Sahabat saya,
Apa kabarkah kamu di sana
Moga Dia memeliharamu 'li kulli saah'
Agar tubuhmu diberi kekuatan olehNya
Dan dicekalkan hatimu untuk meraih redhaNya
Sahabat saya,
Kenapakah saya tewas di sini
Saya mahu sekuat kamu
Saya mahu secekal kamu mencari Tuhan
Kenapa Dia membiarkan saya tersungkur lagi..
Sahabat saya,
Saya rindu untuk berkata-kata denganmu
Saya ingin melihat baris-baris bicaramu
Tapi saya tahu,
Saya masih belum cukup berkata-kata denganNya
Saya masih belum habis menatap baris-baris bicaraNya
Masakan saya mengutamakan kamu dari yang menciptakanmu
Masakan saya sanggup membawa lari hatimu dariNya
kerana Dia adalah cinta agung kita
Sahabat saya,
Saya mahu kamu berjalan terus
Jangan menoleh pada saya di belakang ini
Cuma doakanlah saya untuk berjaya menyaingimu
Supaya kita sama-sama berjalan seiring
Menuju negeri akhirat yang kekal abadi
Menuju Tuhan yang kita cintai
Moga langkah-langkah yang sumbang ini
Diperelokkan jejaknya dengan redha Illahi
amin..moga allah membantu..
ReplyDeletebenar..sahabat itu saling lengkap melengkapi..
salam mz! bermakna entri anda ini. Selamat berlapand dada selepas exam. doakan kejayaan kami di sini. Bila g Spain?
ReplyDelete.:siti solehah:.
ReplyDeleteterima kasih... .
.:fadzlina shukri:.
wslm leen! hha..setiap entri ku bermakna
terima kasih..smoga Allah melapangkan dada sahabat2ku yang bakal bersilat dengan pena dan kertas jua..
gi spain 25hb insyaAllah~
smoga tiada aral melintang (^^)