myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Saturday, August 22, 2009

Berehat bersama Tarawih =)


Alhamdulillah..  alhamdulillah.. alhamdulillah (^^)

Syukur sangat sebab hajat pertama tercapai. Niat untuk menghadiri solat Tarawih yang pertama terkabul akhirnya. Alhamdulillah.. terima kasih Allah. =)

Hurm. Saya sendiri kurang pasti, barangkali ini yang pertama saya meraikan malam pertama Ramadhan. Huhu. Selalunya saya asyik ketinggalan dalam perlumbaan malam pertama ni. Tarawih hanya di pertengahan, bila tiba penghujung makhluk-makhluk bernama manusia ini mula kemalasan (pelik eh, sepatutnya lagi nak habis Ramadhan lagi kita berlumba-lumba nak 'tapaw' segala ibadah yang ada, tapi itulah realiti umat sekeliling kita..aih2..-diri ini tak terkecuali).

Maka dengan itu, saya ingin buat resolusi baru. Ramadhan kali ini, saya mahu istiqamah ke masjid (sementelah kalau nak buat tarawih sorang-sorang -lemah jadinya).  Tak kira apa berlaku, ada teman takde teman, insyaAllah sisa-sisa malam di Malaysia ini mahu dipenuhi semampunya. Doakanlah saya... Saya juga mendoakan kalian semua diberi kekuatan oleh Allah untuk mengejar peluang istimewa yang dikurniakan Allah kepada kita. 

Hargailah, bukan semua orang dapat menjadi tetamu Ramadhan pada kali ini...

Semalam, abang pulang dari solat Jumaat. Khabarnya, ada satu jenazah telah diusung masuk ke dalam masjid untuk disembahyangkan. MasyaAllah, dalam keriangan (atau mungkin 'keterpaksaan') kita menyambut kedatangan Ramadhan, ada hamba Allah yang dipanggil pulang sebelum sempat dia menambah iman dan amal yang begitu banyak ditawarkan sepanjang bulan mulia ini.. Sedangkan kita masih Allah izinkan untuk berhadiah kepadaNya lagi hari ini. S u b h a n a l l a h . (T.T)
 
Mari bersama menyedekahkan al-Fatihah -moga Allah merahmati kepulangannya, semoga diletakkan di kalangan para solihin. Ameen.


Ada apa dengan t a r a w i h ?

Tahukah kita? Kata-kata ''tarawih" itu diambil dari 'Muraawahah' @ (asalnya) 'Raahatun' =  yang bermaksud menghilangkan lelah, berlapang-lapang atau beristirehat. ..

Wow...! Ertinya setelah kita berpenat menahan lapar dan dahaga (bersama nafsu nafsi) di siang hari, Tuhan hadiahkan pula pada kita satu cara untuk kita berehat-rehat sambil mengingatiNya di malamnya. =) Subhanallah, baru hari ini saya tahu..hhu

Maka, sepatutnya tiadalah istilah 'penat' bertarawih yea. Kalau masih ada, mungkin patut cepat-cepat di'sport check' di mana silapnya. Tarawih itu mungkin kalau dikerjakan secara bertenang-tenang dan tidak terburu-buru (mahu pulang rumah awal tonton tv misalnye..hhe) insyaAllah..kita akan dikurniakan kerehatan itu dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Mudah-mudahan.

Justeru, pesanan dari penulis:-

"Lakukanlah solat tarawih dengan 'Q'! iaitu mementingkan 'Quality' bukan 'Quantity'." (^^)

p/s: also applicable untuk solat-solat sunat lain..bukan terawih je..hhe ;p Bersamalah kita berusaha sebaiknya menjaga adab-adab solat e.g to'maninah, bacaan yang teratur plus rukun-rukun solat yang lain. okes.

Tips diambil diambil dari kad Ramadhan ucapan kasih Pn Zarina Ibrahim (guru Statistic KMB) untuk rakan-rakan M06F 2008. Huhu..terima kasih cikgu!

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa yang mendirikan solat malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan kesedaran, diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."
(HR Bukhari & Muslim)

Semoga amal kita diterima Allah =)

Salam rindu untuk
semua rakan2 M06F sekalian

1 comment:

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial