Hari ini adik mengajar saya membuat benda itu.
1 jam bertarung geliga dengan formula-formula pelik untuk menyiapkannya. wahaaaa...
Tapi satu yang amat saya hargai, kesabaran dan kesungguhan adik untuk memahamkan saya akan kaedahnya. Walaupun saya sekadar mengangguk dan kembali banyak bertanya..hehhe, adik meneruskan penyampaiannya... taktik demi taktik diulang tayang. Saya mengaku faham dan bila tiba masa untuk membuat sendiri, akan kedengaran suara itu... "salah tu...." wahaa... hampir-hampir mahu give up. Haks. Tapi demi mengingatkan, saya mahu belajar untuk kali ini sahaja.. usaha tetap diteruskan. Cukup hari ini saya dengar dan buat sampai habis. Lain-lain kali saya cuba sendiri sampai mati..(ye yer jer).
Dua, tiga kali kubus itu terpaksa diatur salah semula oleh adik kerana kubus yang saya hasilkan berpandukan formula arahan tidak menepati seperti yang dijangkakan. Hehe.. ini semua gara-gara salah faham (sebenarnya arahan adik kurang jelas..hehee..pandailah =p) Haih..haih. Tak sangka saya nak menyiapkan seketul kubus 9x9x9 itu pun perlu ada banyak formula. Huhh.. Mujurlah diri ini sudi mempelajarinya...walaupun tak tahu ilmunya lekat atau tidak di minda.
Tapi yang penting, saya berjaya juga akhirnya mendapat sebuah kubus 6 muka dengan warna yang sama! Yeaaaa..... (alhamdulillah..waakhiran) -tak mengape, formula-formula itu adik catatkan di buku saye..hhee
Nada bertukar serius
Erm, abang baru sahaja sampai tadi.. sibuk-sibuk bincang pasal kahwin. Bila ditanya emak akan tarikh penetapan majlis, dengan yakin dan segera dia menjawab bulan 3! (yerlah..takpelah...siapalah saya tak diharapkan hadir di majlisnya...huhu..sobss). Nampaknya tak perlulah saya involve memeningkan kepala berkaitan majlisnya nanti. Nanti tau-tau balik Malaysia sudah ada kakak ipar baru (silap-silap anak buah terus...hurm).
Hm, bukan senang nak buat majlis... kelihatannya bakal pengantin tahun hadapan sudah mula kepeningan memikir duit belanja untuk majlis nya..hantaran-hantarannya.. etc..etc..hah, apatah lagi seorang lelaki mahu mengurus benda-benda ni.. hehhehh. All the best lah bro..
Okay, ura-uranya abang lebih berminat punya hantaran hijau. Dan bakal berpakaian segak putih selagaknya seorang tentera... urm.bakal tengok gambar je lah nanti nampaknya... sedih lagi. hmph.. bila lagi nak tengok ahli keluarga sendiri bersanding ala-ala tentera macho gitu...huhu... (mula-mula terasa tak hadir majlis, it's okay...sebab pernah tak dapat hadir majlis kakak tahun lepas. Tapi bila terfikir benda-benda macam nie....huhu..tak bestlah! Sedihlah...)
Tak mau cerita lagi. Hmph.. fikir balik dublin lah macam ni.. =(
Tak nak cerita itu kubus ape, pandai-pandai fikirlah
*Mood hilang*
Aku tengok email berutus-utus pun dah pening
Macam mana nak komited berjuang ni..
YA ALLAH kuatkanlah..
No comments:
Post a Comment
Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!