myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Monday, May 17, 2010

senyumlah dari hati...



sedang membuat praktikal raja-raja di atas singgahsana

senangnya mengulum dan mengunyah ulas-ulas kecil ini

sekali masuk, terus hilang ke dalam

padanlah raja-raja dahulu digambar sebegitu rupa

senang sahaja menjamahnya

sekadar petik dari tangkai yang telah tersedia

nyummm...nikmatnya

tapi yang hijau ini masam

berbeza dengan yang ungu itu, manis!

tiba-tiba teringat sesuatu

beginilah kehidupan,

seperti menjamah segugus anggur di dalam pinggan

ada manis dan masam

tapi kedua-duanya harus ditelan...


kena sabar dan redha menelan yang kurang manis



antara pesan Luqman al-Hakim kepada anaknya

Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.


Hai anakku, barangsiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata-kata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata-kata kotor tentu akan menyesal..


Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan apa sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan apa saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan...



sadaqta :'(



maaf zahir batin

3 comments:

  1. i like the sajak! hehe. praktikal raja2. mz,doakan kitorg eh. jgn lupa misi2 kecil kamu tu. dah bp buku khatam?

    ReplyDelete
  2. hhe.insyaAllah leen =)
    all the best exam esok..lusa n next week
    hoho..1 buku pn blum khatam..haish
    terima kasih peringatkan

    ReplyDelete
  3. terima kasih ingat mengingatkan..
    hidup ini beginilah..
    takkan indah sepanjangnya..
    pasti ada liku yang menanti..
    moga tabah mengharunginya..
    sama-samalah kita..

    ReplyDelete

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial