Anak-anak sudah mula menginjak dewasa kala si ibu dan bapa mula menjengah zaman emasnya. Sekurang-kurangnya nada-nada gerun dan membencikan sudah berkurangan. Selalu bukan melihat ibu atau bapa yang marah-marah dengan anak-anaknya? Marah sayang. Kadang-kadang kita yang tak sampai hati melihat anak-anak nakal itu ‘kesakitan’ atas perbuatan nakalnya sendiri. Tapi, apakan daya, itu sebahagian dari didikan. Agar kelakuan-kelakuan yang kurang sopan itu tidak berterusan. Hrm.. tapi tak kurang juga ada ibu atau bapa yang tersalah letak marahnya. Yang ini, mungkin anak-anak akan merasa pedih lama sedikit, tapi harapnya tidak berkumpul hingga timbul dendam yang mendalam. Mudah-mudahan.. Semoga Tuhan menjadikan lembut hati anak-anak ini, agar terbuka matanya untuk melihat gunung-ganang jasa dan kasih si ayah atau ibu berbanding secebis rasa sakit yang berbekas itu. InsyaAllah..
Cuba bayangkan, pasti sangat manis melihat seorang ayah yang mudah dan selalu marah tika saat-saat keceriaannya. Bukan ke orang kata yang payah nak dapat tu, lagi tinggi nilainya? =)
* * *
Beza hari ini dan semalam
Awal pagi, kedengaran enjin motor sayup-sayup…jauh dan semakin dekat, memecah keheningan pagi yang bisu di daerah rumah terpencil itu. Sengaja kubuat tahu tak tahu. Masih berbaringan di atas toto yang berlipat dua bersama bantal kesayangan dan Sista B***. Tiba-tiba suara itu menyapa layang-layangku. Ohh, lupa pula nak mengalihkan layang-layang Lebah itu dari atas meja makan utama. Baru lewat petang semalam aku berlari-lari dengannya menempuh angin kencang senja. Walaupun, Lebah itu tak mahu terbang di atas angin, ku puas hati sekali dapat menariknya ke hulu dan hilir laluan getah dan kelapa sawit ini. Hehee..seronoknya. Ops, kedengaran kembali suara yang mengkritik layang-layangku. Ada nada kurang senang di situ. Sengaja terus berpura-pura lena, mencuri dengar bicara ayah dan ibu selanjutnya. Ayah bertanya, ibu menjawab. Ayah bertanya lagi, dan ibu menjawab apa yang patut. Kritikan ayah itu tidak membina langsung. Geram hati dibuatnya, tapi ku tetap membatukan diri, ‘bersembunyi’. Sudah lumrah ayah untuk bersikap ‘against’ seperti itu. Mujur ku tak memberitahu secara terperinci perihal layang-layang itu kepada ibu. Kalau tak, nahaslah aku. Tapi ku tidak ambil pusing sangat, mujur ia tidak menjadi hal besar. Lagipun, ayah kan memang bagitu. Optimis sahaja.
Pagi ini, aku melintas ruangan tengah rumah, dengan tujuan untuk mengambil penyapu yang kutinggalkan di verandah sejak semalam. Tapi, sesuatu mematikan hajat hati. Aku berlari masuk ke bilik utama, menerjah ruang tingkap di balik langsir yang sweet itu. Kelihatan sesusuk tubuh berbaju kebun sedang berlari-lari dengan rianya menarik si Lebah. Tak ubah seperti kanak-kanak yang sedang seronok dalam dunianya. Lihat wajah tua itu, manis bersama keringat pagi!
Dari dapur kedengaran si ibu menyapa.
“Exercise!” balas ayah. Tercungap-cungap menarik nafas. Beliau berlari lagi. Ke sana dan ke mari di halaman rumah sambil tersengih, hingga tersangkut-sangkut layang-layang yang ditarik di pohon pudding.
Hrm. Sememangnya layang-layang itu takkan naik tinggi, mana ada angin pagi-pagi begini. Tapi ayah dengan yakinnya tetap melarikan layang-layang ke sana dan ke mari. Tali pengikatnya diubahsuai, ibu telah beritahu semalam lagi. Walaupun hati agak sebal dengan kata-katanya semalam, tapi cuba lihat hari ini.
Haihho..cute daddy has come~
si L e b a h saye!
Tak percaya? Dekat rumah saya sekarang selalu ada coklat sebalang. Ais krim kalau takde tak sah. Maggie pun sekarang menjadi kegemaran si ayah. Ada Nata de Coco lagi. Dulu kecil-kecil, benda-benda ni nak minta pun tak berani..
"Dan barangsiapa Kami panjangkan umurnya, nescaya Kami kembalikan dia kepada awal kejadian(nya). Maka mengapa mereka tidak mengerti?"
Surah Yasin : 68
No comments:
Post a Comment
Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!