myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Wednesday, August 26, 2009

3 gelas penawar

Akhir-akhir ini, begitu banyak glukosa masuk ke dalam tubuh saya. Ramadhan apatah lagi, kuantiti air yang diperlukan oleh tubuh mungkin tidak setara dengan kadar kemasukan. Berbuka pasti dengan air manis. Dan aku tidaklah pula rajin menelan air putih, walaupun namanya boleh tahan sedap, ‘sky juice’.. Hurm…

Maka itu aku sakit sebegini. Kutahu sakit ini kerana itu. Terhadnya molekul H2O dalam salur darahku. Hasilnya aku memudharatkan ginjalku sendiri, membuatkan sistem perkumuhan menjadi tidak lancar selayaknya. Ya Allah.. ampunkan aku kerana berlebihan dalam hal ini. Aku tidak memelihara jasad kurniaanMu sebaiknya. Hhu. =(

Maka tengah malam tadi aku terbangun, tubuh sungguh tidak enak untuk tidur. Otakku mundar mandir mencari penawarnya. Lantas teringat air kotak soya bean bersama nutrien beras perang yang telah kusimpan di bahagian sejuk beku pulang dari tarawih semalam. Air yang sejuk itu disedut...nikmatnya. Alhamdulillah. Tapi, masih tidak hilang. Lesu, aku mencari ikhtiar. Laptop dicapai, dibuka dengan niat untuk menyiapkan kerja-kerja yang tak sudah. Lagu 'Kedamaian; Brothers dibiar berkumandang. Mungkin berharap dendangan itu menjadi penenang. Aku kembali berbaring sisi di atas sofa. Mengharap simpati SB. Benar-benar terasa sebuah kepayahan. Ketaklaratan. Seketika lama begitu, aku kembali ke dapur, ya, segelas air kosong. Kembali seperti tadi. Masih tidak berkurangan. Ibu hanya menyaksikan. Kebangkitan aku pada malam ini telah membangunkan ibu dan adik. Tapi tak lama, rumah kembali bergelap, hanya 'nur' laptop melahirkan bayangan. Ketidakselesaan itu mengganggu. Tekad, aku kembali ke dapur dan membawa dua gelas lagi air kosong. Dalam kesamaran, memaksa diri menikmati, kukira biarlah 3 gelas malam ini menggantikan hutang-hutangku yang lalu. Hutang pada tubuh.

Selesai. Diri kembali tersadai di sofa kecil bertemankan suara-suara Brothers, sedar-sedar jam sudah 0430. Alarm sahur sudah berbunyi. Kurasakan sedikit peluh memercik di dahi. Alhamdulillah. Terima kasih Allah..


"Ya ALLAH, Ya Tuhan kami.. Kami di saat ini sedang dinaungi oleh bulan Ramadhan dan kami telahpun memasuki bulan tersebut, oleh sebab itu selamatkanlah Ramadhan bagi kami, dan selamatkanlah kami bagi bulan Ramadhan dan limpahkanlah kepada kami kemampuan untuk melakukan puasa di siangnya dan qiam di malamnya. Berilah kami ya ALLAH kesungguhan dan kerajinan beribadah pada bulan tersebut dan lindungilah kami dalam bulan Ramadhan dari segala bentuk fitnah."

Doa yang diajarkan oleh Rasulullah kepada para sahabat
A m e e n

InsyaAllah, bersama amalkan

Saturday, August 22, 2009

Berehat bersama Tarawih =)


Alhamdulillah..  alhamdulillah.. alhamdulillah (^^)

Syukur sangat sebab hajat pertama tercapai. Niat untuk menghadiri solat Tarawih yang pertama terkabul akhirnya. Alhamdulillah.. terima kasih Allah. =)

Hurm. Saya sendiri kurang pasti, barangkali ini yang pertama saya meraikan malam pertama Ramadhan. Huhu. Selalunya saya asyik ketinggalan dalam perlumbaan malam pertama ni. Tarawih hanya di pertengahan, bila tiba penghujung makhluk-makhluk bernama manusia ini mula kemalasan (pelik eh, sepatutnya lagi nak habis Ramadhan lagi kita berlumba-lumba nak 'tapaw' segala ibadah yang ada, tapi itulah realiti umat sekeliling kita..aih2..-diri ini tak terkecuali).

Maka dengan itu, saya ingin buat resolusi baru. Ramadhan kali ini, saya mahu istiqamah ke masjid (sementelah kalau nak buat tarawih sorang-sorang -lemah jadinya).  Tak kira apa berlaku, ada teman takde teman, insyaAllah sisa-sisa malam di Malaysia ini mahu dipenuhi semampunya. Doakanlah saya... Saya juga mendoakan kalian semua diberi kekuatan oleh Allah untuk mengejar peluang istimewa yang dikurniakan Allah kepada kita. 

Hargailah, bukan semua orang dapat menjadi tetamu Ramadhan pada kali ini...

Semalam, abang pulang dari solat Jumaat. Khabarnya, ada satu jenazah telah diusung masuk ke dalam masjid untuk disembahyangkan. MasyaAllah, dalam keriangan (atau mungkin 'keterpaksaan') kita menyambut kedatangan Ramadhan, ada hamba Allah yang dipanggil pulang sebelum sempat dia menambah iman dan amal yang begitu banyak ditawarkan sepanjang bulan mulia ini.. Sedangkan kita masih Allah izinkan untuk berhadiah kepadaNya lagi hari ini. S u b h a n a l l a h . (T.T)
 
Mari bersama menyedekahkan al-Fatihah -moga Allah merahmati kepulangannya, semoga diletakkan di kalangan para solihin. Ameen.


Ada apa dengan t a r a w i h ?

Tahukah kita? Kata-kata ''tarawih" itu diambil dari 'Muraawahah' @ (asalnya) 'Raahatun' =  yang bermaksud menghilangkan lelah, berlapang-lapang atau beristirehat. ..

Wow...! Ertinya setelah kita berpenat menahan lapar dan dahaga (bersama nafsu nafsi) di siang hari, Tuhan hadiahkan pula pada kita satu cara untuk kita berehat-rehat sambil mengingatiNya di malamnya. =) Subhanallah, baru hari ini saya tahu..hhu

Maka, sepatutnya tiadalah istilah 'penat' bertarawih yea. Kalau masih ada, mungkin patut cepat-cepat di'sport check' di mana silapnya. Tarawih itu mungkin kalau dikerjakan secara bertenang-tenang dan tidak terburu-buru (mahu pulang rumah awal tonton tv misalnye..hhe) insyaAllah..kita akan dikurniakan kerehatan itu dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Mudah-mudahan.

Justeru, pesanan dari penulis:-

"Lakukanlah solat tarawih dengan 'Q'! iaitu mementingkan 'Quality' bukan 'Quantity'." (^^)

p/s: also applicable untuk solat-solat sunat lain..bukan terawih je..hhe ;p Bersamalah kita berusaha sebaiknya menjaga adab-adab solat e.g to'maninah, bacaan yang teratur plus rukun-rukun solat yang lain. okes.

Tips diambil diambil dari kad Ramadhan ucapan kasih Pn Zarina Ibrahim (guru Statistic KMB) untuk rakan-rakan M06F 2008. Huhu..terima kasih cikgu!

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa yang mendirikan solat malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan kesedaran, diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."
(HR Bukhari & Muslim)

Semoga amal kita diterima Allah =)

Salam rindu untuk
semua rakan2 M06F sekalian

Friday, August 21, 2009

Nemon, Bitari dan Ciliks Blue mengucapkan..


Selamat Datang R A M A D H A N !!! =)

Nemon, seekor ikan kecil ala-ala mini sepat bersama kilauan belang-belangnya meluncur laju membelah arus tenang balang. Seolah-olah mahu mengusir Bitari, si panglima ikan yang gagah tapi lebih kecil sedikit saiz tubuhnya. Namun pergerakan yang pantas itu sama sekali tidak dapat menandingi kelicikan sepasang Ciliks Blue yang aktif berenang ke sana ke mari, malah licik sekali bersembunyi di sebalik rumpai-rumpai palsu itu.


Balang kaca istana sederhana -nemon memang suka publisiti.. =p


Pagi-pagi akanku beri salam pada keempat-empat makhluk Tuhan ini, walaupun selalu sahaja kehilangan salah satu Ciliks Blue. Adik beradik Ciliks Blue ini merupakan ikan paling kecil bersaiz ikan bilis + beberapa milimeter lebih sedikit. Sungguhpun kecil, tapi mereka tetap menyerlah dengan garis biru berkilat yang gah melintang dari mata ke ekornya. Cantik!

"Kamu, kamu dan kamu.. mari saya bagi makan. Nanti puasa, kamu pun kena puasa sekali.."

Hati ini terasa bagai mahu ketawa bila mengenangkan ikan-ikan peliharaan itu juga nanti terpaksa berlapar bersama-sama. Ish, kejamnya saya. Tapi, mungkin juga nanti ikan-ikan ini boleh mengelat, 'sambil menyelam minum air'! Hahaa.. bisikku mengomel sendirian.

Sehari dua ini, si Nemon nampaknya lebih aktif dari lazimnya. Tak pasti apa yang menyebabkannya begitu, tapi begitu ketara Nemonlah yang paling kuat makan di antara semuanya! Badan sahaja cantik, tapi tak sangka jahat juga dia menggugah si Bitari. Keluh hati lagi.

Hey! Jangan sesuka hati berbicara tentang ikan-ikan itu begitu dan begini. Tahukah kamu apa yang dibualkan oleh ikan-ikan itu?


Nemon : Kau dengar tadi, katanya kita mesti berpuasa sekali.

Bitari : Mestilah, puasa itu wajib. Kan Allah berfirman dalam ayatNya:

"Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia, dan penjelasan dari petunjuk serta pemisahan antara haq dan batil. Maka siapa yang menyaksikan bulan itu, harus puasa dan siapa yang sedang sakit atau dalam berpergian, maka boleh dibayar pada hari-hari yang lain."
al-Baqarah : 185

Nemon : Bermakna kalau aku dalam pelayaran berbatu-batu aku tak perlu puasa lah. Hehe.

Bitari : Jangan mimpilah, kau dalam balang ini jea. Takde batu-batunya. (Sirip bawah Bitari dikibar semakin laju, tanda protesnya).

Tahu tak, puasa ni bukan calang-calang ibadat. Semua amal kelakuan anak Adam dapat dicampuri kepentingan hawa nafsu, KECUALI puasa. Sebab itu orang kata ibadah puasa ni bukan untuk kita, tapi untuk Tuhan. Allah sendiri yang akan membalasnya..

Bukan itu sahaja, pada bulan Ramadhan ni, pintu-pintu syurga dibuka, dan pintu-pintu neraka ditutup. Bahkan syaitan semua dibelenggu, maka dengan itu sewajarnya nafsu manusia itu tiada lagi alasannya untuk tertarik ke sana ke mari.

Bitari mula berenang mundar mandir di hadapan Nemon, lagaknya seorang cikgu sedang mengajar anak muridnya.

Nemon pula tak terbuka mulut untuk berkata-kata. Matanya menurut dengan sabar pergerakan Bitari, bagaikan ternanti-nanti bicara Bitari yang selanjutnya.

Bitari : Aku tak fahamlah dengan manusia.

Nemon cuba mengerutkan keningnya, tanda kurang mengerti kata-kata Bitari, tapi kemudiannya baru tersedar bahawa dia tak punya kening. Ehems. Kawal macho!

Bitari : Peluang ini datang bukan selalu. Jenuh nak menunggu setahun baru ketemu. Itupun kalau usia masih berbaki. Tapi, manusia ni tak reti nak mensyukuri nikmat Ramadhan yang Tuhan berikan. Mengaku puasa, tapi hidup masih penuh gejala. Pacaran ke sana ke mari tanpa mahram menemani, sedangkan Tuhan itu sentiasa memerhati...

"Belum kira yang lidah melontarkan perkataan-perkataan yang kurang sopan, maki hamun.."

Panjang keluhnya. Nemon beralih ke sisi Bitari, meneduh di bawah pohonan rumpai palsu itu. Tak tahulah apa yang nak diteduhkannya.

Nemon : Setahu aku puasa itu kan perisai. Perisai dari al-Hawa'.

Kebetulan si Ciliks Blue berdua telah lama memerhatikan gelagat mereka. 'al-Hawa'? Terngiang-ngiang perkataan aneh itu dalam insangnya. Tersangat ingin tahu, si Cilik kecil bertanya, "Apa itu al-hawa' abe Nemon?" Cilik kecil ini asalnya Laut dekat dengan Kelate.

'al-hawa tu adalah semua benda selain dari Islam'.

Tahukah kamu, dari segi bahasanya, 'hawa' bermaksud menurun @ menerjun.

'al-hawa' merujuk kepada sesuatu yang ada dalam diri manusia yang menyebabkan dia jatuh.

Faham apa itu jatuh? Mungkin boleh disamakan dengan jatuh mertabat, jatuh nilai sebagai seorang manusia, yang mana pada awal kejadiannya Allah telah menciptakan manusia itu semulia-mulia makhluk. Dan telah Allah amanahkan dunia ini kepada manusia untuk ditadbir, dimakmurkan dengan syariatNya. Manusia sanggup terima, sedangkan makhluk-makhluk Allah yang lain semua menolak...

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."
surah al-Ahzab : 72

Tapi disebabkan oleh al-hawa ini, manusia jadi keliru, manusia jadi lupa akan matlamat hidupnya di dunia. Berhibur, berlibur. Pergi sekolah, dapat sijil, bekerja, bekerja dan terus bekerja sampai tiba usia pencen, kemudian baru nak ingat beramal dengan agama. Habis, ke mana janji-janji mereka dengan Tuhan dahulu? Lihat sekarang, bagaimana manusia. Agama sekadar part of life. Sedangkan bukankah sepatutnya agama itu menjadi the way of life? Ad-deen itu adalah cara hidup. Sepatutnya apa yang kita lakukan, kita kerjakan semua mengikut garis-garis yang Allah tunjukkan. Sebab kita hamba, apa yang kita tahu? Allah yang Mengetahui segala-galanya. 'Maha' itu milikNya. Tapi masih ada yang meragu-ragukan sistem Islam untuk dilaksanakan sepenuhnya dalam dunia.


'Hidup ini bukan setakat beramal sahaja.'

Si Cilik kecil mengelip-ngelipkan matanya. Seketika kedua-dua sirip comelnya berhenti mengibar. Mungkin masih cuba memahamkan apa yang cuba disampaikan oleh abe Nemon.

'Muslim hari ini ramai yang tersalah anggap. Pada mereka, Islam itu hanyalah syahadah, solat, puasa, zakat dan haji. Cukup rukun 5 dan rukun 6, itulah Islam. Asalkan bertudung (pendek, jarang lain kira), asalkan solat (walau tak cukup 5) pada mereka itu sudah ikut perintah Tuhan. Sudah Islam namanya.

Sedangkan tahukah kamu, syahadah itu saja menuntut sesuatu yang besar dari pelafaznya?

Kamu bersaksi, bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Kamu tahu apa yang seorang yang benar-benar saksi lakukan?'

Kedua Ciliks Blue mengelengkan kepala. Ekor mereka ikut beralun. Cantik. Bitari turut membulatkan matanya ke atas. Serasanya ada sesuatu yang menarik pada pernyataan itu. Apa yang cuba Nemon sampaikan??

'Biasa lihat Roda-roda Kuala Lumpur? Kalau berlaku kemalangan, siapa yang akan dipanggil ke mahkamah?'

'Saksi,' serentak Ciliks Blue menjawab. Tersengih sambil menggeselkan sirip sesama mereka.

'Jadi kamu sudah faham sekarang.'

Berkerut keduanya tanpa kening.

'Apakah yang seorang saksi perbuat? Adakah sekadar duduk melihat kejadian lalu mendiamkan diri. Itu bukan saksi namanya. Saksi kejadian itu mestilah hadir ke mahkamah untuk menyampaikan kepada orang ramai (termasuk hakim) tentang apa yang telah dilihatnya. Itu kerja saksi, tanggungjawab seorang saksi.'

'Jadi kalau muslim yang sekadar menyimpan sendiri Islamnya itu... hari-hari dalam hidupnya adalah beramal semata. Apakah sudah selesai Rukun Islam yang pertama itu?'

Si Cilik kecil mengangguk-angguk faham. Benar, ramai di antara manusia yang mengaku Islam hari ini tersalah faham tentang itu. Sangka mereka rukun pertama itu hanya lafaz semata. Walhal disebaliknya tersandar TANGGUNGJAWAB yang cukup besar yang masih belum terlaksana. DAKWAH. Misi dakwah yang masih belum selesai.

Nemon puas hati melihat sahabat dan adik-adik kecilnya faham tentang konsep itu. Alhamdulillah.. sekurangnya-kurangnya tanggungjawabnya untuk menyampaikan ilmu itu terlaksana. Semoga nanti Bitari dan Ciliks Blue bisa pula mengomongkan pada makhluk-makhluk lain pula. Biar semua sedar, Islam kita bukan Islam biasa. BUKAN seperti kebiasaan yang difahami umat Islam hari ini.

'Islam itu SISTEM, yang diturunkan oleh Allah agar seluruh manusia berpaksi padanya. Kita tidak boleh meletakkan sistem Allah dalam satu neraca manakala alam kebendaan atas nama 'kemajuan' pada neraca yang satu lagi. Senang kata, Sistem ALLAH itu tak boleh dipisahkan dari kehidupan.'

"Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai suatu apapun) kecuali dengan cara yang diatur oleh ALLAH..." 
[at-Takwir :29]

'Dengar ini adikku, seseorang m u s l i m tidak dibolehkan langsung berhukum kepada al-hawa atau merasa senang hati dengan al-hawa.

"Kalau sekiranya al-Haq mengikut al-h a w a mereka, nescaya binasalah langit dan bumi dan apa-apa yang ada di dalam keduanya." [al-Mukminun : 71]

Ingat, Islam itu sistem yang diturunkan oleh Allah. Sistem bermakna menyeluruh! Bukan sekadar cebisan-cebisan amal. BUKAN ritual. Pakaian kita mesti ISLAM, hati kita ISLAM, kelakuan kita ISLAM. Kerja kita ISLAM. Pembelajaran kita ISLAM. Kasih sayang kita ISLAM.

Buang semua ikatan yang bukan Islam yang ada pada kita!' Demikian Nemon menamatkan bicaranya.

'Tapi.. bagaimana kita nak tahu apa yang Islam dan apa yang tidak?' tiba-tiba si Cilik kecil bertanya.

'Kerana itu Tuhan telah menurunkan al-Quran kepada kita. Apakah kita tidak membaca dan mempelajarinya?' jawabnya sambil tersenyum... 


Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jika kamu sedang berpuasa, maka jangan berkata keji, dan jangan marah dan jika ada orang memaki atau mengajak berkelahi, hendaknya diberitahu : Saya berpuasa."
(HR Bukhari & Muslim)


Mungkin Ramadhan kali ini boleh menjadi langkah pertama =)

Thursday, August 20, 2009

Here the cute daddy comes!

Anak-anak sudah mula menginjak dewasa kala si ibu dan bapa mula menjengah zaman emasnya. Sekurang-kurangnya nada-nada gerun dan membencikan sudah berkurangan. Selalu bukan melihat ibu atau bapa yang marah-marah dengan anak-anaknya? Marah sayang. Kadang-kadang kita yang tak sampai hati melihat anak-anak nakal itu ‘kesakitan’ atas perbuatan nakalnya sendiri. Tapi, apakan daya, itu sebahagian dari didikan. Agar kelakuan-kelakuan yang kurang sopan itu tidak berterusan. Hrm.. tapi tak kurang juga ada ibu atau bapa yang tersalah letak marahnya. Yang ini, mungkin anak-anak akan merasa pedih lama sedikit, tapi harapnya tidak berkumpul hingga timbul dendam yang mendalam. Mudah-mudahan.. Semoga Tuhan menjadikan lembut hati anak-anak ini, agar terbuka matanya untuk melihat gunung-ganang jasa dan kasih si ayah atau ibu berbanding secebis rasa sakit yang berbekas itu. InsyaAllah..

Cuba bayangkan, pasti sangat manis melihat seorang ayah yang mudah dan selalu marah tika saat-saat keceriaannya. Bukan ke orang kata yang payah nak dapat tu, lagi tinggi nilainya? =)

   *             *               *

Beza hari ini dan semalam

Awal pagi, kedengaran enjin motor sayup-sayup…jauh dan semakin dekat, memecah keheningan pagi yang bisu di daerah rumah terpencil itu. Sengaja kubuat tahu tak tahu. Masih berbaringan di atas toto yang berlipat dua bersama bantal kesayangan dan Sista B***. Tiba-tiba suara itu menyapa layang-layangku. Ohh, lupa pula nak mengalihkan layang-layang Lebah itu dari atas meja makan utama. Baru lewat petang semalam aku berlari-lari dengannya menempuh angin kencang senja. Walaupun, Lebah itu tak mahu terbang di atas angin, ku puas hati sekali dapat menariknya ke hulu dan hilir laluan getah dan kelapa sawit ini. Hehee..seronoknya. Ops, kedengaran kembali suara yang mengkritik layang-layangku. Ada nada kurang senang di situ. Sengaja terus berpura-pura lena, mencuri dengar bicara ayah dan ibu selanjutnya. Ayah bertanya, ibu menjawab. Ayah bertanya lagi, dan ibu menjawab apa yang patut. Kritikan ayah itu tidak membina langsung. Geram hati dibuatnya, tapi ku tetap membatukan diri, ‘bersembunyi’. Sudah lumrah ayah untuk bersikap ‘against’ seperti itu. Mujur ku tak memberitahu secara terperinci perihal layang-layang itu kepada ibu. Kalau tak, nahaslah aku. Tapi ku tidak ambil pusing sangat, mujur ia tidak menjadi hal besar. Lagipun, ayah kan memang bagitu. Optimis sahaja.

Pagi ini, aku melintas ruangan tengah rumah, dengan tujuan untuk mengambil penyapu yang kutinggalkan di verandah sejak semalam. Tapi, sesuatu mematikan hajat hati. Aku berlari masuk ke bilik utama, menerjah ruang tingkap di balik langsir yang sweet itu. Kelihatan sesusuk tubuh berbaju kebun sedang berlari-lari dengan rianya menarik si Lebah. Tak ubah seperti kanak-kanak yang sedang seronok dalam dunianya. Lihat wajah tua itu, manis bersama keringat pagi!

Dari dapur kedengaran si ibu menyapa.

“Exercise!” balas ayah. Tercungap-cungap menarik nafas. Beliau berlari lagi. Ke sana dan ke mari di halaman rumah sambil tersengih, hingga tersangkut-sangkut layang-layang yang ditarik di pohon pudding.

Hrm. Sememangnya layang-layang itu takkan naik tinggi, mana ada angin pagi-pagi begini. Tapi ayah dengan yakinnya tetap melarikan layang-layang ke sana dan ke mari. Tali pengikatnya diubahsuai, ibu telah beritahu semalam lagi. Walaupun hati agak sebal dengan kata-katanya semalam, tapi cuba lihat hari ini.

Haihho..cute daddy has come~

si L e b a h saye!

Tak percaya? Dekat rumah saya sekarang selalu ada coklat sebalang. Ais krim kalau takde tak sah. Maggie pun sekarang menjadi kegemaran si ayah. Ada Nata de Coco lagi. Dulu kecil-kecil, benda-benda ni nak minta pun tak berani..


"Dan barangsiapa Kami panjangkan umurnya, nescaya Kami kembalikan dia kepada awal kejadian(nya). Maka mengapa mereka tidak mengerti?"

Surah Yasin : 68


Saturday, August 15, 2009

We See what We Want to See

4 Hari lalu

Sepetang yang cerah bersama langit yang putih. Suatu apapun tak kelihatan. Tiada awan, langsung. Langit putih! Atau apa mungkinkah semuanya awan? Hurm.. 'bosan'.

Seekor burung terbang menerjah sapaan mataku. Ahh..seekor layang-layang. Rekabentuk sayap yang cantik. (^^) indahnya ciptaan.. Ku susuri tiap haluan lelayang itu..jauh, jauh dan kian menjauh. Menjadi satu..dua..tiga..empat..lima. Ouh! Banyaknya!!! Langit yang putih itu rupa-rupanya menyimpan berpuluh lelayang yang berterbangan! S u b h a n a ll a h . .. 

Kupejam mata lama sedikit. Melihat ke arah lain, sebelum kembali menatap langit. Kembali putih. Pandangan biasa yang kosong. Senyuman kecil terukir. Baik, saya akan mencari kamu! Kembali fokus. Dapat! Sedikit..bertambah lagi..lagi..dan lagi. Itu dia! Puluhan layang-layang yang bebas riang di luar lemparan pandangan biasa. =)

2 Hari lalu

Ku duduk berayun di buaian biru itu. Mendongak ke langit yang bercorak aneh putih. Laju dan laju. Ahh..nikmatnya angin bersama keluasan itu. Langit itu sungguh luas, bukan? Ahhaha..seronoknya. 

Ouch. Sesuatu menyibuk-nyibuk di depan mata. Ku toleh ke kiri, benda itu mengikut. Ke kanan, aha..masih ada. Ke atas.. benda itu bergerak sama. Tapi kemudiannya melurut semakin jatuh. Dan aku pula semakin mengikutnya, semakin jauh ia bergerak. Haihh.. 

Pasti makhluk seni yang sejak dulu menghuni lapisan terluar bebola mata. Yang kufikirkan dahulu mungkin khayalan semata. Hrm...kanta mata mula beroperasi sebagai mikroskop. Latar langit itu sungguh membantu. Lihat..wah. Rupanya lebih kurang bakteria! Pasti itu bakteria. Ada satu, dua dan tiga. Kelihatan sel-sel yang bergabung membentuk rantaian panjang seperti cacing. Sama macam yang selalu kita tengok melalui mikroskop. Tak sangka Tuhan mengurniakan setiap kita sepasang mikroskop tulen..masyaAllah.

Seronok pulak dapat melihat yang aneh-aneh itu. Ku lakukan percubaan kedua, ketiga dan seterusnya. Ada sesuatu lagi. Sesuatu yang banyak dan seolah-olah bergerak, berlanggar sesama sendiri. Pergerakan yang rawak! ouh, apakah itu.. apakah itu zarah-zarah gas?? Hrm.. kuhalakan pandangan pada langit yang lebih cerah. Ahh..benda itu bersinar-sinar. Ouh, cantiknya! Bagaikan melihat satu lagi koloni bintang-bintang bersinar di siang hari. Tapi kali ini lebih menarik, kerana ia bergerak dan berlanggar sesama sendiri! Huhuu..subhanallah..cantiknya..

Begitu juga Islam, kalau tak mahu, tak nampak...

"Sesungguhnya penghidupan dunia ini, bagaikan air yang turun dari langit, maka tumbuh kerananya tumbuh-tumbuhan bumi, dari makanan manusia dan ternak. Dan ketika bumi telah berhias indah, sehingga penduduknya mengira telah berkuasa sepenuhnya, tiba-tiba datanglah bencana yang Kami turunkan di waktu malam atau siang hari, maka Kami jadikan semua bangunan itu bagaikan tersapu bersih, bagaikan tanaman yang telah habis diketam, seolah-olah kelmarinnya memang tidak ada apa-apa. Demikianlah Kami menjelaskan ayat (bukti) kekuasaan bagi kaum yang berfikir."
~Yunus 24~

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah harta bendamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Dan barangsiapa berbuat demikian, mereka itulah orang-orang yang rugi.

Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu, sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesali):

"Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang soleh."

Dan Allah tidak akan menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.
(al-Munafiqun : 9~11)


Antara nikmat cuti/belajar - H1N1
kelapangan dan kesempitan
jua kedatangan Ramadhan :)
Semoga Allah membuka mata hati kita untuk melihat keindahan agamaNya..

Monday, August 10, 2009

Konsep Hamba


Hamba itu sehina-hina darjat
Butuh akan patuh
Sebodoh-bodoh perkara
Yang laparkan panduan

Kalau hamba melawan tuan
Perintah tuan dilalaikan
Larangan tuan dijadikan amalan
Tiada lagi konsep hamba

Apakah mungkin nantinya dia masih ditolong?
Apakah masih mengharap doanya dimakbulkan??

Tapi Tuhan maha tinggi sifat Penyayangnya
Sejauh mana kau lari dari Nya
Masih kau dipilih untuk menerima
Masih kau dipilih untuk merasa..

Hingga suatu batas waktu
Kalau kau masih lagi menolak hidayah itu
Tidak akan ada lagi buatmu



Pernah dengar?
Hidayah Tuhan itu ibarat cahaya di sebalik tabir
Kalau kita sendiri tidak menyingkapnya
masakan cahaya akan menyimbahi kita
bisa direnungkan...

Saturday, August 8, 2009

Tekalah sendiri..


Hari ini adik mengajar saya membuat benda itu.

1 jam bertarung geliga dengan formula-formula pelik untuk menyiapkannya. wahaaaa...

Tapi satu yang amat saya hargai, kesabaran dan kesungguhan adik untuk memahamkan saya akan kaedahnya. Walaupun saya sekadar mengangguk dan kembali banyak bertanya..hehhe, adik meneruskan penyampaiannya... taktik demi taktik diulang tayang. Saya mengaku faham dan bila tiba masa untuk membuat sendiri, akan kedengaran suara itu... "salah tu...." wahaa... hampir-hampir mahu give up. Haks. Tapi demi mengingatkan, saya mahu belajar untuk kali ini sahaja.. usaha tetap diteruskan. Cukup hari ini saya dengar dan buat sampai habis. Lain-lain kali saya cuba sendiri sampai mati..(ye yer jer).

Dua, tiga kali kubus itu terpaksa diatur salah semula oleh adik kerana kubus yang saya hasilkan berpandukan formula arahan tidak menepati seperti yang dijangkakan. Hehe.. ini semua gara-gara salah faham (sebenarnya arahan adik kurang jelas..hehee..pandailah =p) Haih..haih. Tak sangka saya nak menyiapkan seketul kubus 9x9x9 itu pun perlu ada banyak formula. Huhh.. Mujurlah diri ini sudi mempelajarinya...walaupun tak tahu ilmunya lekat atau tidak di minda.

Tapi yang penting, saya berjaya juga akhirnya mendapat sebuah kubus 6 muka dengan warna yang sama! Yeaaaa..... (alhamdulillah..waakhiran) -tak mengape, formula-formula itu adik catatkan di buku saye..hhee

Nada bertukar serius

Erm, abang baru sahaja sampai tadi.. sibuk-sibuk bincang pasal kahwin. Bila ditanya emak akan tarikh penetapan majlis, dengan yakin dan segera dia menjawab bulan 3! (yerlah..takpelah...siapalah saya tak diharapkan hadir di majlisnya...huhu..sobss). Nampaknya tak perlulah saya involve memeningkan kepala berkaitan majlisnya nanti. Nanti tau-tau balik Malaysia sudah ada kakak ipar baru (silap-silap anak buah terus...hurm).

Hm, bukan senang nak buat majlis... kelihatannya bakal pengantin tahun hadapan sudah mula kepeningan memikir duit belanja untuk majlis nya..hantaran-hantarannya.. etc..etc..hah, apatah lagi seorang lelaki mahu mengurus benda-benda ni.. hehhehh. All the best lah bro..

Okay, ura-uranya abang lebih berminat punya hantaran hijau. Dan bakal berpakaian segak putih selagaknya seorang tentera... urm.bakal tengok gambar je lah nanti nampaknya... sedih lagi. hmph.. bila lagi nak tengok ahli keluarga sendiri bersanding ala-ala tentera macho gitu...huhu...  (mula-mula terasa tak hadir majlis, it's okay...sebab pernah tak dapat hadir majlis kakak tahun lepas. Tapi bila terfikir benda-benda macam nie....huhu..tak bestlah! Sedihlah...)


Tak mau cerita lagi. Hmph.. fikir balik dublin lah macam ni.. =(


Tak nak cerita itu kubus ape, pandai-pandai fikirlah
*Mood hilang*

Aku tengok email berutus-utus pun dah pening
Macam mana nak komited berjuang ni..
YA ALLAH kuatkanlah..

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial