan 'spring camp'. Mendengar suara kecil kakak Haneem berbicara. Kakak kabir yang kecil..=D alhamdulillah..sangatlah suka saya menadah telinga.

Dalam sebuah hadith Qudsi, Allah telah berfirman;

"Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati bertaqwa umpama hati orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak menambahkan apa-apapun dalam kerajaanKu.

Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati jahat umpama hati orang yang paling jahat di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurang-cacatkan apa-apapun dalam kerajaanKu..."

Ini cebisan dari Hadith ke-24 dalam Hadith 40. Ilmu baru yang saya dapat -yang dimaksudkan dengan hadis q u d s i adalah... perkataan Allah kepada Nabi s.a.w.(yang tidak terkandung dalam al-Quran) yang kemudiannya baginda sampaikan kepada umatnya..(kitalah!) =)

Hmm..

Maha suci Tuhan, sesungguhnya segala perbuatan manusia sama ada ketaqwaan atau kejahatan, walaupun pada tahap yang paling maksimum dan paling dahsyat pun, semuanya tidak akan menambah atau menjejaskan kedudukan Allah SWT walaupun sedikit. Maka, tak perlulah kita merasa bahawa kita ini sudah berbudi dengan Tuhan hanya dek sejumlah wang yang kita keluarkan untuk menghadiri majlis-majlis ilmu atau program-program agama. Apalah sangat kiraannya, dibandingkan dengan kekayaan dan kerajaan Tuhan Yang Maha Kaya. Bahkan, Allah kata, "..itu adalah amalanmu, dan Aku catatkan untukmu."

Maha Pemurahnya Tuhan, kebaikan-kebaikan yang kita disuruh buat dicatatkan pula untuk kita. Ya Allah, Maha Tingginya Engkau. Sesungguhnya kebaikan yang manusia lakukan adalah untuk dirinya sendiri. Bukanlah ia sesuatu yang menambah kemuliaan dan ketinggian Tuhan, bahkan tanpanya Tuhan sedikitpun tidak terjejas. Bahkan kitalah yang rugi kalau kita tak berlumba-lumba ke arahnya. Fastabiqul khairat! (^^)

Ma makna fastabiqul khairat? Merujuk surah al-Baqarah ayat 148..

"Dan setiap umat mempunyai kiblat yang dia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan. Di mana saja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya..Sungguh ALLAH Maha Kuasa atas segala sesuatu."

Tiba-tiba teringat soalan Imam Ghazali kepada anak muridnya :Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini? Jawapannya adalah MATI, kerana kematian itu akan tetap datang menjemput kita tepat pada masanya tak kira di mana kita berada. Tak kira berapa usia kita saat ini...

Hurm..hurm..hm. Sesungguhnya memang lebih senang berkata daripada berbuat. Memang tidak mudah. Tidak mudah untuk berlumba-lumba bagi orang yang tidak mahu seperti kita. Tidak mudah untuk berlumba lari bagi orang yang tidak suka berlari. Tapi, ia akan mudah bagi orang-orang yang memang ingin berlari. Analogi mudah untuk dibawa tidur...

Tiduuuur?? Wahai orang yang berselimut, nanti saya share kan serba sedikit kefahaman yang saya dapat dari sesi tafsir surah al-Muzammil.. insyaAllah. Memang sesuatu yang perlu untuk dikongsikan..=)

Jadi, bagaimana untuk menjadikan diri kita seorang suka berlumba lari? Kakak Haneem kata..pepatah orang puteh yang dimelayukan : kalau cita-cita kita besar, segala halangan akan menjadi kecil. Begitulah sebaliknya, kalau sedari awal cita-cita kita untuk berlumba ke arah kebaikan itu adalah kecil, maka sekecil-kecil halangan pun akan menjadi besar buat kita. Maka, sama-sama kita renungkan saiz ape cita-cita kita setakat hari ini.

Bersambung nanti...(leen, baca tauuu..sayang kamu)


jazakillah sis ^^

InsyaAllah kita usahakan solat

kerana langkah utama untuk

perbaiki diri adalah

perbaiki solat kte

terlebih dahulu

=)


Saturday, April 3, 2010

kita hamba...



Kita adalah insan yang

dihidupkan buat sementara..


Kita adalah insan yang

hakikatnya adalah
hamba...


Tapi

mengapa sering kita tangguhkan

perintah waktu untuk menyembahNya


Tapi

mengapa kita selalu leka

dengan kewajipan sebagai
hamba


Sedang Tuhan tak pernah lupa

untuk mencurahkan segala nikmatNya


Bahkan Tuhan Maha Pengampun

di atas segala dosa yang dilakukan


Bagi mereka yang insaf dan

mahu bertaubat...

Bangunlah di tengah malam

Untuk bermunajat merintih kepadaNya

Pohonlah kasih sayangNya

agar selamat dunia dan akhirat


Bagi mereka yang insaf dan

mahu bertaubat...




"Katakanlah: Wahai hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya ALLAH mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."

[ surah az-Zumar : 53]

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong...

Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu (al-Quran) dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu secara mendadak, sedang kamu tidak menyedarinya.."

[ surah az-Zumar : 54-55]



akan ke spring camp esok
semoga Tuhan berkati
insyaAllah

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial