Ibu..!!!!!!!!!!!!! Aku sudah masuk 20 kini..hhh…apekah aku teruja, suka atau sedih. Teruja mungkin kerana diri sudah diterima secara rasminya ke dalam club twentiy! Suka, sebab hari yang sungguh bermakna. Sedih, sebab sudah tua...
Hari ini sungguh seronok. Sungguh gembira. Sebab aku mendapat ucapan tulus-tulus dari teman2.. Tak sangka, jauh-jauh begini, tambah dalam kekalutan hidup yang baru belajar erti merantau, masih wujud sahabat-sahabat yang begitu membahagiakan..
Hampir sepanjang siang yang tidak begitu panjang itu, ucapan teman2 mengunjungi robok hati. Terima kasih, terima kasih dan hapi bufday kembali..haha. Seronok, ade yang jauh didatangkan khas dari Malaysia. Malah ade yang terlebih awal seminggu..bagi yang suka hati jer meneka aku lahir bile, malang untuk dinyatakan..ia darah dagingku sendiri..huhu. That's my sis... Takpelah..tak kisah. Memang tak kisah..
Awalnya, memang dalam perancangan, sengaja didiamkan. Biarlah, sekadar untuk memberi ucapan…Apalah yang ada pada ucapan. Rasa seperti tak berkepentingan. Kalau sudah tiada kepentingan,mengapa perlu diheboh2kan. Begitulah mindset aku. Mungkin ada yang akan berkata, "bosan.." Huhhu.. tidak mengapa, aku memang membosankan. Tiada apa yang menarik pada diri ini.
Tapi tahun ini, sangat berbeza. Sangat dirasai kehadirannya. Jauh-jauh masuk message ke dalam inboxku.. Ucapan mesra daripada Prague, Czech. Terima kasih roomate. Tak kurang, terbang dari Cork, menyapa aku yang bertapa di Dublin ini. Tapi, ada kurang. Di manakah Leen dan kawan2nya, yang bermukim Cuma setengah jam perjalanan menaiki bas dari UCD. Haha, Leen, kamu masuk perangkapku. Takpe, aku masih menunggu Leen, kalau kamu sudi…hee.
Hmm, gembira kerana ucapan2 yang diterima, datang atas kesedaran pemberi2nya sendiri, semestinya tulus dari hati mereka. Gembira, memang gembira. Tapi masih memikirkan, jawapan untuk mereka yang bertanyakan soalan, "Apakah perasaan kamu setelah bergelar Twentiy"
Buat aku termenung panjang, cuba mencari dalam-dalam, apa bezanya memiliku umur bernombor 19 dan 20 ini. Hmm..Cuma beza setahun, ape yang perlu dikisahkan. Digit doesn’t matter.
Aha~ tak. Aku dapat rasakan perbezaannya. Seolah wujud 'gap' yang begitu besar antara 19 dan 20. Yup, apabila menyatakan "Saya berumur 19" dan "Saya berumur 20". Ia tak sama. 19, angka belasan..yang selalunya dikaitkan dengan ketidakmatangan. Tapi 20, sesuatu yang genap. Satu titik permulaan menuju kedewasaan. Permulaan peringkat di mana pemikiran memainkan peranan. Untuk menyelongkar erti tanggungjawab yang dilakonkan setiap watak utama dalam pentas kehidupan.
Tanggungjawab? Tiba-tiba teringat soalan seorang teman tempoh hari,
"Apakah yang anda tahu tentang ilmu tauhid?"
Gulp, telan air liur mendengar soalan. Pantas otak menyemak senarai jawapan skema soalan bertaraf SPM, ops.. mungkin PMR. Haih, mana satu pilihan jawapan.
Konsep mudah yang dipelajari di sekolah dulu-dulu. Lagi? Mati akal untuk penghuraian. Nampaknya Thesis statement ku tak ber'isi'. No supporting details. Uhh. Dangkalnya ilmuku tentang erti ketuhanan. Maka layakkah aku untuk mengakui aku seorang Muslim yang berjaya. Walau terbang merata, konon mencari ilmu untuk dipenuhkan di dada. Tapi, hanya itu konsep ketuhanan yang aku ada. Rubbubiyah, Uluhiyyat, semua melekat dalam ingatan, tapi hanya pada nama.
Aku dihuraikan lagi dengan empat elemen utama dalam Islam, agama yang telah dipakaikan padaku semenjak lahir lagi.
3 elemen tadi wajib diseimbangkan oleh setiap yang bergelar muslim untuk menjadi mukmin yang berjaya, membentuk elemen yang keempat, iaitu "hakikat".
Aku termenung sejenak. Elemen pertama sahaja, aku sudah kebuntuan mencari jawapan untuk menjelaskannya. Apatah yang lagi tiga. Memang, empat konsep ini bukan boleh difaham serta-merta hanya dengan satu penjelasan, jelas temanku. Malah, sebenarnya menuntut kita untuk bergerak mencarinya.
Bergerak. Yup. Kita kini berada tak jauh, dan boleh kata memang berada di zaman jahiliyyah. Sila perhatikan betul2 graf peralihan umat Muhammad yang boleh didapati di blog fadzlinashukri dalam entry s.e.j.a.r.a.h. Selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah hinggalah saat-saat paling rasmi hasil pembonekaan Kamal al-Tartuk pada 1924, umat Islam tidak bangkit-bangkit lagi. Lihat betul-betul. Kita jatuh terus, sama taraf dengan zaman sebelum dakwah tersebar di Makkah dahulu. Saat itu, bilangan yang memeluk Islam teramat lah sedikit, hanya 300 daripada 10000 (3%). Tapi lihat, bagaimana umat yang 3% ini boleh membawa kepada umat Islam yang lebih dari berjuta-juta kini. Bagaimana Islam disebarkan?? GERAKAN. Bayangkan, jika umat yang 3% ini hanya duduk berdiam diri, sekadar berlumba meningkatkan ibadah dalam rumah masing-masing, akan dapatkah kita mewarisi nikmat Islam sepertimana yang kita peroleh pada hari ni?
Huh~ tajuk mula terasa berat..itukah yang aku rasa? Pastikan betul-betul, begitukah yang aku rasa saat ini…
Tak. Aku dapat sesuatu di sini.
Islam kembali asing… dan kita? Kita lah yang sepatutnya menjadi 'umat 3%' itu. Kita lah yang perlu memulakan 'gerakan' itu semula. Yup, harus menjadi umat yang bergerak.
Dan aku, kalau hanya sebaris "mengesakan Tuhan" yang tersemat di otak. Bukankah menjadi tanggungjawab aku untuk bergerak mencari 'baris-baris' yang seterusnya?
Renungkan dan sila ambil tindakan bersama; Mengapa umat Islam manjadi lemah??
- Tidak tahu sejarah (@sebenarnya tidak mahu ambil tahu sejarah)
- Malas (dalam erti kata lain, tidak mahu bergerak)
- Tidak ada strategi (andai kita dkurniakan Tuhan otak yang bijak pandai, seharusnya kite bijak bertindak, mulakan dengan diri sendiri!)
Hmm, sekarang aku lebih jelas. Bagaimana perasaannya menjejak 20. Tanggungjawab terhadap diri sendiri, terlebih utama. Tanggungjawab seorang yang mengaku Islam. Tanggungjawab seorang hamba kepada Tuhannya.
Aku yang akan membina diriku sendiri. Memutuskan hidup matiku kerana siapa. Memilih untuk mengikut atau diikut. Dan siapa yang mengikut dan diikut. Akulah. Menentukan jatuh bangunnya genetik Islam di awangan akhir zaman. Dan kamu juga!
Subhanallah... peningkatan umur dan pemendekan usia kali ini ditemani rakan-rakan yang berjiwa pemurah. Alhamdulillah... pertama kali merasa sebuah sambutan yang diperindahkan dengan bacaan Yassin secara berjemaah. JAZAKALLAHU KHAIRAN semua...
I've got a bunch of swEet orange roses.. thanx kak mimah^^
gift..gift..gift
sayang!muah3! hepi belated besday dear.. hehe.. kamu nak adiah ape? actly aku ingat je besday ko tp xsure. hik3. n trus lupe. xpe.ur in my heart. sori2 ampunkanku.(tetiba aku jd polpular kat blog ko.hehe) stuju. bigger number comes wif more responsibility.. insyaallah.. kte la yg akan jadi pemangkin tu. tp btol. kne penuhkan ilmu di dada. tp smpai ble nak penuh kan. kte buat la ape yang termampu. Allah knows best kan.. huuu. aku rindu kamu..
ReplyDeleteHeehe, leen..btul bleh request nih??
ReplyDeletecukuplah kasih sayang..hhh..
rindu kmu jgk..huu..
tringin nk dtg umah korg..bermalam n berjoginh..bermakan2..dan bertonton movie seram..hik3..jmputlah ak leen..jemputlah ak..hehehe
happy birthdaaayyy syg ku! nana kat ipoh, xdpt intnt connection. maaf2 :D love u loads!
ReplyDelete