myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->
Showing posts with label karyaSENi. Show all posts
Showing posts with label karyaSENi. Show all posts

Sunday, April 26, 2009

Menunggu langit runtuh??


"Ana talibatun"

"Adrusu fii Jami'ati Dublin"


Semalam tamat exam Arabic. Kalimat-kalimat ini antara yang ditulis dalam esei di muka surat terakhir kertas soalan. Sebuah esei pendek tentang diri anda. Gah, menulis... "saya seorang pelajar. Saya belajar di University Dublin." Buat aku berfikir hari ini. Aku di universiti rupanya. Masih ada 5 paper yang hebat-hebat. 5 paper yang bisa membuat nafas tersekat. 


Vascular Biology, 

Renal Biology Medical, 

Cardiac Biology, 

Respiratory Biology, 

juga Personal & Population Health.



Screen clipping taken: 4/26/2009, 4:52 PM

named "Menanti langit runtuh?"



Bersusah payah akhirnya tiba di puncak ini


Untuk apa dipuja epal yang ranum di bawah


Lihatlah pohon yang separas dengan mu..


Suburkannya hingga ia berbuah


 

Anda sudah sampai ke peringkat universiti

 


Buah-buah lalu hanya kenangan indah



Not a Tambahan: Menunggu langit runtuh adalah sesuatu yang sia-sia, memang akan terjadi, tapi tiada maknanya. Kerana saat itu iman anda tidak dikira. Begitu juga halnya dalam peperiksaan. Andai sendiri tidak berusaha. Nanti langit dah runtuh padan muka. [ditujukan kepada diri..hhu]



Tabibatun to be
InsyaAllah (T.T)

Tuesday, February 3, 2009

Jatuh bersama Salji



Froze

Menjadi salji

Menghujani bumi bak gabus-gabus

Cantiknya salji !

Indah selembut 'snow'

Struktur yang aneh, putih

Meriah ditolak angin kencang

Turun, turun dan turun

Menjadi tangkapan

Tangan dan lensa

Turun pagi ke malam

Sayang, cair di pertengahan

Sebagaimana hati cair menatap result

Yang jatuh bersama salji





2Febrair@8Safar


Sunday, January 18, 2009

Sekeping nota hati


Dulunya aku sekadar melihat
Satu hari aku turut merasa
Kemudian datang lagi hari yang serupa
Mengisi satu demi satu 
Memori luka

Tak jenuhkah kamu
Wahai tragis

Kini kupunya barisan famili
Setiap satunya dengan cerita tersendiri
kecuali ayahanda dan bonda
pada mata kami sekurang2nya
Ya Allah, selamatkanlah mereka...

Bila tragedi ini melanda lagi

Maafkanlah aku
Kerana aku tak mampu menangisi
Kala kau ingin berkongsi

Maafkanlah aku
Kerana aku tidak pandai menghulur simpati
Walau derita itu kufahami

Ku sedar
Lemahku itu
Tiap kali tragedi menjengah lagi

Justeru
Maafkanlah aku
Andai keluhmu bersambut jawapan sepi
Andai ku takmampu membawamu
tenang kembali...
Hanya mahuku kau tahu
Aku setia mendengarmu
Jua esakmu dalam hati
Walau itu kau cuba tutupi

Tapi maafkanlah aku
Andai di matamu aku tak punya hati

Maafkanlah aku
kerana aku begini...






Thursday, December 18, 2008

Kamu menjadikan kakak doktor


CSi semalam telah berlalu dengan hati yang agak berdukacita.. Tak mengapa, pasrah, redha. setakat itu sahaja rezekiku. S.M.I.L.E =) Tinggal satu paper je lagi!!!! Esok...hahahaa..seronok. Lepas tu kami akan hav a winter break! Erk... $$$$ planning kami nk mengembara ke Italy nampaknya akan menelan bayak fulus aku. Memang lah ni, nak kene buat kira-kira besar!! Sebab nak bayar tiket balik Malaysia next year lagi.. Wawaaa~ Mahal pula tu tiket aku berbanding kawan aku yang bernasib baik. Huhu. Takpelah, kena redha lagi. Allah dah amek banyak duit aku, mungkin nak membersihkan harta yang di tanganku ini. Takpelah.. [masih kecewa sebenarnya] Tak baik! Redha kan hati... Allah sentiasa ada untuk kamu..

Malam tadi beriya2 kumpulan kami berbincang tentang travel yang bakal kami tempuhi. Wah~ dalam hati terdetik, aku di sini bergembira nak menjelajah bumi Allah, sedang adik ku di hospital menanti debar rawatan doktor. Kesian adik.

1200 a.m, handphone ku bernyanyi beberapa saat. 1 miscall. Nombor Malaysia! Siapakah, hatiku mula meneka2.. siapa pula yang mengetahui nomborku di sini? Terus aku mencari2 buku catatan yang menyimpan nombor h/p mereka yang masih di tanah air.. opz, buku itu tertinggal di rumah kawan. Ades~

"Salam, sori. Siapekah?"

"Acad la..Kak arini operation..Doakan ea..Takot pun ade...Mntak2x x skt, x ape2 pon...."

"Owh, operation? Operation dr nak bwat ape? Die ade ckp x?" Adik! Subhanallah, terkejut aku. Tak sangka pulak begitu..

"Nak masok wayar kat jari tu...Takot lah.."

Uhh, lurut hati aku. Kasihan amat dengan adik. Semenjak aku terbang ke sini. Adik tak pernah message aku. Tapi saat-saat genting begini, aku jadi pilihan adik!!! Terharu. Terasa akulah orang yang paling dekat dengan adik, hingga dia sanggup meluahkan kebimbangannya. Pasti adik tak berbuat begitu dengan kakakku di rumah. [Mungkin juga dia pilih aku sebab aku takkan tunjuk muka di wadnya, taklah malu sangat. =p]

Sejenak terlayar memori-memori silam aku dan adik. 

Adik satu2 nya adik aku, sebab aku anak 2nd last. Tapi jarak umur kami jauh, aku Darjah 6 adik Darjah 1. Adik lelaki, aku perempuan. Tapi kami selalu main sama-sama. Main buka kedai [masak ceper-ceper merah milik ayah, entah apakah bende itu..aku pun tak pernah tahu], main basikal [konon siap ade traffic light], main layang2, main badminton, main kejar-kejar [masuk rumah keluar rumah sampai emak marah]. Pernah sekali adik jatuh atas tar, lutut berdarah. Aku kaget, adik mula nak menangis [time ni adik belum masuk tadika lagi]. Alamak, adik jangan nangis [hakikatnya aku takut mak marah aku, sebab aku yang ajak adik main..huhu]  sikit je ni, nanti kite masuk dalam kakak sapu gamat ea...pastu baik dah, tak sakit dah. Jangan nangis ea.. Selamat pujukan aku berjaya, adik tak jadi nangis..fuh~ Lega tahap max! Selalu pulang dari sekolah agama [sekolah petang], aku buat milo, pecah-pecahkan biskut lemak rendam dalam milo [ibarat cereal..kononnya], adik akan main basikal pusing2 halaman rumah, aku duduk di buaian, nanti adik lalu buaian, dia akan berhenti, aku bagi sesudu 'cereal' aku ---> ini kami panggil 'tol'. Lepas bayar tol, boleh jalan. Ada masa aku pun sama naik basikal yang diwarisi dari alongku. Nanti aku akan bunyikan loceng basikal, tandanya lampu isyarat tukar warna. Masing-masing kena berhenti, tapi kalau nak ke sebelah kiri [tak perlu hiraukan lampu isyarat macam kat jalan raya betul..] Ya, kami kanak-kanak berjiwa pandu cermat jiwa selamat.

Tapi itu cerita dulu-dulu. Waktu hanya aku dan adik tinggal di rumah (sebab abang-abang dan kakak-kakak semua masuk asrama bila peringkat menengah). Tapi lepas UPSR, aku pula masuk asrama. Tinggal adik seorang kat rumah. Adik takde kawan sebab rumah kami jauh dari rumah jiran2. Nanti bila balik cuti bulanan je baru kami dapat main sama. Bila dekat exam, abeskan baca buku cepat2, petang terus lari keluar main badminton dengan adik! Nanti balik asrama, adik akan ikut hantar aku, tolong hantar barang aku sampai dorm. Tapi, itu cuma untuk awal2 kemasukan aku ke asrama... Lama-lama, adik makin besar..sudah ada kawan. Mula nakal, sedikit degil. Kami tak lagi seakrab dulu. Terutama bila adik mula menjejak sekolah menengah..

Tapi semalam adik message aku. Buat aku terharu. Aku masih pilihan adik...

Aku tak tahu bagaimana mahu menyusun kata, supaya adik tenang, rileks. Pantas aku menaip mencari apekah sebenarnya yang doktor cuba lakukan pada kaki adik beberapa jam lagi. Wire? Walau bergelar pelajar perubatan, aku tak pernah tahu rawatan apakah itu. Ya, adik membuatkan aku mengambil tahu tentang itu.

phalangeal fractures ---> Percutaneous Intramedullary K Wire

Operative treatment is rarely indicated. This most often indicated for intra-articular fractures of the proximal phalanx of the great toe or multiple fractures of the toes in which alignment would be difficult to maintain due to lack of support from neighboring toes. Fixation often involves logintudinal insertion of a K-wire or..bla..bla..

Kirschner wire a.k.a K-wire  --->  a smooth stainless steel pin with a drill tip.

The main functions of the K-wire are fixation of fractures and skeletal traction. A great advantage is the possibility of percutaneous placement. This means that the K-wire is inserted into bone through the skin. The wires can be placed percutaneously or through a mini-open mechanism.


Ini contoh K-wire yang dimasukkan ke dalam tulang tangan.

Adik, kamu menjadikan kakak doktor...

1142 a.m [waktu malaysia]

"K dah operation dah.. Tp rase skt lg k.. Nak td0w, sakit.."

Lewat aku membaca message itu, pagi di sini baru aku perasan, terus aku reply.

"Skunk ni skt kak.. Sakit.. Ya allah... ... Dah la xde owg kat sni.."

Kasihan adik. Apa yang mampu kakak lakukan, adik. Hanya doa dan sebaris kata pujukan 'sabar' untuk adik. Adik, kalau mampu, kakak ganti tempat kamu. Anggaplah ini satu corak perjalanan yang terindah dari Tuhan untuk kita... Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Bukankah kita kanak-kanak berjiwa pandu cermat jiwa selamat. Lepas2 ni sama-sama kita lebih berhati-hati di jalan raya yea.

Sunday, December 7, 2008

Aku bukan aku

Malam, lingkungan 640

Aku keluar sebentar untuk membeli electricity card.

Amat tidak selesa untuk berjalan, 

aku merasa seperti kebebanan

Mata ku berpinar-pinar, 

aku melihat sekeliling dengan pandangan yang begitu asing

Tertanya2, mengapakah ini?? 

neon2 indah seperti khayalan

Aku tahu, sesuatu yang pelik berlaku

Saat itu aku teruskan melangkah, walau ku tahu

Sepertinya aku bukan aku


Esok hari raya Qurban.  Sekadar tampalan. Salam Aidil Adha. 

Wednesday, November 19, 2008

Twentiy: Impak maksima!



Ibu..!!!!!!!!!!!!! Aku sudah masuk 20 kini..hhh…apekah aku teruja, suka atau sedih. Teruja mungkin kerana  diri sudah diterima secara rasminya ke dalam club twentiy! Suka, sebab hari yang sungguh bermakna. Sedih, sebab sudah tua...

Hari ini sungguh seronok. Sungguh gembira. Sebab aku mendapat ucapan tulus-tulus dari teman2.. Tak sangka, jauh-jauh begini, tambah dalam kekalutan hidup yang baru belajar erti merantau, masih wujud sahabat-sahabat yang begitu membahagiakan..


Hampir sepanjang siang yang tidak begitu panjang itu, ucapan teman2 mengunjungi robok hati. Terima kasih, terima kasih dan hapi bufday kembali..haha. Seronok, ade yang jauh didatangkan khas dari Malaysia. Malah ade yang terlebih awal seminggu..bagi yang suka hati jer meneka aku lahir bile, malang untuk dinyatakan..ia darah dagingku sendiri..huhu. That's my sis... Takpelah..tak kisah. Memang tak kisah..


Awalnya, memang dalam perancangan, sengaja didiamkan. Biarlah, sekadar untuk memberi ucapan…Apalah yang ada pada ucapan. Rasa seperti tak berkepentingan. Kalau sudah tiada kepentingan,mengapa perlu diheboh2kan. Begitulah mindset aku. Mungkin ada yang akan berkata, "bosan.." Huhhu.. tidak mengapa, aku memang membosankan. Tiada apa yang menarik pada diri ini.


Tapi tahun ini, sangat berbeza. Sangat dirasai kehadirannya. Jauh-jauh masuk message ke dalam inboxku.. Ucapan mesra daripada Prague, Czech. Terima kasih roomate. Tak kurang, terbang dari Cork, menyapa aku yang bertapa di Dublin ini. Tapi, ada kurang. Di manakah Leen dan kawan2nya, yang bermukim Cuma setengah jam perjalanan menaiki bas dari UCD. Haha, Leen, kamu masuk perangkapku. Takpe, aku masih menunggu Leen, kalau kamu sudi…hee. 


Hmm, gembira kerana ucapan2 yang diterima, datang atas kesedaran pemberi2nya sendiri, semestinya tulus dari hati mereka. Gembira, memang gembira. Tapi masih memikirkan, jawapan untuk mereka yang bertanyakan soalan, "Apakah perasaan kamu setelah bergelar Twentiy"


Buat aku termenung panjang, cuba mencari dalam-dalam, apa bezanya memiliku umur bernombor 19 dan 20 ini. Hmm..Cuma beza setahun, ape yang perlu dikisahkan. Digit doesn’t matter. 


Aha~ tak. Aku dapat rasakan perbezaannya. Seolah wujud 'gap' yang begitu besar antara 19 dan 20. Yup, apabila menyatakan "Saya berumur 19" dan "Saya berumur 20". Ia tak sama. 19, angka belasan..yang selalunya dikaitkan dengan ketidakmatangan. Tapi 20, sesuatu yang genap. Satu titik permulaan menuju kedewasaan. Permulaan peringkat di mana pemikiran memainkan peranan. Untuk menyelongkar erti tanggungjawab yang dilakonkan setiap watak utama dalam pentas kehidupan. 


Tanggungjawab? Tiba-tiba teringat soalan seorang teman tempoh hari,


"Apakah yang anda tahu tentang ilmu tauhid?"


Gulp, telan air liur mendengar soalan. Pantas otak menyemak senarai jawapan skema soalan bertaraf SPM, ops.. mungkin PMR. Haih, mana satu pilihan jawapan.

"Tauhid bererti mengesakan Tuhan." 

Konsep mudah yang dipelajari di sekolah dulu-dulu. Lagi? Mati akal untuk penghuraian. Nampaknya Thesis statement ku tak ber'isi'. No supporting details. Uhh. Dangkalnya ilmuku tentang erti ketuhanan. Maka layakkah aku untuk mengakui aku seorang Muslim yang berjaya. Walau terbang merata, konon mencari ilmu untuk dipenuhkan di dada. Tapi, hanya itu konsep ketuhanan yang aku ada. Rubbubiyah, Uluhiyyat, semua melekat dalam ingatan, tapi hanya pada nama.


Aku dihuraikan lagi dengan empat elemen utama dalam Islam, agama yang telah dipakaikan padaku semenjak lahir lagi.

"tauhid", "syariat", "tariqat", "hakikat"

3 elemen tadi wajib diseimbangkan oleh setiap yang bergelar muslim untuk menjadi mukmin yang berjaya, membentuk elemen yang keempat, iaitu "hakikat".


Aku termenung sejenak. Elemen pertama sahaja, aku sudah kebuntuan mencari jawapan untuk menjelaskannya. Apatah yang lagi tiga. Memang, empat konsep ini bukan boleh difaham serta-merta hanya dengan satu penjelasan, jelas temanku. Malah, sebenarnya menuntut kita untuk bergerak mencarinya.


Bergerak. Yup. Kita kini berada tak jauh, dan boleh kata memang berada di zaman jahiliyyah. Sila perhatikan betul2 graf peralihan umat Muhammad yang boleh didapati di blog fadzlinashukri dalam entry s.e.j.a.r.a.h. Selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah hinggalah saat-saat paling rasmi hasil pembonekaan Kamal al-Tartuk pada 1924, umat Islam tidak bangkit-bangkit lagi. Lihat betul-betul. Kita jatuh terus, sama taraf dengan zaman sebelum dakwah tersebar di Makkah dahulu. Saat itu, bilangan yang memeluk Islam teramat lah sedikit, hanya 300 daripada 10000 (3%).  Tapi lihat, bagaimana umat yang 3% ini boleh membawa kepada umat Islam yang lebih dari berjuta-juta kini. Bagaimana Islam disebarkan?? GERAKAN. Bayangkan, jika umat yang 3% ini hanya duduk berdiam diri, sekadar berlumba meningkatkan ibadah dalam rumah masing-masing, akan dapatkah kita mewarisi nikmat Islam sepertimana yang kita peroleh pada hari ni?

 

Huh~ tajuk mula terasa berat..itukah yang aku rasa? Pastikan betul-betul, begitukah yang aku rasa saat ini…


Tak. Aku dapat sesuatu di sini.

Disabdakan oleh Rasulullah s.a.w menerusi riwayat Imam Ahmad bahawa: Islam bermula asing dan ia akan kembali asing seperti permulaannya, maka bahagialah golongan ghuraba. Sahabat-sahabat bertanya kepada baginda: Siapakah golongan ghuraba ya Rasulullah? Baginda bersabda: Mereka adalah golongan yang memperbaiki keadaan yang dirosakkan manusia.


Islam kembali asing… dan kita? Kita lah yang sepatutnya menjadi 'umat 3%' itu. Kita lah yang perlu memulakan 'gerakan' itu semula. Yup, harus menjadi umat yang bergerak.

 

Dan aku, kalau hanya sebaris "mengesakan Tuhan" yang tersemat di otak. Bukankah menjadi tanggungjawab aku untuk bergerak mencari 'baris-baris' yang seterusnya?

 

Renungkan dan sila ambil tindakan bersama; Mengapa umat Islam manjadi lemah??

  1. Tidak tahu sejarah (@sebenarnya tidak mahu ambil tahu sejarah)
  2. Malas (dalam erti kata lain, tidak mahu bergerak)
  3. Tidak ada strategi (andai kita dkurniakan Tuhan otak yang bijak pandai, seharusnya kite bijak bertindak,   mulakan dengan diri sendiri!)


Hmm, sekarang aku lebih jelas. Bagaimana perasaannya menjejak 20. Tanggungjawab terhadap diri sendiri, terlebih utama. Tanggungjawab seorang yang mengaku Islam. Tanggungjawab seorang hamba kepada Tuhannya.


Aku yang akan membina diriku sendiri. Memutuskan hidup matiku kerana siapa. Memilih untuk mengikut atau diikut. Dan siapa yang mengikut dan diikut. Akulah. Menentukan jatuh bangunnya genetik Islam di awangan akhir zaman. Dan kamu juga!


Subhanallah... peningkatan umur dan pemendekan usia kali ini ditemani rakan-rakan yang berjiwa pemurah. Alhamdulillah... pertama kali merasa sebuah sambutan yang diperindahkan dengan bacaan Yassin secara berjemaah.  JAZAKALLAHU KHAIRAN semua...



I've got a bunch of swEet orange roses.. thanx kak mimah^^



gift..gift..gift

Sunday, November 16, 2008

Mengharapkan 'sweet memories'..

1048am, jam laptop aku.. detik demi detik, aku kini berada di ambang zulhijjah, sudah hampir mencecah kemuncak ibadah haji di Makkah al-Mukarramah. Semalam aku pergi mengambil laptop yang telah diservis, mujur masih dalam 'warranty'. Alhamdulillah, cepat siap. Ya ALLAH, semoga lepas ini tidak berlaku sebarang kerumitan lagi, peliharalah laptop ini ya ALLAH.. engkaulah sebaik-baik sandaran bagi kami insan yang lemah.

Sepanjang-panjang berada di dalam Persona itu, otak ini tidak henti-henti memikirkan itu dan ini, aku menyedari hakikat itu. Sememangnya otak manusia tidak pernah berehat dengan rehat yang sebetul-betulnya. 24 jam ligat memutar pengalaman, mengadun perancangan bersama harapan-harapan yang tersusun rapi di celah-celah serebrum.

Ya, "harapan-harapan yang tersusun rapi"...

Cukup untuk menggambarkan betapa banyak keinginan manusia di dunia ini. Apatah lagi bagi diri ini, harapan-harapan itu aku lipat kemas-kemas dan susun serapi mungkin di celah lipatan hati ini... menyediakan ruang yang cukup untuk harapan-harapan kemudian yang bakal bertandang. 

Oh, ya.. mengapa begitu banyak ruang diperlukan?? Harapan yang sudah bertukar menjadi kenyataan tidak menjadi harapan lagi.. sebaliknya menjadi kenangan indah yang sewajarnya membahagiakan. Dan untuk itu, aku akan memindahkannya ke dalam robok ingatan, yang dari semasa ke semasa akan memutar semula merentas masa. Maka, akan wujud lebih banyak ruang untuk harapan yang baru.. 

Ya, sepatutnya tidak wujud masalah dalam hal ini. Tetapi, bagaimana sekiranya harapanku hanya tinggal harapan? Sudahnya harapanku akan menggunung tinggi... Dan semua orang, tidak kira famili, teman-teman mahupun  orang luar akan mendongak tinggi padaku bersama harapan-harapan itu. Tetapi apalah ertinya jika ia hanyalah segunung harapan... =(

La'(tidak)!!!! Aku tidak mahu mengecewakan mereka. Aku tidak mahu menghadiahkan kehampaan untuk hati-hati yang telah ALLAH ciptakan untuk membakar semangat dalam diriku.. Sebab itu aku mesti berusaha keras untuk mencapai matlamatku, menukarkan segala impian menjadi kenyataan yang membanggakan. Dan membantu hati ini mengendalikan harapan yang bertali arus ini. Ya, aku harus berusaha. Harapan memang tidak akan berhenti mengetuk pintu hati ini. Aku harus bijak memujuk mereka supaya singgah di ingatan sebagai kenangan... ya, "sweet memories".00020114.gif


I am no one. But with Allah, I can do everything. Allah is my strength


Cebisan tulisan yang di'post' sekadar untuk tafsiran bersama..

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial