myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->
Showing posts with label lOveS. Show all posts
Showing posts with label lOveS. Show all posts

Sunday, May 10, 2009

Sejujur pengorbanannya, yang teristimewa


such a lovely mom..my best buddy ever
maaf andai saya tak membalas jasa..
maaf andai saya tidak begitu mempamerkannya
maaf kerana kerenah-kerenah saya..
maaf atas segalanya
Moga ALLAH melimpahkan rahmat kasihnya untukmu
Moga DIA membalas segala jasa dan titik peluh mu
Moga DIA memelihara mu senantiasa
Ya Allah, golongkanlah ibuku di dalam kalangan solihin
Sejahterakanlah dia walau di mana dia
Ya Allah, kupohon cintaMu untuknya
Ya Allah..redhailah ibuku....


Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajahmu berolak tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya kau satu di dunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kaulah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu 



Esok bakal e x a m Vascular.. but I really wanna do this. Huu... (T T)
Cubaan menelefon tengah hari tadi ke rumah telah berjawabkan kehampaan. Ke manakah mereka? Sunday is weekly holiday for ayah... huu.. mungkin ada walimah di mana-mana.

Tak nak mengaku...
I am thinking of u..
Ibu yang selalu aku menyusahkannya...
Kejut minta buatkan milo malam-malam.. (kecil2 dulu lah..hhee ~sampai bila satu hari ayah offer siapa nak ikut balik kampung first trip dengan dia (means tanpa mak) then, i m thinking of ------> nanti kat kampung siapa nak buatkan milo? huuu.. 'pertimbangan' baik sekali..hehee.

Ibu yang kejut aku tiap-tiap hari untuk pergi sekolah ----> dan pernah juga saja beri respons "huarghhh, alah...malas lah nak gi skolah hari nie.." hehe. saja nak provoke my mum.. nakal kan aku. Mahu tengok reaksi mak, yang akan bagi kata semangat sikit untuk gi sekolah.. hehe. [eh, muka aku mana rajin ponteng sekolah tau...hua3]

Tak nak mengaku juga..
I know i am missing...
Ibu yang selalu aku mengusiknya
Bila mak pergi rumah nenek, dan meninggalkan aku keseorangan menjaga rumah ----> terdengar je bunyi orang bukak gate (tanda mak balik! =p) akanku terus melompat ke tempat persembunyian... supaya nanti mak sampai, macam takda orang kat rumah..heheh.. macam aku dah kena culik. dan aku akan dengar suara mak mencari-cari aku.. hehee..

I am missing..
Bila mak ke toilet...dan macam biasa ambil wudhu' untuk solat.. Ku kan menyorok somewhere dalam bilik emak.. (tempat dirahsiakan..hehe) Demi melihat reaksi terkejut mak bila tiba-tiba ada 'hantu' dalam stor tak rasmi (toilet yang penuh barang kat bilik emak) ataupun 'hantu' tu muncul di bawah tempat penyidai telekung..bila mak nak ambil telekung. Hehheh.. (baru sekarang terasa...nakalnya aku.huu)

I am missing...
Emak yang selalu minta aku urut.. ikut prinsip..'diberi betis nak paha'. Dan aku pula insan biasa, reaksi yang bermacam-macam.. Samada bermurah hati mengurut, mengurut dengan terpaksa, atau dengan jujurnya kata  "mak, orang tak boleh lah nak urut sekarang (sebab hati memberontak tak mahu!) huuu...kasihan mak saya. Kita muda-muda, belum tahu lagi rasa sakit lenguh dia macam mana..bukan main sombong kita ya. Terfikir aku, nanti suatu hari mungkin aku juga akan meminta belas anak-anak seperti mak...huu.. T T ~tapi insyaAllah, aku orang yang paling selalu diminta dan diharapkan untuk urut mak..sebab-sebabnya..tak payah cerita..R A H S I A keluarga, haks

Masih tak mahu mengaku
I m 'rindu'ing the moment mengekor emak beramai-ramai dari satu aras ke satu aras di bukit belakang rumah, sambil masing-masing membawa batang pokok kayu ubi untuk ditanam. Batas demi bats di buat, (banyak petua belajar dari yang arif, yea..hehe). Biar panas terik memancar, tertegak juga akhirnya batas-batas ubi itu.. Dan hasilnya, 6bulan kemudian ubi boleh digali (kalau tak digali ba alif ba ya) dan 'permintaan' kerepek akan menlonjak! hehe... sampai aku pernah menjadi ejen menjual kerepek ubi pedas dekat sekolah rendah. Hhe. Bagus kan mak aku. Kecil-kecil dah ajar aku bisnes. Siapa mahu, kerepek ubi pedas mak saya - 0.30 sen sahaja.. kalau mahu jeruk kedondong mak saya -0.50 sen sahaja sebungkus! murah2 (habis bau cuka beg sekolah aku...hehee). I really miss doin this. (tapi sekarang, dah lama sangat aku tak jejakkan kaki ke bawah bukit..huuu..ubi kayu juga tak rajin ditanam lagi..alasan mak..encik khinzir banyak sangat suka melawat rumah kami..)

Disebabkan encik khinzir yang rajin berkeliaran juga, i have got moments ikut mak mencari rebung di bawah bukit yang penuh rimbunan buluh sana. Di kawasan bukit yang luar kawasan rumah..yang banyak nyamuk. (sebab tulah mak minta aku yang 'rajin' nie teman ----> kata mak kalau ramai2..babi tu takut sikit..hehe ~ramai lah sangat berdua ja). Pernah juga pergi masuk hutan seberang masjid sana sebab mencari pucuk rebung. Hey, i am missing all these. =( Paling takkan dilupa juga sesi mengutip cendawan beramai-ramai di bawah konsultasi mak, bila 'pembalakan' berjalan di kawasan bukit depan rumah kami. Har, nanti bila musim hujan, banyak cendawan tumbuh kat kayu-kayu pokok getah yang dah dipotong tu. Cendawan sedap buat lauk! (heh, aku rajin kutip je lah..tak makan.hihi). 


Huhhuu..banyak sangat kalau nak dicoretkan semuanya. Ini baru secebis mungkin. This is our story. MY happiness in Lelong's Height. Mungkin anda juga punya cerita tersendiri. But, this was really mine. I am missing all those great things... I am learning everything from mak. Mak is my teacher! Mak yang ajar aku 1,2,3 a b c, alif ba ta sebelum aku masuk tadika (sampai cikgu ada tanya, pernah belajar kat mana-mana ke (means pre tadika ker..kut) sebelum masuk tadika perpaduan tue =) hehe.. i m proud of my mom lar. Mak juga ajar aku itu, ini, itu, ini.. mak ajar saya perkataan 'never mind' (waktu tengah main-main basikal kat halaman rumah ~sekolah rendah). Mak yang layan jer bila aku nak 'melompat-lompat' kat rumah..hehe..Yeay! She is the best mom i ever had. I love her so much!






Semangat2x.. nak belajar, yeay!
thanks fren for reminding me
of all these beautiful things
i  m going to call again
insya Allah =)

Monday, February 9, 2009

Sampaikan pada S i Dia





Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia 
aku ada 
pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung 
adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia
bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan
menyintaiku lebih dari dia menyintai
Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan
mengingatiku lebih dari dia mengingati
Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan
mendoakanku lebih dari dia mendoakan
ibu..
bapanya...

Tolong katakan pada si dia, dahulukan
Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan
ibu bapanya kerana di telapak itu
syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku
terpikat
kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih
cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya
kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula
mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam
dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu
mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang
Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik
keluarga.. dan Tolong sedarkan si dia,
tanggungjawabnya
besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta
di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini
enggan dirapati kerana menjaga batasan
cinta.. Tolong sabarkan si dia, bila 
jarak
menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu
menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu
menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan
Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku
tidak
mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu
dia berjaya dalam impian dan cita-
citanya..Tolong khabarkan pada si dia,
jadilah
penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku
mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta
kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan
ini terjaga selagi dia menjaga hubungan
dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana
aku tidak mampu memberitahunya
sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa
si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau aku
sendiri tidak mengetahui siapa dan
dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa
memuji keagungan Yang Maha Kuasa
memasuki taman larangan dengan sopan
santunnya dan bertemu mawar berduri
yang
terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga
engkau bertemu diriku suatu hari nanti.


Sunday, January 18, 2009

Sekeping nota hati


Dulunya aku sekadar melihat
Satu hari aku turut merasa
Kemudian datang lagi hari yang serupa
Mengisi satu demi satu 
Memori luka

Tak jenuhkah kamu
Wahai tragis

Kini kupunya barisan famili
Setiap satunya dengan cerita tersendiri
kecuali ayahanda dan bonda
pada mata kami sekurang2nya
Ya Allah, selamatkanlah mereka...

Bila tragedi ini melanda lagi

Maafkanlah aku
Kerana aku tak mampu menangisi
Kala kau ingin berkongsi

Maafkanlah aku
Kerana aku tidak pandai menghulur simpati
Walau derita itu kufahami

Ku sedar
Lemahku itu
Tiap kali tragedi menjengah lagi

Justeru
Maafkanlah aku
Andai keluhmu bersambut jawapan sepi
Andai ku takmampu membawamu
tenang kembali...
Hanya mahuku kau tahu
Aku setia mendengarmu
Jua esakmu dalam hati
Walau itu kau cuba tutupi

Tapi maafkanlah aku
Andai di matamu aku tak punya hati

Maafkanlah aku
kerana aku begini...






Saturday, January 3, 2009

Try to fall in love


i love palestine

really? do you?

Bismillahirahmanirahiim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Saya mencintai kamu semua karena Allah,
MENGAPA SAYA MENCINTAI KALIAN KERANA ALLAH??
Karena kalian hamba-hamba-Nya, yang berpuasa,
yang mendirikan solat lima waktu,
yang memberi sedeqah,
mengeluarkan zakat,
serta beramal hanya kerana Allah, ikhlas.
Dan jangan lupa,
“Sesungguhnya kemenangan kaum Muslimin itu semata-mata
hanya kerana ketaatan kita kepada
Allah SWT.

Jika kita jauh dari Allah dan tidak taat kepada Allah,
maka
kemenangan akan menjauhi kita.
“Saya teringat suatu pesan dari
Umar ibn Khattab kepada Saad Abi Waqqash
yang mengatakan bahawa
nasab kita hanya dihitung jika kita taat kepada Allah.
Sesungguhnya, kita dengan musuh-musuh kita adalah sama.
Yang membezakannya hanyalah mereka
bermaksiat dan tidak beriman kepada Allah,
sedangkan KITA-mengapa kita
perlu menang atas kaum kafir dan musuh-musuh Allah,
semata-mata kerana
kita beriman dan taat kepada Allah.
Jika kita melakukan kemaksiatan
seperti yang mereka lakukan, maka kita
akan kalah dan terhina di hadapan
kaum kuffar.

“Sesungguhnya kemenangan itu tidak akan datang kecuali atas
izin pemiliknya,
iaitu Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Pemberi.”

Saya di sini berbicara kepada anda semua atas
nama kaum Muslim Palestine
yang dijajah oleh Zionis-Israel,
saya juga berbicara di hadapan kalian ini
atas nama pejuang-pejuang Palestine, iaitu HAMAS,
saya juga berbicara di
hadapan kalian atas nama seluruh
ulama-ulama Palestine yang diusir dari
negaranya,
saya akan memberikan beberapa maklumat terkini tentang apa yang
terjadi terhadap kaum Muslimin Palestine:

Pertama,
sekarang terdapat lebih dari 7000 keluarga syuhada yang ditinggalkan
oleh suaminya atau anaknya atau keluarganya yang syahid,
iaitu dari intifada pertama hingga intifada kedua.
Yang kedua,
sekarang terdapat lebih dari 50,000 kaum Muslimin Palestine
yang terluka dan cacat akibat penangkapan dan penyiksaan yang dilakukan
kaum Zionis-Israel. Saya juga ingin menyatakan kepada kalian semua kaum
Muslimin, sekarang terdapat lebih dari 12,000 orang tawanan yang masih
berada di penjara-penjara Israel.
Mereka mengalami berbagai penyiksaan
bahkan banyak yang sampai
menemui syahid atau cacat seperti saya.
Saya juga ingin menyatakan bahawa ada lebih dari
10,000 rumah kaum
Muslimin Palestine itu dihancurkan oleh
tentara Zionis Israel dan sekarang ini kami
dipisahkan dengan adanya pembangunan tembok-tembok pemisah yang
sangat kukuh dan tingginya sampai 10 meter.
Sehingga sekarang ini kami
dipisahkan dari rumah-rumah kami,
kami dipisahkan dari hospital kami,
kami dipisahkan dari universiti-universiti kami,
dari jiran-jiran kami sehingga
kaum perempuan kami pun untuk
melahirkan anak di hospital pun tidak boleh.
Ramai wanita-wanita kami terpaksa
melahirkan anak di pinggir-pinggir jalan
sahaja
atau pun di perbatasan-perbatasan yang sengaja
dibuat oleh
tentera-tentera Zionis-Israel.
Sekarang ini terdapat 500,000 kaum Muslimin Palestine yang tidak boleh
bekerja kerana cacat dan lumpuh seumur hidup disebabkan penyiksaan yang
dilakukan oleh tentera Zionis ke atas kami.
Dahulu kami, sekitar 500,000
Muslim Palestine boleh menunaikan solat berjamaah di Masjidil Aqsa, tetapi
sekarang kami hanya boleh melakukan solat di Masjidil Aqsa sekitar 50,000
orang sahaja itu pun dengan satu syarat
iaitu mestilah berusia 50 tahun ke atas.
Dan perlu diketahui juga bahawa sekarang ini Al-Aqsa
sedang berteriak
memanggil umat Islam yang berada di seluruh dunia kerana sekarang ini
Al-Aqsa tinggal masa menunggu keruntuhannya.
Di bawah Al-Aqsa,
Zionis-Israel telah melakukan penggalian di sana-sini,
kononnya untuk di
buat parit-parit dan sebagainya,
yang akhirnya jika Al-Aqsa akan runtuh
dan di atasnya akan dibangunkan kembali Haikal Sulaiman.
Wahai Saudaraku, selamatkanlah Al-Aqsa,
kerana Al-Aqsa ini akan segera
runtuh jika kaum Muslimin tidak segera membantunya.
Saya juga akan
menyampaikan khabar tentang pejuang-pejuang kaum Muslimin Palestine,
terutama HAMAS:
Pertama, kami sesungguhnya telah berjaya di dalam pilihanraya umum, HAMAS
berjaya memenangi kerusi parlimen dengan memperolehi 60% dan kami juga
berjaya mengusir keluar tentera Zionis-Israel dari Semenanjung Gaza yang
panjangnya 350 kilometer,
sehingga kini tentara Zionis-Israel tidak mampu
lagi untuk masuk ke Semenanjung Gaza walau hanya sejengkal pun.
AllahuAkbar!
Kedua, Dan kami juga ingin menyampaikan berita bahawa kami telah kembali
membangunkan hospital-hospital, universiti-universiti Islam di Gaza, dan
kami juga berjaya dengan dakwah dan tarbiyah kami sehingga kami dapat
menciptakan generasi-generasi Islam yang dekat dengan
Al-Qur’an dan As sunnah Rasulullah SAW.
Saya sendiri khuatir,
bukan kuatir dengan pejuang-pejuang, para mujahidin
Palestine,
tetapi saya kuatir dengan diri saya dan kalian semua yang ada
di Indonesia (bagi penulis orang Malaysia juga patut sedar hal ini)
yang sekarang masih menunggu di jalan jihad.
Kita sedang
menunggu untuk sampai tiba di sana,
tetapi mereka telah ada di sana dan
menunggu untuk boleh mendapat syahid atau hidup mulia.
Jika kita semua ingin tiba di sana,
berdoalah kepada Allah dan tetaplah istiqamah
sehingga nantinya kita termasuk orang-orang yang dipilih Allah
untuk membebaskan al-Aqsa
dan kita boleh melaksanakan solat berjamaah di sana dengan aman.
Mungkin ini saja dari saya,
Wa bilahi taufiq wal hidayah,
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
~Ucapan Syeikh Abu Bakar Pada hari Jumaat,
28 September 2007 bersamaan 17 Ramadhan 1428

H. Beliau pernah ditangkap sebanyak 5 kali oleh tentera Zionis
sehingga mengakibatkan beliau buta.
Sumber:
http://www.eramuslim.com/)

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Puasa yang lebih utama selepas Ramadhan ialah puasa di dalam
bulan Allah yang dimuliakan iaitu bulan Muharram.
Manakala sembahyang sunat yang afdhal selepas sembahyang fardhu
ialah sembahyang sunat di waktu malam (terutama di malam bulan Ramadhan)
(HR Muslim)
(diangkut dari fer)

Thursday, December 18, 2008

Kamu menjadikan kakak doktor


CSi semalam telah berlalu dengan hati yang agak berdukacita.. Tak mengapa, pasrah, redha. setakat itu sahaja rezekiku. S.M.I.L.E =) Tinggal satu paper je lagi!!!! Esok...hahahaa..seronok. Lepas tu kami akan hav a winter break! Erk... $$$$ planning kami nk mengembara ke Italy nampaknya akan menelan bayak fulus aku. Memang lah ni, nak kene buat kira-kira besar!! Sebab nak bayar tiket balik Malaysia next year lagi.. Wawaaa~ Mahal pula tu tiket aku berbanding kawan aku yang bernasib baik. Huhu. Takpelah, kena redha lagi. Allah dah amek banyak duit aku, mungkin nak membersihkan harta yang di tanganku ini. Takpelah.. [masih kecewa sebenarnya] Tak baik! Redha kan hati... Allah sentiasa ada untuk kamu..

Malam tadi beriya2 kumpulan kami berbincang tentang travel yang bakal kami tempuhi. Wah~ dalam hati terdetik, aku di sini bergembira nak menjelajah bumi Allah, sedang adik ku di hospital menanti debar rawatan doktor. Kesian adik.

1200 a.m, handphone ku bernyanyi beberapa saat. 1 miscall. Nombor Malaysia! Siapakah, hatiku mula meneka2.. siapa pula yang mengetahui nomborku di sini? Terus aku mencari2 buku catatan yang menyimpan nombor h/p mereka yang masih di tanah air.. opz, buku itu tertinggal di rumah kawan. Ades~

"Salam, sori. Siapekah?"

"Acad la..Kak arini operation..Doakan ea..Takot pun ade...Mntak2x x skt, x ape2 pon...."

"Owh, operation? Operation dr nak bwat ape? Die ade ckp x?" Adik! Subhanallah, terkejut aku. Tak sangka pulak begitu..

"Nak masok wayar kat jari tu...Takot lah.."

Uhh, lurut hati aku. Kasihan amat dengan adik. Semenjak aku terbang ke sini. Adik tak pernah message aku. Tapi saat-saat genting begini, aku jadi pilihan adik!!! Terharu. Terasa akulah orang yang paling dekat dengan adik, hingga dia sanggup meluahkan kebimbangannya. Pasti adik tak berbuat begitu dengan kakakku di rumah. [Mungkin juga dia pilih aku sebab aku takkan tunjuk muka di wadnya, taklah malu sangat. =p]

Sejenak terlayar memori-memori silam aku dan adik. 

Adik satu2 nya adik aku, sebab aku anak 2nd last. Tapi jarak umur kami jauh, aku Darjah 6 adik Darjah 1. Adik lelaki, aku perempuan. Tapi kami selalu main sama-sama. Main buka kedai [masak ceper-ceper merah milik ayah, entah apakah bende itu..aku pun tak pernah tahu], main basikal [konon siap ade traffic light], main layang2, main badminton, main kejar-kejar [masuk rumah keluar rumah sampai emak marah]. Pernah sekali adik jatuh atas tar, lutut berdarah. Aku kaget, adik mula nak menangis [time ni adik belum masuk tadika lagi]. Alamak, adik jangan nangis [hakikatnya aku takut mak marah aku, sebab aku yang ajak adik main..huhu]  sikit je ni, nanti kite masuk dalam kakak sapu gamat ea...pastu baik dah, tak sakit dah. Jangan nangis ea.. Selamat pujukan aku berjaya, adik tak jadi nangis..fuh~ Lega tahap max! Selalu pulang dari sekolah agama [sekolah petang], aku buat milo, pecah-pecahkan biskut lemak rendam dalam milo [ibarat cereal..kononnya], adik akan main basikal pusing2 halaman rumah, aku duduk di buaian, nanti adik lalu buaian, dia akan berhenti, aku bagi sesudu 'cereal' aku ---> ini kami panggil 'tol'. Lepas bayar tol, boleh jalan. Ada masa aku pun sama naik basikal yang diwarisi dari alongku. Nanti aku akan bunyikan loceng basikal, tandanya lampu isyarat tukar warna. Masing-masing kena berhenti, tapi kalau nak ke sebelah kiri [tak perlu hiraukan lampu isyarat macam kat jalan raya betul..] Ya, kami kanak-kanak berjiwa pandu cermat jiwa selamat.

Tapi itu cerita dulu-dulu. Waktu hanya aku dan adik tinggal di rumah (sebab abang-abang dan kakak-kakak semua masuk asrama bila peringkat menengah). Tapi lepas UPSR, aku pula masuk asrama. Tinggal adik seorang kat rumah. Adik takde kawan sebab rumah kami jauh dari rumah jiran2. Nanti bila balik cuti bulanan je baru kami dapat main sama. Bila dekat exam, abeskan baca buku cepat2, petang terus lari keluar main badminton dengan adik! Nanti balik asrama, adik akan ikut hantar aku, tolong hantar barang aku sampai dorm. Tapi, itu cuma untuk awal2 kemasukan aku ke asrama... Lama-lama, adik makin besar..sudah ada kawan. Mula nakal, sedikit degil. Kami tak lagi seakrab dulu. Terutama bila adik mula menjejak sekolah menengah..

Tapi semalam adik message aku. Buat aku terharu. Aku masih pilihan adik...

Aku tak tahu bagaimana mahu menyusun kata, supaya adik tenang, rileks. Pantas aku menaip mencari apekah sebenarnya yang doktor cuba lakukan pada kaki adik beberapa jam lagi. Wire? Walau bergelar pelajar perubatan, aku tak pernah tahu rawatan apakah itu. Ya, adik membuatkan aku mengambil tahu tentang itu.

phalangeal fractures ---> Percutaneous Intramedullary K Wire

Operative treatment is rarely indicated. This most often indicated for intra-articular fractures of the proximal phalanx of the great toe or multiple fractures of the toes in which alignment would be difficult to maintain due to lack of support from neighboring toes. Fixation often involves logintudinal insertion of a K-wire or..bla..bla..

Kirschner wire a.k.a K-wire  --->  a smooth stainless steel pin with a drill tip.

The main functions of the K-wire are fixation of fractures and skeletal traction. A great advantage is the possibility of percutaneous placement. This means that the K-wire is inserted into bone through the skin. The wires can be placed percutaneously or through a mini-open mechanism.


Ini contoh K-wire yang dimasukkan ke dalam tulang tangan.

Adik, kamu menjadikan kakak doktor...

1142 a.m [waktu malaysia]

"K dah operation dah.. Tp rase skt lg k.. Nak td0w, sakit.."

Lewat aku membaca message itu, pagi di sini baru aku perasan, terus aku reply.

"Skunk ni skt kak.. Sakit.. Ya allah... ... Dah la xde owg kat sni.."

Kasihan adik. Apa yang mampu kakak lakukan, adik. Hanya doa dan sebaris kata pujukan 'sabar' untuk adik. Adik, kalau mampu, kakak ganti tempat kamu. Anggaplah ini satu corak perjalanan yang terindah dari Tuhan untuk kita... Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Bukankah kita kanak-kanak berjiwa pandu cermat jiwa selamat. Lepas2 ni sama-sama kita lebih berhati-hati di jalan raya yea.

Friday, December 12, 2008

My * will Go On..


Saat ini, clip video di bawah telah terpilih...

Yup, terpilihnya ia disebabkan sound peliknya..

Terpilihnya ia kerana...

Terlalu banyak sebabnya.



Seperti yang dikomen oleh seorang pelawat baru-baru ini, maaf, aku di sini tidak menyokongmu... Aku sangat suka clip video ini.. disebabkan 'sound'nya lah. Sila dengar betul-betul.. itu suara tupai! Pandainya tupai ini menyanyi. Dengar sekali lagi, kali ini mesti betul-betul, dengar, tupai itu menjeritkan kotak hatinya. Jerit sekuat-kuatnya. Sepuas-puasnya. Namun tetap tak menyakitkan hati. Bahkan getar hatinya berjaya mencuri hati ini, dengar.. dengar...shh..aku kata dengar.

Dengarkah seruling itu?

Nampak kah kapal itu merentas lautan luas? Nampakkah?

Lihat wajah-wajah tupai itu... apa yang anda lihat? Ayu??  

Sebetulnya, aku tak tahu apa yang harus ditulis di sini, tidak tahu bagaimana untuk mengulas. Yang pasti aku senang dengannya. Tenang mendengarnya. Lapang menatapnya. Tupai2 itu tersenyum...apakah agaknya yang cuba disampaikan oleh sekawan tupai itu? UKHWAH. Nilai sebuah ukhwah. Persahabatan. Kawan. Teman. Ikatan. Susah senang tetap bersama. Saling menasihat dan menguatkan. Saling menceria dan menyakitkan..Eh,cantik bukan rumah di belakang mereka itu. Nampak seperti sebuah rukun yang bahagia sekali. Amannya hati begitu... indahnya kalau sebahagia itu. 

B.A.H.A.G.I.A

Apa takrif bahagia? Bila kali terakhir diri merasa bahagia? Atau mungkinkah sepanjang-panjangnya bahagia menjadi teman. Alhamdulillah kalau begitu... Subhanallah. Maha Suci Allah..Dia Maha Pemurah.

Tapi, andai diri ditimpa musibah masihkah agaknya ingin mengakui itu bahagia? 

Angguk. Tidak. Oh, ya. Kepala mengangguk. Hati jerit tidak~
"Dan apabila Kami berikan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan (rahmat) itu. Tetapi, apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) kerana kesalahan mereka sendiri, seketika itu mereka berputus asa." [30:36]

Duhai hati...mengapakah begitu. Bukankah ujian itu rahmat dari Tuhan, tanda Dia mengasihi kita. Bukankah hakikat kehidupan kita di dunia ini zahir dan batinnya adalah ujian. Bukankah Dia pasti akan menguji kita, menguji sejauh mana iman kita padaNya.

Maka, seharusnya kita tidak mengeluh. La Tahzan. Sabar. Redha. Sebab rahmat boleh jadi dalam bentuk ujian. Ujian itu rahmat. 

Ya. Betul. Betul. Kalau Ipin yang membaca, mesti dah membetulkannya. Tapi aku bukan Ipin. Begitu mudahkah, senang begitu. Ujian datang. Sabar. Sakit menimpa. Sabar. Begitu mudahkah sabar??

Gerak-gerak bibir pantas memaculkan 'sabar', tapi tetap bertemankan protein tambahan. Protein yang melarut dalam molekul-molekul H20, jatuh bertaburan. Benarkah kita sabar?

Hari demi hari, tahun demi tahun, semakin jauh kaki ini melangkah.. semakin banyak dugaan, Malah, terasa seolah bebanan kian bertambah, sedangkan sepertinya diri semakin kehilangan keupayaan. Ketahuilah hati, hanya iman dan keyakinan akan mampu mengayuh perahu kehidupan... penuh ketenangan, merempuh ujian Tuhan. Tuluslah dengan Tuhan, teluslah sesama insan. Teruskanlah membelah lautan hidup, maralah, dan sabarlah. 

Sabar itu tidak mudah. Tetapi mudah bagi mereka yang meletakkan segalanya pada Allah. Sabar itu menyakitkan. Tetapi indah bagi mereka yang yakin dengan janji Allah. 

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar," [24:155]



Saat entri ini ditulis, aku masih di sini, masih dalam perjuangan final exam, yang serasanya begitu banyak yang telah tersalah. [hakikatnya begitu]. Saat ini juga aku ditemani bandage indah ini, selaku tabib tak bertauliah, mengesahkan diri disinggah inflammation [lymphadenitis..mgkin] Tabah, memang harus tabah. Mungkin sakit perit ini kurasakan payah. Tambah di waktu-waktu genting begini. Tapi ada insan lain di sana yang lebih  perit deritanya. Adik, yang kini terlantar di hospital, kemalangan baru-baru ini. 2jari kakinya patah. Lebih sedih lagi, kawan adik [jiran] kehilangan kakinya. Pihak hospital terpaksa memotong kaki kirinya hingga paras peha. Ya Allah, betapakah dugaan mereka lebih hebat, dari aku yang di sini, masih punya kaki untuk berjalan. Dulu, aku tidak kisah itu semua. Tapi, akhir-akhir ini, segala yang berlaku begitu dekat dengan diri ini. Betapa Tuhan berkuasa mengambil nikmat kurniaanNya dalam sekelip mata. Betapa beberapa hari yang lalu, mereka masih berdaya menunaikan solat sunat Aidiladha, tapi hari ini Allah telah mengambil sebelah kakinya. Semoga Allah berikan kesabaran untuk hati-hati ini... Ya Allah, jadikanlah hati-hati ini yakin bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya.


NOw that i have to push my heart to go on...

"Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain DIA. Dan jika DIA mendatangkan kebaikan kepadamu, maka DIA Maha Kuasa atas segala sesuatu.."
[6:17]




Secebis Renungan...

Islamik Testimonial