myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Saturday, February 28, 2009

Jahilmu kerana tiada cinta


Kau jahil kalau kau tak tahu sejarah manusia

Kau lebih jahil kalau kau tak mahu tahu sejarah agamamu

Ataukah kau beragama tanpa rasa?


Aku pernah jahil sepertimu
Aku tak kenal siapa Sepanyol yang sebenarnya
Aku tak pernah tahu apa yang ada pada kisahnya
Yang kutahu itu satu negara, ya tertera di peta dunia
Seimbas lalu kutatap Masjid Cordova di dada akhbar
Oh, cantik sungguh rupanya..
Selayang dengar, sayup kedengaran 'al-Hambra'
Oh, aku suka rentak iramanya..


Apakah kau seperti aku?
Jahil, bodoh serta tidak mahu ambil tahu?
Atau terlalu sombong untuk menambah ilmu berkaitan agamamu?
Mungkin kau tiada rasa
'Hal itu tiada kaitan denganmu (kononnya)'
'Kau terlalu muda untuk fikirkan tentang dunia'
'Aku sudah ada Malaysia'


Tahukah kau apa tandanya itu?
Itu kerana kita tiada cinta pada agama
Kita beragama tanpa rasa


Hentikan kejahilanmu
Kau sepatutnya sebahagian dari yang membanggakan al-Hambra
Kau sepatutnya bersama meratapi kematian Andalusia
Kau sepatutnya tahu kerana segalanya di hujung jarimu

Cuma perlu kau klik
ini 
dan ini
Baca, dengar dan hayati betul-betul


MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yang hilang kerana kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki.


 “Andalus itu pahit dan derita, penuh kebinatangan yang terbit pada wajah manusia”-Abu Saif


Kalau pasangan yang bercinta, pasti tahu serba serbi tentang pasangannya, tidak ada yang terlepas dari pandangan dan pemerhatiannya. Walau sekecil air mata pasti akan kau takung untuknya.

Kini, kau (termasuk aku) ukur sendiri, apakah kau cinta pada agamamu?





"Dan persiapkanlah  dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh ALLAH, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; tetapi ALLAH mengetahuinya. Apa saja yang kamu infakkan di jalan ALLAH nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dizalimi (dirugikan)."

[Al-Anfal: 60]


InsyaAllah akan memijak bumi itu
untuk ku terokai kehebatan
khalifah kita dahulu

Friday, February 27, 2009

Misi dan Eksperimentasi

Hari ini ada orang balik kampung! Kau boleh kata aku 'jeles'. Mestilah. "Mana aci"

Kebetulan ada pula IAW Grand Dinner di RCSI. Tapi aku tak pergi. Hurm..tapi mahu makan. Dah lama tak makan nasi. (lamalah sangat kan...mungkin baru 2 hari). Jadi aku tekad nak memasak hari ini. Dah lama mengidam nak makan lauk asam pedas... tapi dari aku mula jejak kaki ke sini, sampai hari ini, tak pernah-pernah sekali pun kami masak lauk itu. Ouh...huhu. Sebabnya hajat nak merasa ikan di laut Irish ni tak pernah-pernah kesampaian. Entah, mungkin belum tiba rezekinya lagi. Sudahnya aku cuma dapat menikmati bayangan asam pedas dengan aromanya itu. Pilih mana mahu, haruman daun kesum atau daun limau purut. Ahhaha.. aku suka dua-dua. Mana-mana ikut citarasa dan mood. Malangnya, anganan sama sekali.

Tapi hari ini, aku menyimpan satu azam dalam hati. Aku tak kira, aku mesti juga masak asam pedas itu, walaupun tahu aroma itu tak mampu kumiliki. Susah sedikit nak mendapatkan daun-daun itu di sini, bukan boleh senang-senang di petik macam di mahligai Lelongku. Tak mengapalah, emak kata tiada pun tak mengapa. Tapi ikan?? Huhu. Tiada ikan. Tapi, emak pernah kata, ayam pun boleh 'jer' sebenarnya dimasak sebagai asam pedas. Huh, betulkah emak? Aku yakin kata-katanya. Walaupun emak tak pernah memasaknya untuk kami, aku yakin mesti boleh. Ayam masak asam pedas. Maka dengan itu aku bertekad ke dapur dengan bercita-citakan menu baru. Terbayang sudah asam pedasku digenangi ketul-ketul ayam dan kentang. Tak sabar juga nak masukkan biji sawi sekali (yang tak pernah terbuka sejak pertama kali ia dibeli). Ceria-ceria sahaja. heehe.

Seketika kemudiannya, aku sedar harapanku punah lagi. Di mana asam keping rumah ini???! Huhuhuh..sejak bila dah habis nih. Sedih, sedih. Kupadam angan-angan tadi setelah puas mencari di setiap pelusuk almari. Sedih, aku mahu makan kentang itu bersama asam pedas. Aku mencari minat terhadap menu lain. Kari? Hmm..enak. Sedap. Bahan pun telah dibeli. Tapi, tak baik untuk kesihatan. lemak bersantan yea. Huhu. Cancel. Sambal ayam? Hmm.. tak mahulah lagi. Cili kering yang telah dibeli teramat pedas sekali. Aku akan menangis makan sambal sendiri nanti. Lagi pula nanti nak menggoreng ayam. Banyak pula minyak nanti. Baik yang bakal memercik sekitar dapur juga memercik ke dalam perut. Rasanya, tiada menu lain lagi melainkan tomyam. Huhu. Baiklah. Tomyam. Dah lama juga tak makan tomyam. Serai dan limau nipis tiada. Nampaknya, kiub Thailand itu sahaja lah rencahnya. Sedapkah tomyam itu nanti?! Hmm..takpelah. Perut sendiri. Bila lagi mahu uji kiub itu. Lalu aku proceed. Tomyam yang telah terjerang itu kuperhati. Jangan lupa cili. Segera ku belah-belah cili jualan Abang Man yang terpegun di dalam peti sejuk. Teringat kata kawanku tempoh hari, "cili A.Man sikit pun tak pedas." Haih, tak boleh jadi. Tak sedaplah kalau tak pedas tomyamku nanti. Lalu aku campakkanlah lebih kurang sepuluh biji cili hijau hidup itu. Sambil-sambil kuhirup sedikit dari dalam periuk. Sensor-sensor lidah gagal mengesan ciri-ciri pedas dari kuah itu. Bagaimana ini, takkan mahu campak 20 biji? Sup cililah namanya nanti. Huhh. Hampir-hampir terlupa nak menjerang nasi. Haih, aku selalu lupa bab ini. Nanti lauk dah masak, nasinya tiada.

Alkisah nasi. Bulan lepas, beras yang kubeli amat mengharukan. Kalau ditanak, sepertinya memakan pulut. Kanjinya keterlaluan. Pernahkah kau makan nasi macam ini? Haih, beras ini buat lemang sesuailah kut. Aku tak sanggup nak makan beras itu hari-hari, lalu aku beli beras yang baru, iaitu Basmathi. Mahal pun mahallah. Duit kan MARA bagi (hehe). Kisahnya pula si Basmathi ni, tempoh hari aku masak ia setelah sekian lama tak merasa. Tiba-tiba terasa Basmathi ini pun kurang enaknya (terutama bila dimasak nasi goreng), terasa terlalu kering pula. (salah aku juga tidak lebihkan airnya -sebab dah terpengaruh dengan beras Siam yang suka jadi pulut itu). Lalu hari ini aku memikirkan lagi. Beras mana patut aku masak hari ini? Untuk dimakan dengan kuah tomyam nanti. Yang mana yea? Kau rasa yang mana. 

Emo Comments For Hi5
yang mana 1 terbaik untuk hariku?

Aku tak rasa yang Basmathi sesuai sangat nak makan berkuah ni. Hurm, tak sanggup juga nak makan pulut nasi. Hah, itu dia. Dua-dua beras ini jauh benar beza sifatnya. Aku satukan kau hari ini. Ya, secawan Siam dan secawan lagi Basmathi. Mari kita lihat hasilnya. Sekadar bereksperimentasi. Lagi pula, hanya untuk tekak sendiri. Agak-agak kau apa hasilnya nanti? Haha..tak kisahlah. Nanti ia akan dimakan dengan sup tomyam. Jadi, bagaimanapun teksturnya nanti boleh difleksibelkan dengan kuah. Hehee. Shh. Kau dan aku je tahu rahsia ini.

Ouh, selesai hal nasi. Aku kembali menemui tomyam kutadi. Pedaslah kau, si kecil di dalam berbisik. Entah macam mana, tiba-tiba aku mendapat idea. Hah, aku yakin kau mesti pedas dengan tindakan ku ini. Shhh..rahsia. Kita tunggu hasilnya. Aku yakin tomyam itu akan pedas. Kucampak cendawan-cendawan dan brokoli. Indah sudah laukku kini. Tunggu dan tunggu hasilnya nanti.

Siap! 

Agak-agak kalian apa terjadi dengan menu aku hari ini?

Emo Comments For Hi5

Nasi : nasi campuran itu menjadi, begitu memuaskan hati, haha, seronok. Bolehlah buat lagi lepas-lepas ini =p

Tomyam : pedas! Bolehlah, berbanding hanya dengan kehadiran 10 biji cili hidup tadi. Rahsianya, aku masukkan 2 helai cili kering abang Man yang kaw-kaw pedasnya itu (yang selalu membuat kami menangis tika menikmati ayam kami). Jadi jangan terkejut kalau jumpa cili merah yang telah 'dihidupkan' kembali dalam tom yam ku. Terima kasih cili, aku dah tahu bagaimana nak memedaskan tomyam ku lain kali. Pelik kan. Tapi ini jer resolusi yang aku ada buat masa ini. 2helai cili 'mati' mampu menghidupkan kepedasan berbanding 10 cili hijau hidup yang kurang berguna itu. Huh, siapalah bagi aku idea ini. Alhamdulillah.

TAPI. Aku tercari-cari, mana perginya cendawan-cendawan yang aku tabur tadi?? Huhhu. Semua sudah mengecut. Ini mesti gara-gara extend punya extension. Konon sudah mahu tutup api, tapi diteruskan lagi. ish3x. Bikin saya tension...huhu =( 

Ibrah dari cerita ini : teruskan misi, jangan takut bereksperimentasi, tapi usah lupa 'backup' kalau tak jadi. Hidup ini saling memerlukan. Tuhan telah menciptakan keseimbangan. Contohnya, si Basmathi dan beras Siam tadi..bukankah mereka menunjukkan muafakat itu membawa berkat? =p Jadi, kita yang manusia takkan mahu melihat sahaja mereka yang diciptakan tanpa akal itu bergemblengan tenaga. Kita juga harus saling mendokong. Saling menyokong. (dalam hal-hal yang bertujuan baiklah yea). Dan akhir sekali lain kali, hanya masukkan cendawan bila rasa dah nak makan! 


sengaja berkongsi kepelikan
hidupku hari ini


Thursday, February 26, 2009

Ibrah seketul 'sponge'

Suatu hari lalu, aku melangkah ke dapur. Semak pemikiran dengan keaadaan dapur kami yang tidak terurus. Haih, teruk sungguh. Memang malulah kalau tetamu datang. Haih, haih, haih. Lalu aku mengambil seketul sponge diGi (kuning) itu, untuk mengelap mana-mana yang patut. 

Eeii.. kotornya sponge nih. Pegang pun rasa sungguh tak sanggup sekali. Sudahlah kotor dengan kesan-kesan apalah yang pernah dilap dahulu, sepertinya berlendir pun ada. Haih, mesti sponge ini sudah lama terbiar tak digunakan. Ish.. ikutkan hati mahu saja dilontar ke dalam mulut tong sampah yang setia ternganga (mari guna sponge baru~ hihi).  Tapi, memikirkan dapur yang bakal dilap nanti pastinya bakal mengotorkan sponge yang baru, hajat dimatikan. Tak mengapalah, kita lap dapur guna sponge yang hodoh ini dahulu. Biar ia berbakti. Hehee.

Lalu aku mengelap dengan sesungguhnya. Kupaksa sponge yang kurang menyenangkan itu menyental percikan-percikan minyak yang menempel di atas dapur eleltrik itu sekian lama. Agak sukar untuk dibersihkan, tambah mungkin tompokan-tompokan minyak itu sudah dibiar begitu lama. Inilah dia, kotoran tidak boleh dibiar terlalu lama, kan sudah susah begini, ngomel si kecil yang di dalam. Hmph..hm.

Berulang kali sponge itu kumandikan, kusabuni dengan 'lemon light' dan kusental di permukaan-permukaan yang penuh kotoran, bakteria juga barangkali. Sampailah aku berpuas hati. (Hakikatnya sudah tidak larat lagi).

Wahaha..akhirnya dapurku bersinar kembali~ (hiperbola ini)
Puas hati, sekurang-kurangnya, dapur itu tidak seteruk tadi. Lebih bersih dan tersusun. Lebih selesa kalau dipandang. Senang mata menatap, senang juga hati di dalam. (bahagiakah..haha)

Tiba-tiba aku terperasankan sesuatu. Haih, lihat sponge yang menjijikkan tadi. Sudah kembali kuning bersih tanpa lendir-lendir yang menggugat perasaan. Wah! Kagumnya aku. Kelihatannya seperti masih baharu. Membuat hati aku sayang sekali. Tiada lagi rasa mahu melontar ke dalam tong sampah. Haih, sesuatu yang baru untuk dipelajari pada hari itu.

Sponge itu, kalau dibiar lama tanpa diguna, menjadi kotor berlendir menjijikkan sekali bagi sesiapapun yang memegangnya. Begitu juga hati kita. Kalau dibiar berhari-hari tanpa 'santapan ruhani', tanpa kalam-kalam Allah... pastinya hati akan menjadi hitam dan kotor seperti sponge tadi. Sebaliknya, sponge itu setelah dimandikan, disabuni dan digunakan, hasilnya ia menjadi kuning asal dan kembali berseri. Begitu juga hati. Kalau disiram dengan ayat-ayat Tuhan setiap hari, insyaAllah akan hilanglah titik-titik noda yang ada padanya. Tiada lagi karat-karat dosa. Jernih kembali dalam fikrah yang sepatutnya. Cucilah hati setiap hari. Pujuk diri ke taman-taman syurga (majlis-majlis ilmu -usrah, halaqah dan segala yang sewaktu dengannya). Memang lazimnya akan terasa berat hati kalau nak ke tempat-tempat sebegini. Sebab syaitan akan bermain tarik tali dengan kita. Tapi, ingatlah pesan Allah...


"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan kepadamu, "Berilah kelapangan di dalam majlis-majlis," maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu..." [58:11]


"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." [9:41]



Haih, sponge dan hati.
Dua-dua harus dijaga dan dipelihara.







seketul sponge juga mengajar kita
kejadian tuhan penuh hikmah
Mujahadatun nafsi

Friday, February 20, 2009

Menjadi T E M A N ke Syurga


"Tidak ada suatupun yang paling berharga yang dimiliki oleh seseorang insan selepas nikmat ISLAM selain teman yang soleh. Apabila kamu dapati kewujudan kasih sayang padanya,
peganglah ia dengan sungguh-sungguh." -UMAR r.a

Emo Comments For Hi5

Menjadi teman ke syurga dan mencari teman ke syurga, segalanya hanya berlaku apabila asasnya didasari taqwa yang kuat. Taqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dengan ketaqwaan yang hanya layak bagiNya.

"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya" (3:102)

Ayat ini mengisyaratkan kepada kita untuk membiarkan hati ini berusaha keras mencapai taqwa menurut batas kemampuan yang ada pada diri kita. Setiap kali kita mendekatkan diri kepada Allah dengan ketaqwaan maka akan terbukalah hati untuk berusaha mencapai kedudukan yang lebih tinggi dari apa yang telah dicapai, dan merindukan darjat yang ada di atas apa yang telah diraih. Muhammad Ahmad Rasyid pernah mengatakan "ketinggian itu hanya boleh diraih dengan kelelahan", seolah-olah memberitahu kepada kita betapa sukarnya mendapat sebuah ketaqwaan yang sebenar.


"Hanya dengan ketaqwaan jitu, seseorang teman mampu menjadi pembimbing yang bersama-sama memandu hidup ini kearah destinasi yang diredhai-Nya”


Marilah sejenak kita mengambil pengajaran dari Hadith Qudsi, dari Allah, Pencipta dan Pemilik kasih sayang dan cinta, yang menitipkan kasih sayang antara hati-hati, yang mengekalkan ikatan antaranya, yang memperteguhkan janji ikrar mereka untuk menjadi
'teman ke syurga', Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

 

"CintaKU mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana AKU, CintaKU mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana AKU, CintaKU mesti bagi orang yang saling menasihati kerana AKU, CintaKU mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana AKU, CintaKU mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana AKU"

(Hadith Qudsi)

 

Lihatlah betapa Allah menjanjikan cintaNya yang Maha Agung kepada "teman ke syurga". Besarnya kemuliaan Allah janjikan kepada mereka yang mendasari perhubungan kerana sama-sama mahu mengejar redhaNya. Kerana menjadi teman ke syurga lantas dikurniakan pula teman ke syurga. 

Ayuh, perbaiki diri !

Emo Comments For Hi5

saling memberi dan menerima


ihsan daripada tazkirah Jumaat PPIMI


Tuesday, February 17, 2009

Soal h a t i

Mengapa perlu berjauh fikiran selagi diri belum melangkah? 

Mulakan dahulu, dan berdoalah. 
Selanjutnya serahkan kepada Allah. Dia tidak menilai sebesar mana kejayaan kita di penghujung jalan, sebaliknya DIA melihat kepada USAHA kita. Apa yang kita lakukan di pertengahan. Apakah niat kita benar-benar untuk mencari keredhaan? atau sekadar sanjungan manusia...

Untuk itu.. harus perbaharui niat sentiasa.
Amalkan memperbetul niat yang selalunya mudah bengkok dengan bisikan-bisikan halus syaitan.

Temanku semalam mengajar aku sesuatu perkara.
Amalkanlah BERTAWASUL...
Kerana dengan bertawasul akan memelihara hati kita. Dari perasaan-perasaan yang tidak sepatutnya. Dari rasa riya' (berbangga apabila orang melihat kita)..dari ujub(mengagumi kehebatan diri) dan sifat-sifat mazmumah lain. 

Dengan bertawasul, kita akan merasa diri sifar. Diulangi SIFAR. Merasa diri tidak berbuat. Tiada apa pada diri kita yang menjadikan kita hebat, dipandang Allah...meskipun kita berusaha beramal dan beribadah sebanyak mana. Wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya: 

"Janganlah engkau tertipu dengan kebaikanmu walaupun banyak kerana engkau tidak tahu adakah ianya diterima atau tidak."

Tawasul itu adalah satu kaedah.. di mana kita merasakan diri kita tidak layak, malah memiliki banyak dosa yang mana kalaulah kita berdoa, doa kita susah nak dikabulkan Allah disebabkan terhijab oleh dosa-dosa kita tadi.

Jadi kita memohon (berdoa) kepada Allah dengan menyebut nama kekasihNya (siapa lagi kalau bukan RASULULLAH saw). Semoga dengan berkah nama Muhammad kekasih Allah itu..Dia mengabulkan hajat-hajat kita..insyaAllah.

Amalan bertawasul seperti ini boleh dilakukan contohnya bagi pelajar...sebelum menjawab soalan exam.

Misalnya.. dengan berdoa; "Ya ALLAH.. dengan berkat Rasulullah S.A.W. Engkau bantulah dan dorongilah aku untuk menjawab dengan baik.."

Namun, harus jangan lupa, kita bertawasul dengan Nabi Allah.. seharusnya kita menjaga adab-adab kita dengan baginda. Maka, berselawatlah dahulu sebanyak-banyaknya dengan hati yang suci dan bersih sebelum kita bertawasul dengan baginda. InsyaAllah..adab yang demikian lebih disenangi Allah terhadap hamba-hambaNya.

Hakikatnya, bertawasul ini bukan sahaja boleh dilakukan dengan menyebut nama Rasulullah SAW..tetapi boleh juga dengan wali-wali Allah, alim ulama.. malah dengan amal kebaikan yang kita ada. Tetapi, bertawasul dengan amal kebaikan juga harus betul caranya. Bukan dengan merasakan diri kita ini beramal (dengan kata lain merasa diri berbuat). Bahkan, amal yang kita lakukan itu sangatlah sedikit jika hendak dibandingkan dengan para rasul terdahulu..para sahabat. Kita memohon pada Allah dengan meletakkan harapan pada ganjaran Allah untuk amal-amal yang telah kita lakukan, tetapi pada masa yang sama juga merasa rendah diri, kecil dan hina dengan amal kita yang tidak seberapa. Itulah cara yang betul untuk bertawasul dengan amal kebaikan.

Contoh jelasnya, adalah dengan berdoa;
"Ya Allah, sekiranya ada lah sedikit pahala dari segala amalan yang pernah hambaMu ini lakukan, Engkau selamatkanlah orang itu..".

Doa ini mestilah diiringi dengan rasa penuh harap, penuh kehambaan... bukan berbangga dengan amal yang kita ada. 


InsyaAllah, dengan mengamalkan tawasul ini dapat menghindarkan hati-hati kita dari dosa-dosa syirik kecil (iaitu perasaan riya', ujub dan rasa-rasa yang tidakj sepatutnya ada dalam hati-hati orang yang mukmin). 

Bagi kita yang teringin menjadi mukmin yang berjaya dunia akhirat, adalah sangat PENTING untuk memelihara hati kita dari perasaan-perasaan tadi, kerana sesungguhnya dalam beramal kebaikan itu juga ada tipu dayanya.

Mengapa riya' itu termasuk dalam dosa syirik kecil?
Sebabnya begini. Apabila diri kita riya', kita merasa berbuat. Kita bersandar dengan amalan-amalan kita. Kita merasakan kita sudah hebat, selamat. Walhal tanpa kita sedari sebenarnya hati kita semakin jauuuuuh dari Allah. Tidak menyedari bahawa dengan perbuatan riya' tadi, terbatal segala amalan-amalan yang kita lakukan itu. Kerana itu lah dosa riya' disamakan dengan menyekutukan Allah. Menyekutukan Allah dengan amalan.


Dan ingatlah, 

Orang yang mati dalam keadaan merasa dirinya tidak selamat,lalu berharap dan bergantung kasih dengan tuhannya, minta disyafaatkan..merasakan diri zero..penuh dengan dosa dan apa-apa jua rasa yang membawa diri ini keji dan hina di hadapan tuhannya, itulah org yg selamat.


Merasakan diri SiFAR

KOSONGkan diri

Merasakan Diri Tidak Berbuat




nak post benda nie pun hati berbalah-balah
moga terpelihara dari rasa-rasa mazmumah
moga perkongsian ini bermanfaat
buat sekalian yang membaca
insyaAllah

Monday, February 9, 2009

Sampaikan pada S i Dia





Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia 
aku ada 
pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung 
adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia
bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan
menyintaiku lebih dari dia menyintai
Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan
mengingatiku lebih dari dia mengingati
Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan
mendoakanku lebih dari dia mendoakan
ibu..
bapanya...

Tolong katakan pada si dia, dahulukan
Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan
ibu bapanya kerana di telapak itu
syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku
terpikat
kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih
cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya
kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula
mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam
dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu
mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang
Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik
keluarga.. dan Tolong sedarkan si dia,
tanggungjawabnya
besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta
di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini
enggan dirapati kerana menjaga batasan
cinta.. Tolong sabarkan si dia, bila 
jarak
menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu
menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu
menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan
Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku
tidak
mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu
dia berjaya dalam impian dan cita-
citanya..Tolong khabarkan pada si dia,
jadilah
penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku
mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta
kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan
ini terjaga selagi dia menjaga hubungan
dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana
aku tidak mampu memberitahunya
sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa
si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau aku
sendiri tidak mengetahui siapa dan
dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa
memuji keagungan Yang Maha Kuasa
memasuki taman larangan dengan sopan
santunnya dan bertemu mawar berduri
yang
terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga
engkau bertemu diriku suatu hari nanti.


Secebis Renungan...

Islamik Testimonial