Dan janganlah engkau panjangkan angan-anganmu, kelak engkau merasa malas berbuat ibadat. Katakan di dalam hatimu setiap hari...
“Bersabarlah engkau hari ini,
mungkin engkau akan mati pada malam nanti...
dan bersabarlah malam ini,
mungkin engkau akan mati pada esok pagi
kerana mati tidak datang pada masa yang tertentu
dan dalam keadaan yang tertentu
dan ataupun pada umur yang tertentu.
Kematian pasti akan datang.
Oleh itu, bersiap-siap untuk menghadapinya
adalah lebih utama
daripada bersiap-siap untuk mendapatkan kebahagiaan dunia
Bukankah engkau memang sudah mengetahui
bahawa engkau tidak akan lama hidup di dunia ini?
Barangkali umurmu hanya tinggal satu hari
atau hanya sekali bernafas sahaja lagi”
Cebisan tulisan Imam Al-Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah
Teringat diri yang suka berangan-angan. Akal panjang melayang kepada yang bukan-bukan. Pekerjaan yang sia-sia. Astaghfirullah...
No comments:
Post a Comment
Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!