myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Friday, February 27, 2009

Misi dan Eksperimentasi

Hari ini ada orang balik kampung! Kau boleh kata aku 'jeles'. Mestilah. "Mana aci"

Kebetulan ada pula IAW Grand Dinner di RCSI. Tapi aku tak pergi. Hurm..tapi mahu makan. Dah lama tak makan nasi. (lamalah sangat kan...mungkin baru 2 hari). Jadi aku tekad nak memasak hari ini. Dah lama mengidam nak makan lauk asam pedas... tapi dari aku mula jejak kaki ke sini, sampai hari ini, tak pernah-pernah sekali pun kami masak lauk itu. Ouh...huhu. Sebabnya hajat nak merasa ikan di laut Irish ni tak pernah-pernah kesampaian. Entah, mungkin belum tiba rezekinya lagi. Sudahnya aku cuma dapat menikmati bayangan asam pedas dengan aromanya itu. Pilih mana mahu, haruman daun kesum atau daun limau purut. Ahhaha.. aku suka dua-dua. Mana-mana ikut citarasa dan mood. Malangnya, anganan sama sekali.

Tapi hari ini, aku menyimpan satu azam dalam hati. Aku tak kira, aku mesti juga masak asam pedas itu, walaupun tahu aroma itu tak mampu kumiliki. Susah sedikit nak mendapatkan daun-daun itu di sini, bukan boleh senang-senang di petik macam di mahligai Lelongku. Tak mengapalah, emak kata tiada pun tak mengapa. Tapi ikan?? Huhu. Tiada ikan. Tapi, emak pernah kata, ayam pun boleh 'jer' sebenarnya dimasak sebagai asam pedas. Huh, betulkah emak? Aku yakin kata-katanya. Walaupun emak tak pernah memasaknya untuk kami, aku yakin mesti boleh. Ayam masak asam pedas. Maka dengan itu aku bertekad ke dapur dengan bercita-citakan menu baru. Terbayang sudah asam pedasku digenangi ketul-ketul ayam dan kentang. Tak sabar juga nak masukkan biji sawi sekali (yang tak pernah terbuka sejak pertama kali ia dibeli). Ceria-ceria sahaja. heehe.

Seketika kemudiannya, aku sedar harapanku punah lagi. Di mana asam keping rumah ini???! Huhuhuh..sejak bila dah habis nih. Sedih, sedih. Kupadam angan-angan tadi setelah puas mencari di setiap pelusuk almari. Sedih, aku mahu makan kentang itu bersama asam pedas. Aku mencari minat terhadap menu lain. Kari? Hmm..enak. Sedap. Bahan pun telah dibeli. Tapi, tak baik untuk kesihatan. lemak bersantan yea. Huhu. Cancel. Sambal ayam? Hmm.. tak mahulah lagi. Cili kering yang telah dibeli teramat pedas sekali. Aku akan menangis makan sambal sendiri nanti. Lagi pula nanti nak menggoreng ayam. Banyak pula minyak nanti. Baik yang bakal memercik sekitar dapur juga memercik ke dalam perut. Rasanya, tiada menu lain lagi melainkan tomyam. Huhu. Baiklah. Tomyam. Dah lama juga tak makan tomyam. Serai dan limau nipis tiada. Nampaknya, kiub Thailand itu sahaja lah rencahnya. Sedapkah tomyam itu nanti?! Hmm..takpelah. Perut sendiri. Bila lagi mahu uji kiub itu. Lalu aku proceed. Tomyam yang telah terjerang itu kuperhati. Jangan lupa cili. Segera ku belah-belah cili jualan Abang Man yang terpegun di dalam peti sejuk. Teringat kata kawanku tempoh hari, "cili A.Man sikit pun tak pedas." Haih, tak boleh jadi. Tak sedaplah kalau tak pedas tomyamku nanti. Lalu aku campakkanlah lebih kurang sepuluh biji cili hijau hidup itu. Sambil-sambil kuhirup sedikit dari dalam periuk. Sensor-sensor lidah gagal mengesan ciri-ciri pedas dari kuah itu. Bagaimana ini, takkan mahu campak 20 biji? Sup cililah namanya nanti. Huhh. Hampir-hampir terlupa nak menjerang nasi. Haih, aku selalu lupa bab ini. Nanti lauk dah masak, nasinya tiada.

Alkisah nasi. Bulan lepas, beras yang kubeli amat mengharukan. Kalau ditanak, sepertinya memakan pulut. Kanjinya keterlaluan. Pernahkah kau makan nasi macam ini? Haih, beras ini buat lemang sesuailah kut. Aku tak sanggup nak makan beras itu hari-hari, lalu aku beli beras yang baru, iaitu Basmathi. Mahal pun mahallah. Duit kan MARA bagi (hehe). Kisahnya pula si Basmathi ni, tempoh hari aku masak ia setelah sekian lama tak merasa. Tiba-tiba terasa Basmathi ini pun kurang enaknya (terutama bila dimasak nasi goreng), terasa terlalu kering pula. (salah aku juga tidak lebihkan airnya -sebab dah terpengaruh dengan beras Siam yang suka jadi pulut itu). Lalu hari ini aku memikirkan lagi. Beras mana patut aku masak hari ini? Untuk dimakan dengan kuah tomyam nanti. Yang mana yea? Kau rasa yang mana. 

Emo Comments For Hi5
yang mana 1 terbaik untuk hariku?

Aku tak rasa yang Basmathi sesuai sangat nak makan berkuah ni. Hurm, tak sanggup juga nak makan pulut nasi. Hah, itu dia. Dua-dua beras ini jauh benar beza sifatnya. Aku satukan kau hari ini. Ya, secawan Siam dan secawan lagi Basmathi. Mari kita lihat hasilnya. Sekadar bereksperimentasi. Lagi pula, hanya untuk tekak sendiri. Agak-agak kau apa hasilnya nanti? Haha..tak kisahlah. Nanti ia akan dimakan dengan sup tomyam. Jadi, bagaimanapun teksturnya nanti boleh difleksibelkan dengan kuah. Hehee. Shh. Kau dan aku je tahu rahsia ini.

Ouh, selesai hal nasi. Aku kembali menemui tomyam kutadi. Pedaslah kau, si kecil di dalam berbisik. Entah macam mana, tiba-tiba aku mendapat idea. Hah, aku yakin kau mesti pedas dengan tindakan ku ini. Shhh..rahsia. Kita tunggu hasilnya. Aku yakin tomyam itu akan pedas. Kucampak cendawan-cendawan dan brokoli. Indah sudah laukku kini. Tunggu dan tunggu hasilnya nanti.

Siap! 

Agak-agak kalian apa terjadi dengan menu aku hari ini?

Emo Comments For Hi5

Nasi : nasi campuran itu menjadi, begitu memuaskan hati, haha, seronok. Bolehlah buat lagi lepas-lepas ini =p

Tomyam : pedas! Bolehlah, berbanding hanya dengan kehadiran 10 biji cili hidup tadi. Rahsianya, aku masukkan 2 helai cili kering abang Man yang kaw-kaw pedasnya itu (yang selalu membuat kami menangis tika menikmati ayam kami). Jadi jangan terkejut kalau jumpa cili merah yang telah 'dihidupkan' kembali dalam tom yam ku. Terima kasih cili, aku dah tahu bagaimana nak memedaskan tomyam ku lain kali. Pelik kan. Tapi ini jer resolusi yang aku ada buat masa ini. 2helai cili 'mati' mampu menghidupkan kepedasan berbanding 10 cili hijau hidup yang kurang berguna itu. Huh, siapalah bagi aku idea ini. Alhamdulillah.

TAPI. Aku tercari-cari, mana perginya cendawan-cendawan yang aku tabur tadi?? Huhhu. Semua sudah mengecut. Ini mesti gara-gara extend punya extension. Konon sudah mahu tutup api, tapi diteruskan lagi. ish3x. Bikin saya tension...huhu =( 

Ibrah dari cerita ini : teruskan misi, jangan takut bereksperimentasi, tapi usah lupa 'backup' kalau tak jadi. Hidup ini saling memerlukan. Tuhan telah menciptakan keseimbangan. Contohnya, si Basmathi dan beras Siam tadi..bukankah mereka menunjukkan muafakat itu membawa berkat? =p Jadi, kita yang manusia takkan mahu melihat sahaja mereka yang diciptakan tanpa akal itu bergemblengan tenaga. Kita juga harus saling mendokong. Saling menyokong. (dalam hal-hal yang bertujuan baiklah yea). Dan akhir sekali lain kali, hanya masukkan cendawan bila rasa dah nak makan! 


sengaja berkongsi kepelikan
hidupku hari ini


2 comments:

  1. Selamat bereksperimentasi...walau jadi tikus baiki labu sekalipun,teruskan eksperimentasi mu... =>

    ReplyDelete
  2. saya tak mahu jadi sperti tikus yg membaiki labu..
    insyaAllah tidak spt itu :p

    (mahu jadi labu yang membesar...menjadi kenderaan cinderell..atau skurang2 nya tikus yg bertukar mnjadi pemandu cinderell..)

    ReplyDelete

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial