myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Wednesday, August 26, 2009

3 gelas penawar

Akhir-akhir ini, begitu banyak glukosa masuk ke dalam tubuh saya. Ramadhan apatah lagi, kuantiti air yang diperlukan oleh tubuh mungkin tidak setara dengan kadar kemasukan. Berbuka pasti dengan air manis. Dan aku tidaklah pula rajin menelan air putih, walaupun namanya boleh tahan sedap, ‘sky juice’.. Hurm…

Maka itu aku sakit sebegini. Kutahu sakit ini kerana itu. Terhadnya molekul H2O dalam salur darahku. Hasilnya aku memudharatkan ginjalku sendiri, membuatkan sistem perkumuhan menjadi tidak lancar selayaknya. Ya Allah.. ampunkan aku kerana berlebihan dalam hal ini. Aku tidak memelihara jasad kurniaanMu sebaiknya. Hhu. =(

Maka tengah malam tadi aku terbangun, tubuh sungguh tidak enak untuk tidur. Otakku mundar mandir mencari penawarnya. Lantas teringat air kotak soya bean bersama nutrien beras perang yang telah kusimpan di bahagian sejuk beku pulang dari tarawih semalam. Air yang sejuk itu disedut...nikmatnya. Alhamdulillah. Tapi, masih tidak hilang. Lesu, aku mencari ikhtiar. Laptop dicapai, dibuka dengan niat untuk menyiapkan kerja-kerja yang tak sudah. Lagu 'Kedamaian; Brothers dibiar berkumandang. Mungkin berharap dendangan itu menjadi penenang. Aku kembali berbaring sisi di atas sofa. Mengharap simpati SB. Benar-benar terasa sebuah kepayahan. Ketaklaratan. Seketika lama begitu, aku kembali ke dapur, ya, segelas air kosong. Kembali seperti tadi. Masih tidak berkurangan. Ibu hanya menyaksikan. Kebangkitan aku pada malam ini telah membangunkan ibu dan adik. Tapi tak lama, rumah kembali bergelap, hanya 'nur' laptop melahirkan bayangan. Ketidakselesaan itu mengganggu. Tekad, aku kembali ke dapur dan membawa dua gelas lagi air kosong. Dalam kesamaran, memaksa diri menikmati, kukira biarlah 3 gelas malam ini menggantikan hutang-hutangku yang lalu. Hutang pada tubuh.

Selesai. Diri kembali tersadai di sofa kecil bertemankan suara-suara Brothers, sedar-sedar jam sudah 0430. Alarm sahur sudah berbunyi. Kurasakan sedikit peluh memercik di dahi. Alhamdulillah. Terima kasih Allah..


"Ya ALLAH, Ya Tuhan kami.. Kami di saat ini sedang dinaungi oleh bulan Ramadhan dan kami telahpun memasuki bulan tersebut, oleh sebab itu selamatkanlah Ramadhan bagi kami, dan selamatkanlah kami bagi bulan Ramadhan dan limpahkanlah kepada kami kemampuan untuk melakukan puasa di siangnya dan qiam di malamnya. Berilah kami ya ALLAH kesungguhan dan kerajinan beribadah pada bulan tersebut dan lindungilah kami dalam bulan Ramadhan dari segala bentuk fitnah."

Doa yang diajarkan oleh Rasulullah kepada para sahabat
A m e e n

InsyaAllah, bersama amalkan

2 comments:

  1. Sian..ALhamdulillah..mujur baik semula..
    lepas nie kena minum air masaklah nampaknya..
    minum sikit sikit,lama-lama jadi bukit..hehe..

    Doa yang baik..Subhanallah..mari beramal!

    ReplyDelete
  2. tulah..minum air banyak2 yea semua!

    air masak tau..hhu

    ReplyDelete

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial