myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->
Showing posts with label friEndship. Show all posts
Showing posts with label friEndship. Show all posts

Saturday, February 6, 2010

campuran rasa dan bahasa


Dengan nama A l l a h .. .

Hati terasa hendak berkata.. tapi terasa amat payah. Maaflah sahabat-sahabat. Laman ini lama tidak ber'update'. Maaf. Maaf untuk segala-galanya.

Kadang-kadang kita terpaksa menggunakan lagu untuk bersuara.

Maka saya ingin sertakan ini

Nadhirah Ali (jika anda membaca), anda pasti masih ingat lagu ini.. lagu suka-suka kita dahulu. Best (kan?)! Mana adik-adik dormku yang sekian lama tak bertemu? Yang meminjamkan kami kaset-kaset menarik itu. Yang sabar melayan karenah kakak-kakak ini yang banyak meragam. Yang sesekali sama-sama mencipta konsert jalanan di malam hari. Ingatkah, di kaki lima itu...

Adakah ini entri nostalgik. huhu

Uhh, serasa hati ini rindu. Di mana ya adik-adik sekalian. Kami doakan sentiasa dalam rahmat Tuhan. Moga suatu hari kita direzekikan bertemu lagi... jika ditakdirkan.

L a m a . Lama irama ini tidak dihayati. Tapi saat ini, kata-kata saya hilang, kerana dicuri oleh lirik ini.. Dahulu, kali pertama mendengar hati sudah jatuh. Dengar.. .di situ ada suatu ketenangan dalam luahan. Tapi dahulu, aplikasinya belum bertemu lagi. Tak tahu di mana mahu meletaknya. Tapi, hari ini.. saya akhirnya punya sebab untuk melagukan semula. Dedikasi untuk diri sendiri..

Oh, mungkin. Saya tampalkan kata-katanya di sini..


Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi

Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca

Oh teman, maafkanlah diriku

oh Tuhan...
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali

Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

lirik Sahabat Sejati : unic


musim tetap akan berlalu..


moga yang ditinggalkan adalah sebuah kedamaian..


Kalau Allah datangkan kesusahan. Itu tanda kasih sayang Tuhan. Andai hati hilang ketenangan...tandanya kita jauh dari Tuhan. Sengketa-sengketa yang timbul, sakit-sakit yang diderita, bukan berlaku tanpa sengaja. Allah ingin menegur kita, 'kau masih belum cukup bersyukur'. 'kau masih sombong denganNya', 'kau masih ber'kira''.. .

Kenapa harta kita hilang?? dicuri? Lewat ini hati saya tidak senang dengan kehilangan-kehilangan yang misteri..

... kerana kita masih belum cukup berinfak di jalanNya. Selalu merasa semua yang kita ada adalah kepunyaan kita. 'Ini aku punya'. Walhal kita lupa, semua itu bukan milik kita. Dari Allah ia datang..dan bila-bila masa Allah berhak mengambilnya. Harta sebenar-benar kita adalah yang kita sedekahkan (dengan keikhlasan), yang kita belanjakan di jalan Allah dengan betul-betul niat kerana Allah. Mungkin nampak hilang di dunia, tapi ia terkumpul di akhirat sana. Menjadi harta sebenar-benar kita...moga-moga dalam hitunganNya..

Tiba-tiba masuk bab 'harta'. .. entah, ini entri celarukah?


"Dan jangan sekali-kali orang-orang yang kikir dengan apa yang diberikan ALLAH kepada mereka dari kurniaNya, mengira bahawa (kikir) itu baik bagi mereka, padahal itu buruk bagi mereka.
Apa (harta) yang mereka kikirkan itu akan dikalungkan (di lehernya) pada hari k i a m a t . Milik Allah lah warisan (apa yang ada) di langit dan di bumi, ALLAH Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan."

[surah Ali 'Imran : 180]


lebih-lebih peringatan
untuk aku..T,T

Saturday, November 21, 2009

Hati yang tak terbalas...


Maaf. Kurang berkesempatan. Terlalu lama ingin menulis di sini. Tetapi, kekangan masa dan ruangan peribadi (mungkin) menjadikan suara-suara kecil ini tidak kedengaran. Saya malu untuk menulis blog di hadapan mereka. huhu. Sementelah kini saya 'beroomate'... =)

Hmm... alhamdulillah. Terima kasih Tuhan untuk waktu-waktu yang diberikan, setiap langkah yang terjejak, setiap detik kemanisan ukhuwwah yang terbina, dan untuk setiap cahaya yang Engkau suluhkan supaya kami mendapat kebenaran. Terima kasih ALLAH...

Sesungguhnya beribu-ribu memori itu tak termampu saya lakarkan di sini. Tapi, sebenar-benar ingin sekali mengucapkan setinggi terima kasih untuk teman-teman, untuk ahli Rifa dan teristimewa untuk ibu, ayah, along dan selanjutnya atas ingatan. Semoga Allah membalas kebaikan kalian dengan rahmat dan redhaNya. Jazakumullahu khayran kathiran..



sebuah kad dari luar negara (malaysia) yang menemuiku sebulan awalnya


sebuah rumah (burung) -mungkin persediaan housemates sblm sy dibuang kewarganegaraan san lorenzo =p


sepasang katak comel di sock kaki yg sy jadikan sock lengan


baby cow dan baby bear
(hasil yang sy dapat selepas mengunjungi Rifa utk QC)


Sebuah bekas puding roti enak, air tangan sahabati
(maaf, isinya sudah habis)


“Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu (Muhammad) siarkan."
[Ad-Dhuhaa: 11]



Tuhan,
sungguh Engkau lebih mengetahui
apa yang besar ertinya buatku


Thursday, October 15, 2009

S a h a b a t


Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara. Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama. Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kampung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah.. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz. Naim kelihatan murung.

"Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik. "Cadangnya gitulah!"
" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.

"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.

"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.

"Inilah! nasib aku malang betul Iz, lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang. Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.

"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang.

"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!"

Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!

"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"
Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..

"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"
Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat- pisat Raiz bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya.

"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.

"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!
"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik. 16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.

"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"

"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.." terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya. Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi
pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.

"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana !



Asalnya ini cerita jenaka...
Tapi, setiap kali aku baca jadi sedih
Huhh..nilai sebuah persahabatan


Sunday, May 17, 2009

Ila asdiqai habibati



Sahabat saya,
Apa kabarkah kamu di sana
Moga Dia memeliharamu 'li kulli saah'
Agar tubuhmu diberi kekuatan olehNya
Dan dicekalkan hatimu untuk meraih redhaNya

Sahabat saya,
Kenapakah saya tewas di sini
Saya mahu sekuat kamu
Saya mahu secekal kamu mencari Tuhan
Kenapa Dia membiarkan saya tersungkur lagi..

Sahabat saya,
Saya rindu untuk berkata-kata denganmu
Saya ingin melihat baris-baris bicaramu
Tapi saya tahu,
Saya masih belum cukup berkata-kata denganNya
Saya masih belum habis menatap baris-baris bicaraNya
Masakan saya mengutamakan kamu dari yang menciptakanmu
Masakan saya sanggup membawa lari hatimu dariNya
kerana Dia adalah cinta agung kita

Sahabat saya,
Saya mahu kamu berjalan terus
Jangan menoleh pada saya di belakang ini
Cuma doakanlah saya untuk berjaya menyaingimu
Supaya kita sama-sama berjalan seiring
Menuju negeri akhirat yang kekal abadi
Menuju Tuhan yang kita cintai

Moga langkah-langkah yang sumbang ini
Diperelokkan jejaknya dengan redha Illahi





Sunday, March 15, 2009

Aku, name tag dan..


Ini merupakan julung-julung tag yang saya terima sesudah 'name tag' yang kali terakhir diterima tika darjah 6 selaku penolong XX. (rindu sudah akan nametage, huhuh). Yang saya ingat seumur hidup saya, hanya ada 3 'name tag' yang pernah saya miliki. 

Pertama - name tage berwarna putih tulisan hitam berlogokan biru terang tabika perpaduan (biru kan lambang perpaduan ;) Saya masih simpan name tag ini sampai sekarang. Cumanya tak tahu di mana sudah terletak..hhu

Kedua - name tag berwarna biru gelap (blue black) dengan goresan nama berwarna putih yang diperoleh tika darjah 4-5. Hmm.. name tag ini sangat-sangat saya sayang dan suka (diulangi SANGAT-sangat). Mungkin kerana warnanya dan juga ciri-ciri pin nya yang lain dari pin biasa. (alah, pin yang lebih maju itu...) =p Saya cuba menyimpan name tag ini sebaiknya, namun hari demi hari, ianya semakin hilang dari pandangan. Tidak tahu sudah termasuk ke kotak mana...(agak sedih..sebab itu name tag kegemaran saya).

Ketiga - name tag berwarna merah terang bergoreskan nama saya juga berwarna putih yang diperoleh tika diri menuntut di Darjah 6 Cempaka. (eh, mungkin kut itu nama kelas saya..kalau tak silap. Hehee. Sebenarnya tak perlu letak nama pun takpe..sebab hanya ada 1 kelas Tahun 6 yang wujud di sekolah rendah saya. (Hakikatnya memang hanya ada satu kelas bagi setiap darjah...dari darjah 1 hingga 6 ------> ouh, betapa kecilnya sekolah saya). Name tag ini adalah name tag yang paling mengecewakan saya di antara ketiga-tiganya, hanya disebabkan warnanya merah dan bukan blue black seperti jangkaan awal saya. Huhhh. Apakan daya, diri terpaksa menerima dan terpaksa menyukakannya disebabkan terdapat satu nilai yang tidak terharga pada name tag terserbut. Akur dan juga pasrah. Name tag ini masih selamat dalam penyimpanan sampai sekarang dan kini ada disematkan pada 'love' kecil pemberian kak Faei dalam almari di Malaysia. InsyaAllah.. sayang juga pada name tag ini yea..(",)

Ini cuma secebis kenangan bersama tag-tag nama kecintaan. Namun, semenjak tahun 2000 tersebut saya tidak lagi menerima sebarang tanda nama yang seangkatan dengannya. Dan tidak mustahil hal ini meningkatkan lagi paras kecintaan saya pada hak milik lama. =)

Dan hari ini, sebaik sahaja pulang dari menjayakan program Dublin Race Challenge sempena 'cuti-cuti musim bunga' anjuran PPIMI tahun ini... adalah sesuatu yang di luar jangkaan saya untuk menerima tag daripada salah seorang adik dorm yang sudah lama terputus hubungan. Maka, deminya saya rela. Saya relakan diri untuk meng'pause'kan ketidaksabaran saya untuk melelapkan mata dan lena dalam 'kerehatan' yang saya harapkan dariNya.

Berikut merupakan tag saya yang PERTAMA iaitu...


Terima kasih Nurhiqmah Abdul Rani di atas award di atas.

Orang yang dapat award ini perlulah menceritakan 10 fakta mengenai beliau dan senaraikan 10 orang yang akan menerima award ini. Hantar komen di blog orang yang akan mendapat award ini supaya orang itu boleh mengambil award.


10 fakta tentang diri saya

Seperti hiqmah, juga tidak suka tabiat perokok dan kepulan2 asapnya

Tinggi daya imaginasi, ia bagus, tapi kadang-kadang saya rasa sangat berbahaya

Sukar memiliki graf semangat yang konsisten (graf saya boleh naik secara tiba-tiba, tapi juga boleh luput sesaat kemudiannya).. :(

Lazimnya sukar mempamerkan isi hati sebenar, mungkin tidak tahu cara, atau..entah, tak tahu mengapa

Gemar mendengar nasyid..juga sesetengah lagu yang anda tak pernah jangka

Kadang-kadang terasa penat untuk mengunyah..tapi keinginan tetap ada..haihh

Mungkin suka melukis, tapi tidak mewarna

Terkadang bersikap konservatif (mungkin selalunya)

Masih berharap 'membaca' menjadi salah satu hobi saya

Tidak akan melakukan sesuatu di bawah 'paksa'



10 orang yang seterusnya...

Seperti yang tertera pada fakta kesepuluh, maka saya tidak mahu meng'tag' sesiapa kerana saya tidak suka mengikut arahan yang bersifat paksa.

SEKIAN



Tak sangka diri masih ingat nama penuh adik dorm
harapnya betullah...hehee

Sunday, January 18, 2009

Sekeping nota hati


Dulunya aku sekadar melihat
Satu hari aku turut merasa
Kemudian datang lagi hari yang serupa
Mengisi satu demi satu 
Memori luka

Tak jenuhkah kamu
Wahai tragis

Kini kupunya barisan famili
Setiap satunya dengan cerita tersendiri
kecuali ayahanda dan bonda
pada mata kami sekurang2nya
Ya Allah, selamatkanlah mereka...

Bila tragedi ini melanda lagi

Maafkanlah aku
Kerana aku tak mampu menangisi
Kala kau ingin berkongsi

Maafkanlah aku
Kerana aku tidak pandai menghulur simpati
Walau derita itu kufahami

Ku sedar
Lemahku itu
Tiap kali tragedi menjengah lagi

Justeru
Maafkanlah aku
Andai keluhmu bersambut jawapan sepi
Andai ku takmampu membawamu
tenang kembali...
Hanya mahuku kau tahu
Aku setia mendengarmu
Jua esakmu dalam hati
Walau itu kau cuba tutupi

Tapi maafkanlah aku
Andai di matamu aku tak punya hati

Maafkanlah aku
kerana aku begini...






Sunday, January 11, 2009

Sekilas P.U.I.S.I

Tamat exam, baru rehat sehari, masing2 dah sibuk mengemas2 beg. Winter retreat! Perhimpunan musim sejuk yang pertama buat kami yang first year, semestinya tak sabar merasa apa itu Perhimpunan Ukhwah Insaniyah Seluruh Ireland a.k.a PUISI. Bas bergerak meninggalkan UCD tepat jam 9 pagi [which is tak menepati waktu yang dirancangkan...kononnya bertolak jam 0745]. Perjalanan ke Killarney, sungguh jauh.. menuntut kami membawa bekalan2 makanan untuk disantap di dalam bas nanti. Berbesar hati ingin memasak sesuatu seperti mee..tapi nampaknya hanya sebungkus roti + sebotol jem strawberi termampu disambar sementelah segala urusan packing lambat selesai. Anggaran 5jam di dalam bas, setelah tidur berulang2 kali..akhirnya sampai kami ke destinasi. Agh... nasib baik jam-jam terakhir di dalam bas mata ini terjaga untuk menikmati keindahan bukit bukau Killarney..kehijauan yang ditompoki dengan biri-biri, lembu-lembuan...dan kincir angin. Oh, berlatarkan gunung ganang serta sebaran cahaya dari belakang gunung, sungguh cantik, subhanallah! Sayang sekali hanya mampu terakam dalam minda kerana lensa2 temanku tak mampu menembus kaca tingkap bas dengan sesungguhnya. Tapi sempat juga dapat sekeping dua. Subhanallah. Saya suka Killarney!



Urusan check in hostel segera dilakukan. Beruntung, dapat sebilik dengan Kay dan Mimie..dan juga Kak Dayang dari UK. Selesai urusan, kami dijemput makan sementelah masing2 kelaparan. Terima kasih kepada pasukan chef [yang juga seniors kami] yang sudi memasak makanan untuk kami sepanjang program. Almaklum, this hostel is self catering, jadi kena hire tukang masak sukarela. Apepun, alhamdulillah...ramai je yang puji masakan mereka. [tapi di sini tak boleh puji lebih2..=p] 

Kincir-kincir angin ini sungguh menarik...cantik.


Kawasan sekitar hostel yang kehutanan...tapi tetap terpancar keindahan kalau pemerhati pandai melihat.


Killarney International Hostel



Keindahan Killarney yang di'spoil'kan oleh tahi burung...


Program? Hmm..setiap hari akan berulang alik dari hostel ke dewan yang jaraknya lebih kurang 15-20minit perjalanan kaki. Nasib baik laluan kami dihiasi pemandangan yang indah2 belaka. Macam dalam gambar di bawah ni... Satu kepuasan. Kena jalan jauh pun takpe. Kami rela. =) Ada masa, keluar gelap-gelap lagi...dan pulang ke hostel juga hari sudah gelap. Maknanya, semua yang indah itu sudah takde maknanya...haha. Tapi cuma sehari dua. Yang lain kami tetap menikmati.


Seronoknya kalau hari2 pergi kelas pun lalu sini...


Menonton biri-biri meragut... [Kagum, biri-biri di sini buntal2 belaka]


Rumah usang itu tak tahu milik siapa. Mungkin rumah bebiri kat sini...hehe.



Hall inilah yang menyaksikan hampir semua aktiviti yang dilakukan dalam program PUISI. Aktiviti yang dimaksudkan termasuklah mendengar ceramah...ceramah...ceramah...upacara melelapkan mata bagi yang tak terdaya..juga kisah manusia menjadi jam tik tok. Yup, fantastic four! Akidah+ibadah+muamalat+. LDK juga begitu banyak. Menarik, menarik. 



Encik Khamis memberi ucapan...tak sure ni perasmian pembukaan @ penutup. Owh..penutup rupanya. Gambar kanan..LDK sedang berjalan..



Hari kedua terakhir... para peserta dibawa berjalan-jalan di Rings of Kerry. Kawasan yang sangat cantik tanpa perlu apa2 bayaran. Jauh juga berjalan. Malangnya, kena berjalan dalam kumpulan. Apakah itu? Perjalanan pergi memang hambar sebab kumpulan besar daku terpisah dari Leen, Kay, Mimi, Asma, dan segala yang kuharapkan. Geram. Bosan. [Mana tak bosan, langsung tak punya sesuatu untuk merakamkan view yang menarik] Stress melanda diri..nasib baik ku bawa bekal coklat  bar.. selamat ditelan sepanjang perjalanan. Huhh..


Petunjuk arah kata masuk di sini...


Mungkinkah kami akan berjalan sejauh 2km...



Perjalanan ini melibatkan bukit..terpaksa lah mengerah tenaga fizikal demi tempat yang dikatakan begitu cantik itu. 

Dari kejauhan sudah nampak apa yang bakal kami temui... Cantik kan rumput di sini, sebab kawasan ini berpagar, takde siapa boleh pijak.



Yuhh..akhirnya kami sampai. Itu dia Rings of Kerry...Cantiknya tasik.. Sampai di sini. Kumpulan besar tadi telah bertembung, lalu ku tekad lompat kumpulan. [hehee...meninggalkan Tomatoman atas alasan aku tertinggal sewaktu sibuk dalam urusan penggambaran] Tak baik. Lalu bermula dari sini, aku berjalan bersama kawan2ku kembali... maka berlakulah sesi2 yang sepatutnya terjadi. Hasilnya, aku sangat berpuas hati melompat kumpulan. Seronok sangat. Hilang sudah tensi tadi. 

Kami menuruni bukit tadi menuju tepi tasik...wawawahh..perjalanan bertambah menarik.
Kehijauan melanda segenap pandangan mata kami...juga langit serta air tasik yang membiru.


Subhanallah, awan menutup sebentar...menghasilkan belauan cahaya yang sungguh indah...

Turun ke tepi tasik. Masing-masing mengisi lensa kamera.. penuh bergaya. Kalau boleh setiap inci mahu dimuatkan dalam kamera. Lagat-lagat manusia pelbagai rupa...


Termasuklah kami..sesuka hati duduk di atas rumput MAHAL yang tidak boleh dipijak...[taklah..mungkin rumput tu belakang sedikit lagi..] Tapi, sanggup jer ambil risiko..=p


Perjalanan diteruskan, kali ini merentas kawasan padang golf dengan amaran, jangan buat bising. Dikhuatiri para pemain golf tak dapat concentrate untuk menolak bola golfnya ke dalam lubang...hahaha. Tapi tak nampak pula sesiapa sedang main kat situ...Krismas lah.


Penat jalan..duduk sebentar. Kali ni atas rumput murah jer..



Rings of Kerry benar2 memukau mata...


Tumpang jugak duduk atas Anna's seat nih..sekadar untuk bergambar..


Akhirnya mereka suruh pulang....tapi kami tak mahu..tu yang menyorok belakang pokok tu.. [bohong jer..mesti la nak balik...lapar..huhu]

Kaki2 yang telah banyak berjasa. Tanpanya tak mungkin kami di sini..

Tambah, ramai juga di antara kami yang jatuh sakit waktu ni..demam. Alhamdulillah, Allah sihatkan sebahagian besar peserta.


Maka kami terpaksa meninggalkan Rings of Kerry selaku kawasan terindah di Killarney dengan langkah yang berat.. [sebab dah tak larat. bahana asyik berlari bila bergambar dan ketinggalan di belakang] Tapi, hakikatnya memang kami rela berlari, sebab suhu begitu dingin sekali...sangat sejuk di Killarney. 

Esoknya PUISI berakhir...dan tanpa disangka-sangka, group TOMATOMAN dinobatkan sebagai group terbaik! Hahaha..ini mesti berkat kehadiran Kak Izzi dari Soton, UK...Kak Izzi yang banyak pengalaman...banyak pengetahuan.. pelajar PHD. Masakan...huhhuhu. Best datang PUISI, belajar pasal muamalat...faham apa itu riba..dll. Best2x..tapi mungkin tahun depan tak nak datang lagi..nak cuba program lain lah pulak..hehee. Maaflah yea..AJK2 PUISI semua.. Terima kasih banyak2..Jazakallahukhairankathiran.



Secebis Renungan...

Islamik Testimonial