myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Friday, April 23, 2010

Kek juga adalah urusan Tuhan


Pernahkah anda membuat kek?

Tahukah anda bahawa kejadian kek juga adalah termasuk dalam salah satu dari urusan-urusan Tuhan yang tak terhitung oleh manusia. Kenapa? Anda tidak percaya???

Saya telah 3kali membuat kek yang sama. Dengan mendapatkan 3 hasil yang berbeza.

Kek pertama

Semua bahan-bahan lahiriah cukup, eh kecuali satu benda. Tiada soda bikarbonat. Tapi, kerana keinginan yang tak terhingga, maka saya bantaikan juga. Dengan menggunakan self-raising flour konon-konon sebagai penggantinya. Kek dibuat pada pagi hari dengan senang hati. Hajat untuk menjamu sempena birthday teman serumah yang telahpun berlalu beberapa hari. Bahan-bahan dipukul, dikacau, digaul dengan sesuka hati lalu dimasukkan ke dalam main oven. Saya kurang ingat, mungkin disertai bacaan-bacaan indah. Maka 30-35minit kemudian, terhasillah sebuah kek pisang. Yang pelik, kerana tidak kelihatan tinggi. Al-maklum hero (soda bikarbonat) kita tiada tadi.. Tapi, alhamdulillah. Sungguhpun kek itu nampaknya begitu tough dan padu, ia enak dimakan begitu. Bahkan saya boleh memotong kek itu membentuk kepingan-kepingan huruf. Maka, jadilah ia kek huruf padu, sungguhpun begitu digemari teman-teman. Sekurang-kurangnya saya gembira untuk makan, dan mereka juga gembira untuk makan. Alhamdulillah...

Kek kedua

Kali ini, hajat hati saya lebih besar lagi, untuk menjamu rakan-rakan seusrah yang bertandang ke rumah saya. Dan lebih menggembirakan, kali ini saya telahpun memiliki hero utama, 'Royal Bicarbonate Soda'. Lalu saya pun menyalinlah resepi yang sama, kali ini betul-betul mengikut resepinya kecuali sedikit. Kek juga di buat pada waktu pagi. InsyaAllah kali ini juga diiringi selawat atau apa-apa yang terlintas ketika itu. Tapi, sesungguhnya pengalaman saya membuat kek sememangnya hampir tiada. Maka atas dasar itu saya sekadar mencuba. Bancuhan dimasukkan ke dalam acuan, dibakar selama 30-40 minit. Tapi, tidak sampai tempohnya, kek sudah menunjukkan serinya. Nah! Cantik juga. MasyaAllah, teksturnya lembutlah. Selembut kek di kedai. Tak pernah saya berangan untuk berjaya membuat kek menjadi sebegini. Subhanallah, saya juga hairan melihatnya. Ke mana perginya secawan minyak yang saya masukkan tadi? Teksturnya halus mulus, cantik, kering, ringan dan lembut. Hairan. Tapi gembira! Kek dijamah dengan rianya semasa usrah berlangsung, bahkan habis semasa panasnya. Subhanallah. Terima kasih Allah :)

Kek ketiga

Kali ini tidak berhajat menjamu mana-mana kelompok istemewa. Sekadar membuat untuk cubaan ketiga sambil-sambil dapat mengisi perut yang kelaparan. Girang membuatnya juga tidaklah seperti mana sebelum-sebelumnya. Dan saya fikir, saya tidak sempatpun membacakan ayat-ayat indah untuknya. Cuma terfikir untuk berselawat sesudah loyang berisi adunan dimasukkan ke dalam oven. Pasti kek itu tidak dapat mendengarnya. :( Ya, kali ini kek dibuat pada waktu petang. Sebelum Asar. 30minit berlalu, saya lihat kek ini begitu cepat bertukar warna. Tidak seperti kek yang kedua. Musykil juga, tapi memandangkan tekstur di tengah masih kebasahan, saya terus biarkan. Berlalu lagi 10minit. Nah! Waaa..kek ini telah keterlebihmasaan. Sampaikan kulit luarnya sudah menjadi rangup-rangup belaka. Masih boleh dikira selamat.. Lalu saya pun berusaha memotongnya. Tidak semudah dan secantik memotong kek yang kedua. Saya kurang suka. Kerana kerangupan bahagian luaran menyebabkan saya terpaksa menzahirkan tekanan kepada tekstur yang tengah di dalam. Lihat, teksturnya juga tidak seperti yang diidam-idamkan. Kali ini saya yakin saya pernah menuang minyak ke dalam bancuhannya. Kenapa kek ini tidak mulus... kasar juga nampaknya. Saya tahu kek ini lain kejadiannya. Entah kenapa, masih terhidang di depan saya dengan sebahagian kecil sahaja yang hilang dimakan. Sungguhpun saya benar-benar lapar, tapi selera sudah hilang entah ke mana. Ingin saya hidangkan buat teman-teman, tapi malu pula untuk memberikan kek yang tidak berapa jadi. Maka terdamparlah kek itu di depan mata saya kini hingga tertulislah entri ini.

Muhasabah semula

Kejadian kek ini sebenarnya melambangkan peribadi hati. Hati itu rahsia yang hanya Tuhan saja yang mengetahuinya. Maka kejadian-kejadian kek yang bertiga ini juga termasuk dalam urusanNya. Dialah yang Maha Mengetahui baik-buruk hati kita, Dialah yang menilainya. Dan hasilnya Dia persembahkan kepada kita semula, contohnya melalui kejadian kek-kek ini. Kenapa? Anda masih tidak percaya??

Anda telah membaca peristiwa ketiga-tiga kek tadi. Anda telah jelas bagaimana suasana setiap satunya. Yang pertama, sungguhpun kekurangan bahan kerana ketiadaaan hero kita. Tapi hasilnya masih menggembirakan saya. Walaupun saya tahu ianya sekadar sebuah cekodok besar berupa kek, tapi saya rela dan sanggup merelakan rakan-rakan saya menjamahnya. Dan mereka juga gembira. Kek kedua, hakikatnya adalah kuasa Tuhan yang menjadikan ia enak sebegitu sekali. Mungkin hadiah untuk niat dan perasaan-perasaan yang betul sepanjang membuat kek tersebut. Tetapi sebaliknya, kek ketiga hanya dibuat di atas dasar nafsu lapar semata-mata. Bahkan kekurangan pula lafaz ayat-ayat cintaNya. Maka, niat sudah tidak betul dan jauh dari redha Tuhan. Walaupun bahan-bahannya serupa sahaja dengan yang sebelumnya, hati ini sendiri seperti tidak bernafsu menjamahnya. Apatah lagi kawan-kawan...

Itulah urusan-urusan Tuhan. Dia sentiasa mengajar kita. Maha Besar dan Sibuknya Dia tidakkan berjaya kita menghitungnya. Tetapi, bukanlah sibuk itu bererti Dia tidak mampu menanganinya. Diri ini yang sekadar hamba hina sudah begitu terkesan dan sibuk memikirkan hal kek yang hanya satu. Tetapi Tuhan, saat ini juga Dia menyedarkan saya tentang kesalahan-kesalahan hati saya, bahkan saat ini juga berjuta perkara lain yang Dia aturkan dengan bijaksananya di atas dunia ini. Maha Tinggi dan Berkuasanya Dia. Maha Penyantun dan Pengasihnya Dia terhadap hamba-hambaNya yang berdosa.


p/s: rasa kek ketiga ini seperti ada kelainannya. mungkin pisang kali kurang sesuai untuk menjadi sebagian intipati
(ini hanyalah alasan semata...bukankah perancang sebenar-benarnya adalah DIA?)


sedih juga

2 comments:

  1. salam..
    tetibe teringat video choc cake aritu. still remember? hehe..
    perlu "buat cake" jugak, walaupon cake x jadi, but still kne buat lg dan lg, dengan penuh ikhlas dan tekun. dan yang pling penting buat kerana Allah.. =)cake akan jadi sedap dan disukai ramai! heheh..

    p/s-cake pisang aritu sgt sedap dan sangt lembut!! i like!~ =)

    ReplyDelete
  2. mz, rsnye onai pon pernah tgk video kek coklat tu juga..sangat menarik kathirat ini..inshaAllah lebih melihat sesuatu perkara itu secara Islami.:))

    ReplyDelete

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial