1048am, jam laptop aku.. detik demi detik, aku kini berada di ambang zulhijjah, sudah hampir mencecah kemuncak ibadah haji di Makkah al-Mukarramah. Semalam aku pergi mengambil laptop yang telah diservis, mujur masih dalam 'warranty'. Alhamdulillah, cepat siap. Ya ALLAH, semoga lepas ini tidak berlaku sebarang kerumitan lagi, peliharalah laptop ini ya ALLAH.. engkaulah sebaik-baik sandaran bagi kami insan yang lemah.
Sepanjang-panjang berada di dalam Persona itu, otak ini tidak henti-henti memikirkan itu dan ini, aku menyedari hakikat itu. Sememangnya otak manusia tidak pernah berehat dengan rehat yang sebetul-betulnya. 24 jam ligat memutar pengalaman, mengadun perancangan bersama harapan-harapan yang tersusun rapi di celah-celah serebrum.
Ya, "harapan-harapan yang tersusun rapi"...
Cukup untuk menggambarkan betapa banyak keinginan manusia di dunia ini. Apatah lagi bagi diri ini, harapan-harapan itu aku lipat kemas-kemas dan susun serapi mungkin di celah lipatan hati ini... menyediakan ruang yang cukup untuk harapan-harapan kemudian yang bakal bertandang.
Oh, ya.. mengapa begitu banyak ruang diperlukan?? Harapan yang sudah bertukar menjadi kenyataan tidak menjadi harapan lagi.. sebaliknya menjadi kenangan indah yang sewajarnya membahagiakan. Dan untuk itu, aku akan memindahkannya ke dalam robok ingatan, yang dari semasa ke semasa akan memutar semula merentas masa. Maka, akan wujud lebih banyak ruang untuk harapan yang baru..
Ya, sepatutnya tidak wujud masalah dalam hal ini. Tetapi, bagaimana sekiranya harapanku hanya tinggal harapan? Sudahnya harapanku akan menggunung tinggi... Dan semua orang, tidak kira famili, teman-teman mahupun orang luar akan mendongak tinggi padaku bersama harapan-harapan itu. Tetapi apalah ertinya jika ia hanyalah segunung harapan... =(
La'(tidak)!!!! Aku tidak mahu mengecewakan mereka. Aku tidak mahu menghadiahkan kehampaan untuk hati-hati yang telah ALLAH ciptakan untuk membakar semangat dalam diriku.. Sebab itu aku mesti berusaha keras untuk mencapai matlamatku, menukarkan segala impian menjadi kenyataan yang membanggakan. Dan membantu hati ini mengendalikan harapan yang bertali arus ini. Ya, aku harus berusaha. Harapan memang tidak akan berhenti mengetuk pintu hati ini. Aku harus bijak memujuk mereka supaya singgah di ingatan sebagai kenangan... ya, "sweet memories".
Cebisan tulisan yang di'post' sekadar untuk tafsiran bersama..
maznah sy rindu anda very2 much! sy suka entry ini. menarikkk :D nicely written
ReplyDeleteGood for people to know
ReplyDelete