myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Monday, November 18, 2013

The Unknown Future


Sedang menampal gambar berukuran passport di muka pertama resume.

Lagu Konayuki sedang berkumandang. penuh bermakna, kerna mata pernah membaca tafsirannya.


Dan sesuatu tiba-tiba menusuk kalbu.


"Inilah masa yang ditunggu-tunggu...

Akhirnya! Impianku untuk berkhidmat kepada orang sakit di hospital akan tercapai,"

why should i be afraid of...

the unknown future
this is what i'm hoping for...all this while
I've been struggling for it for so many tough years
i should be very happy!

"and that thought give me a relief."


Esok interview SPA


Terima kasih abang, for such a wonderful  and smart resume! =)

and for the birthday wishes, nyummy self-made carrot juice, maggie kari sehat and delicious cake!

Subhanallah walhamdulillah walaa ilaha illallah


18 November 1988
18 November 2013

Friday, October 25, 2013

Diri kembali


Bismillah...alhamdulillah.

PadaMu Allah setinggi-tinggi syukur, atas nikmatMu yang tak pernah ku mampu menghitung...
pada teman-teman yang tak putus-putus mendoakan..
pada ibu dan ayah yang sekian lama mendidik dan menyekolahkan..
pada guru-guru yang pernah mencurah biar setitis ilmu..
pada teman setia, suamiku yang ku berjanji untuk memberi taat..

Ya Allah, 
perjalananku ini kini sudah sejauh ini
segala puji hanya bagiMu Tuhan yang tak pernah lepas dari menjaga kami
biarpun sedetik dari jutaan saatku selama bertahun-tahun ini
Engkaulah yang telah memberi laluan dan memberi panduan
Engkaulah yang memberi penghidupan dan penyelesaian

Ya Allah, 
apapun fasa yang akan ku tempuhi selepas ini
Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengetahui
Engkau mengetahui apa yang di hadapan dan di belakang kami
pimpin dan tuntunilah tangan ini lagi
hingga redhaMu tidak bertukar murka lagi
agar kami hamba yang hina ini mendapat penghujung yang Engkau redhai

mudah-mudahan rahmatMu bersama kami...





Thursday, April 4, 2013

Indahnya Sebuah Perkahwinan

Nabi s.a.w bersabda:

"Janganlah seorang mukmin membenci kepada seorang mukminah (isterinya). Jika dia membenci salah satu perangainya, tentu ada perangai lainnya yang dia sukai."

Sebahagian ulama salaf mengatakan: "Ketahuilah bahawa tidaklah termasuk perlakuan yang baik jika memutuskan hubungan dengan isteri kerana kekurangannya, tetapi bersabarlah dengan sikapnya. Berlemah lembutlah terhadapnya dan janganlah mengherdiknya. Ikutilah cara Rasulullah s.a.w bermuamalah dengan para isterinya." (lihat Minhajul Qashidin)

insyaAllah akan meneruskan pembacaan...

Saturday, March 16, 2013

AllahuAllah...


Rasulullah s.a.w bersabda,
"Sungguh luar biasa orang beriman yang merasakan sakit kerana sesuatu penyakit. Jikalau dia mengetahui besarnya pahala dalam sakitnya itu, maka tentulah dia lebih senang menderita sakit untuk selama-lamanya."

Setelah berkata demikian, dengan tersenyum Baginda s.a.w. mendongakkan kepalanya ke langit.

Melihatkan hal ini, maka salah seorang sahabat bertanya,
"wahai Rasulullah s.a.w. mengapa engkau mendongak kepala ke langit, dan engkau pula tersenyum?"

Rasulullah s.a.w menjawab,
"Aku merasa hairan dengan 2 malaikat yang mencari seorang hamba di masjid yang digunakannya untuk beribadah, akan tetapi kedua malaikat tersebut tidak mendapatkannya. Akhirnya kedua malaikat itupun kembali kepada Tuhan lalu mengadu, "Wahai Tuhan kami, kami telah menulis amal dan perbuatan hambaMu si fulan selama sehari semalam, akan tetapi kami mendapatinya telah Engkau tahan dalam penjagaanMu."

Mendengar pengaduan kedua malaikat ini, maka Allah s.w.t memerintahkan,
"Hendaklah kalian menulis pahala amal dan perbuatan hambaKu yang dikerjakannya sehari semalam, dan janganlah kalian menguranginya sedikitpun. Sedangkan Aku sendiri akan memberikan pahala selama dia berada dalam penjagaanKu dan dia pun berhak mendapatkan pahala dari amal dan perbuatannya."

(al-Mulam al-Ausath, vol.3 hal. 14)


Saturday, February 23, 2013

Kembali


alhamdulillah

ternyata lidah yang sekian lama meninggalkan
masih lembut untuk mengalunkan

moga-moga menjadi amalan

akan berusaha
hati yang kosong ingin ku penuhkan
usah dengarkan anjuran-anjuran yang sempit

kelak yang dikejar tak dapat
yang dikendong berciciran

kerana hati yang ikhlas
hanya dalam ketahuan Allah

Allahu Robbi

Sunday, February 17, 2013

RM2

Bismillahirrahman ar-Rahim

Assalamualaikum wbt. Sekadar 2 minit perkongsian..

Sy  mempunyai seorang adik lelaki, yang masih menuntut ilmu... Dalam tempoh cuti yang lepas, pernah kami keluar bersama. Dia jadi driver, motorsikal. Maka kami masuk ke salah sebuah kedai S, dan keluar dengan membeli beberapa botol air setiapnya berharga RM2, tanpa disangka dia membayarkannya untuk sy. Walaupun jika diikutkan sy lebih berduit daripadanya kerana dia tidak menerima sebarang tajaan dalam pembelajaran. Dan setelah pulang ke rumah, tidak pula dituntut perbelanjaannya daripada sy. Sy fikir mungkin dia tidak kisah, dan kira dia belanja sy lah. Alhamdulillah, ada orang belanja botol air. pink :)

Dan hari ini, setelah sy kembali ke Penang, sy teringat adik sy juga telah kembali belajar di Behrang. Lalu sy terfikir untuk memenuhi hajat sy untuk mengembalikan wangnya. Sy kira sy mahu memberinya RM10. Lagipun dia dah tolong bawa sy jalan-jalan, kira cover duit minyak jugalah.. Lalu seusai solat dan doa, sy hendak mencapai mini laptop, untuk membuat bank transfer. Dalam tempoh sesaat, hati sy berkata "hm, RM15 lah". Sambil tangan mula nak mencapai, teringat dia cuma disponsor oleh mak ayah, "hm, bagi RM20 lah" dan hati terus nekad untuk mensedekahkan RM20 kepadanya.

Dan kala melaksanakan online banking tersebut, sy terperasan sesuatu. Betullah, janji Allah. Buat 1 kebaikan dibalasNya 10. Mungkin adik sy betul-betul ikhlas membelanjakan sy botol berharga RM2 tempoh hari dan sekarang Tuhan dah gerakkan hati kakaknya untuk menyedekahkan RM20 kepadanya.

Subhanallah, tak rugi orang yang ikhlas berbuat kebaikan. Biarpun hanya nilai yang kecil, jika ikhlas, rezeki diganda-gandakan. Pengajaran yang baru untuk diri ini...ikhlaskan diri biarpun kebajikan yang cuma kecil, sekali mendapat pandangan di sisiNya, akan Dia tambahkan rezeki kita..Allahu Allah


Saturday, February 16, 2013

DIY

Do It Yourself

untuk mengejar kesederhanaan
untuk mengelakkan pembaziran
untuk merasai kepuasan

ala kadar secantik boleh

マズナ さn
boleh in syaa Allah

moga Allah redha

Wednesday, February 6, 2013

random


Bismillah

Dulu, saya selalu berkongsi cerita di sini.. kan? Baru tersedar apabila sy trace back jejak tetamu yang view page "Sepuluh hari". Apabila dibaca balik entri-entri yang lepas, terasa seperti sedang membaca blog orang lain pula. hehe. Serius, saya tak mungkin ingat kenangan-kenangan itu tanpa catatan seperti itu. Alhamdulillah, bermanfaat jugalah rupanya penulisan yang lepas-lepas. Kisah-kisah pengembaraan di bumi asing. Sayang, saya tak sempat mencatat tentang kembara bumi Anbiya. Walhal kisahnya jauh lebih panjang dan bermakna... 

Tapi sekarang, seperti tidak ada lagi catatan sebegitu. Kerana sy berada di sini. Tanah tumpah darah. Mungkin tidak ada siapa pun mahu mendengar kisah kehidupan di bumi Penang, sebab orang tentu tak berminat nak tahu tentang tempat yang sudah menjadi kebiasaannya. Hehe. Mestilah. Sebab itu tiada catatan...mungkin antara sebabnya juga sy sibuk sekali hari-hari. Masa yang terluang hanya untuk berehat. Tak ada lagi perjalanan pulang sekolah yang panjang seperti berjalan kaki 40 minit seperti tika masih di Dublin. Yang membawa kepada banyak pemikiran dan semangat perkongsian. Tadabbur alam. Rindunya...

Sy akan usahakan untuk mencari sesuatu untuk berkongsi di sini. insyaa Allah. Ayuh saling berpesan-pesan kepada kebenaran. :)

oke. kembali kepada
siapkan TUTORIAL 

Sunday, January 13, 2013

Surah ad-Dhuha


Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001
Demi waktu dhuha,

A002
Dan malam apabila ia sunyi-sepi 
A003
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
A004
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
A005
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
A006
Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
A007
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
A008
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
A009
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
A010
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdiknya;
A011
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Semalam, tadabbur surah ad-Dhuha...
surah ini diturunkan setelah agak beberapa lama wahyu Allah terhenti, yang mendukacitakan hati baginda Rasulullah s.a.w. Dan tikamana orang-orang kafir mula memperlekehkan baginda kerana lamanya wahyu terhenti. Lalu Allah menurunkan surah ini sebagai pemujuk hati Rasulullah... memang benar, terasa ayat-ayat ALLAH yang sangat lembut dan memujuk.. Dia menyebut waktu yang penuh ketenangan di dalamnya, iaitu waktu dhuha dan juga waktu malam...di kala manusia sibuk bekerja mencari rezeki dan merehatkan diri, hanya orang-orang sedar dan ingat kepadaNya dapat menikmati betapa tenangnya waktu-waktu tersebut. Dan lihatlah sebutanNya merangkumi waktu siang dan malam, menandakan betapa kasih sayang ALLAH itu berterusan terhadap hamba-hambaNya.. Sesungguhnya Dialah Tuhan yang telah mencukupkan segala keperluan. Yang memberi petunjuk kepada orang-orang yang mencari kebenaran..

Sebagaimana telah difirmankan Allah didalam surah Inshiqaq (84:6)

    "Wahai manusia! Hendaklah engkau berusaha setekun-tekunnya untuk menemui Tuhanmu, maka kamu pasti akan menemuiNya".

Ada juga beberapa orang sahabat yang dikisahkan semalam, iaitu at-Thufail b. Amr ad-Dausi, Saad b. Amir al-Jumahi dan Amru bin Jamuh...boleh cuba cari kisah sahabat-sahabat ni nanti.

Alhamdulillah, setelah sekian lama..akhirnya semalam dapat berusrah. Akhir kata, peringatan untuk diri sendiri dan kita bersama...

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan kepadamu, "Berilah kelapangan di dalam majlis-majlis," maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan Apabila dikatakan, "Berdirilah kamu," maka berdirilah, nescaya Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan."

[surah al-Mujadilah : 11]

Saturday, January 5, 2013

the new life begins

for the the things that had past,
for the cries and pain that came along the way,
for the beautiful end of the year,
for the endless support and du'a from all of them
i thank you Allah

may You bless us and help us along this short journey
we are hoping for Your guidance

may 2013 bring us closer to You
muharram, safar....

ramadhan is not too far away

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial