myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Tuesday, May 19, 2009

Today is E x P L o R A C E


Hari ini dia sangat kasihan...Maaf ya kerana memaksa. 

Pagi-pagi bangkit di bawah neon philips 60w 230V. Dering-dering! Ada sahabat mahu datang meminjam laptop sebentar. Mahu mengakses dunia maya, sementelah miliknya sudah berpindah ke rumah baru. PINDAH! Wargh...pukul 5petang nanti sudah tempah van untuk angkut barang-barang. Huhhh..saya tidak kemas lagi! Lantas, segera mengangkat keluar buku-bukuan, membuat kemas kini dan mengasing-asing item mana yang mahu dihantar dahulu ke Kilmacud Road Upper. Akses bas sangat jauh, nun di belakang Sports Centre, jauh lagi dari Health Science Centre. Maka kesempatan harus diambil sebaik-baiknya. Packing! Kotak-kotak yang dikutip dari kontena besar di tengah-tengah Science Building diisi semampatnya. Banyak sungguh barang! Huhu.. Risau pula kalau-kalau van itu bakal tak mampu nak memuatkan harta karun empunya 8 kepala. Huhh. Akhirnya kata mereka van itu ditangguh ke 7petang. Urm. Bagus juga, sempat nak asar dahulu. Alhamdulillah.. 

611pm - sebuah miss call dan seutus message menerpa, maklumnya bahawa van on the way. GET READY. Wahaa...melihat keluar yang sejak pagi tadi asyik hujan-hujan. Bagaimana mungkin mahu memindah barang ke bawah di tepi jalan. Nampaknya terpaksa tunggu di tingkat bawah, di dalam pintu kaca lapisan pertama. Mujur ada housemate dan sorang lagi teman yang sukarela menolong mengangkat barang. Syukur. Terima kasih kawan-kawan. =)

631pm - nampaknya van masih belum kunjung tiba. Kami sabar menunggu di bawah, dalam keadaan terpaksa berdiri. Sambil-sambil itu berbual dan bercerita. Sempat juga bersapa-sapa dengan mereka yang melalui depan M10. Sudah pukul 7, di manakah on the way nya itu? Haih....hurm.

Akhirnya, van yang besar itu sampai, 739pm dipandu seorang brother muslim bangsa asing (haha, xtau bangsa apa) bersama 2lagi teman yang naik sama untuk menunjuk arah. Mujur waktu tu hujan sudah berhenti. Dan ada tempat yang sudah kering di tepi jalan. Sekali lagi Alhamdulillah. Alhamdulillah juga barang-barang selamat dimuatkan ke dalam van putih itu. Tamat. Sekarang? Oho...saya kena bergerak ke rumah baru seorang diri. Rakan-rakan lain yang turut sama berpindah sudah bergerak awal, mereka semua Belgrove, daku seorang sahaja di Merville ini..sobs.

Maka, langkah seribulah saya menuju tasik, memintas HSC lalu menuju ke Clonskeagh melalui jalan belakang UCD. Bas 11 tidak kelihatan, lalu tekad untuk menapak sahaja dibulatkan (hhee..memang niat tak mahu naik bas pun). Jujurnya, ini adalah kali kedua aku berjalan ke rumah baru yang jauh dari UCD tu. Tapi kali pertama hari tu jalan ramai-ramai dalam ketidakpastian, tapi sampai juga. Dan kali ini, aku berharap selamatlah aku sampai menjejaki rumah baru itu. Simpang pertama yang dijumpa selepas melalui masjid Clonskeagh..sebenarnya sudah kunfius, mahu masuk manakah..huhu. Jalan terus dan terus..aku tahu jalannya memang hanya terus sampai jumpa pagar yang familiar tu (pagar kayu coklat yang sangat tinggi). Tapi...ambik kamu. Jalan punya jalan tak sampai-sampai.. Risau pulak betul ke tidak jalanku ini. Kali nie, kalau sesat nak tanya memang tak boleh, sebab aku tak bawaklah pula alamat rumah sendiri. Dah la memang tak ingat apa namanya. Huhu...Maka bertawakkal lah saya.berlari dan berjalan. Takut kelambatan. 

Nasib baik, semakin jauh berjalan, semakin jumpa tanda-tanda yang mengukuhkan keyakinan. Ya, insyaAllah berada di atas jalan yang benar. Tapi yang menariknya petang tadi, saya melihat pelang! Pelangi itu di hadapan sana, memang terasa perjalanan mencari rumah ini adalah seperti mengejar pelangi. Pelangi itu besar sekali. Cantik woo~ huhu...subhanallah. Sangat cantik! huhhu.. Terhibur juga perjalanan yang meletihkan ini. 30minutes walking distance from UCD only if u walk fast okay. (tak kira lagi aku gerak dari merville ke HSC 12minit ya). Merentas tepi padang yang jauhnya mungkin 2km itu lagi..baru jumpa pintu belakang UCD. Huhuu.. sungguh perjalanan ini menguji.

Dan memang, akhirnya bila aku jumpa simpang membelok ke rumah yang kucari itu, mata ini melihat kaki pelangi yang tiada. Bermakna, pencarian kaki pelangi saya sudah berakhir dengan bertemunya rumah itu. Yeay! Hahah..seronok pulak. (macam cerita legenda pulak..haks)

Okay, explorace ini belum sampai kemuncaknya lagi yea. Tapi sangat-sangat tak tersangka, saat aku sampai tue, gayanya van tadi baru juga sampai. Mereka baru hendak mula memunggah barang turun dari van. Terkezut saya. Hehhe. Kawan-kawan pun tak sangka. (sebab mereka semua naik bas ok..dan van yang gerak sama-sama tadi..tak sangka yang berjalan kaki tanpa arah ini sempat menemuinya..haha) Jadi mulalah aksi-aksi mengerah tenaga, memindah segalanya. Dari atas van ke luar rumah. Dari luar rumah ke dalam rumah. Dari bawah ke tingkat atas rumah. Huhhh.. (nasib baik dah makan nasi goreng tadi =p) Brother tadi sibuk nak cepat, katanya nak ke masjid..Hurm.

Lepas penat-penat memindah, ok saya mahu balik dulu, disebabkan tak bawa duit syiling, dan tak mahu membazir rambler, saya dengan yakinnya mahu pulang berjalan kaki semula. Lalu, saat keluar rumah hujan dah mula turun lagi rupanya..huhu..Takpa, membulatkan tekad. Mari meredah renyai-renyai itu. Kepulangan kali ini juga seorang diri. Ni baru kemuncak explorace nak tiba. Tengok jam, 930pm. Budget pukul 10 paling kurang dah masuk perkarangan UCD. Baik, jalan sedikit dan belok kiri. Dan jalan terus dan terus lagi. Terus dan terus. Urm...kenapa tak jumpa-jumpa lagi bus stop yang biasa naik tu. Depan lagi ke??? Jalan dan jalan lagi. Sambil jalan sambil fikir semula. Bukankah saya sudah belok ke kiri tadi???

Tapi kenapa tak perasan pun suasana pagar-pagar yang tinggi tu. Huhu..sememangnya hari sudah gelap, tambah hujan renyai-renyai lagi. Dan malam-malam macam ni, nak tanya orang pun takda..haih. Urm.maka terus berjalan lagi, dengan harapan jumpalah jalan-jalan yang kulalui tadi. TAPI...nampaknya. Dan 10 minit nie. Lalu pula sebuah college. Sungguh musykil...apakah selama ini memang lalu college ini. Uh, takpe, mungkin tak pernah perasan. Sangka baik. Jalan terus lagi. Cuba dan cuba. Ape kes, sejak bila ada jalan membukit ni??? Ahaha..huhuuuu..ni mesti tadi tak belok kiri. Salah arah dah ni. Jauh pula tu. Dah 10 minit okay. Nampak seorang makcik ni dekat kereta dia...ok aku ambil peluang tanya, dan seperti yang diduga. MEMANG! huhu.. Maka saya berlari pulang semula sehingga menemui jalan tadi. Ish..sangat musykil..macam mana boleh terlintas jalan pulak tadi. (memang lah tadi curious juga nak tahu jalan yang bertentangan simpang nak masuk rumah tadi menghala ke mana, kan dah explore betul-betul...haih).

Nak patah balik sudah makan masa lagi 10 minit. Huhu..berlari-lari semula sepanjang jalan tadi. Belok kanan menuju clonskeagh. Jauh jugak.huhu.. Mat salleh2 yang kutemui sepanjang perjalanan juga mungkin hairan. Apakah budak ini berjoging di tengah malam dalam hujan.. (dah la jeans...hahai...) Dah lah seorang, huhu..tak kisahlah. Aku mengejar masa ini. Mesti sampai UCD a.s.a.p. Lari jalan lari jalan..sampai akhirnya dah tak larat lagi. Alhamdulillah..sampai juga akhirnya ke uni saya.. memang sepanjang otw tadi dah terbayang nasi goreng yang ku jual mahal tadi..hhee..dan jugak bercita-cita sudah mesti minum ribena malam nie..tenaga! hha.

Tapi saat itu, hanya kaki sahaja yang tahu..betapa kasihannya dia. Dahlah tak berkasut sukan hari ini. Clanks. kamu sungguh berjasa. Maaf yea. Maaf kakiku..




Today, there is no 6 rounds
But there is one very BIG round
Dan akhirnya dia pecah juga...

4 comments:

  1. dah mula pindah rumah yer..
    alhamdulillah..selamat sampai..
    bagus..malu bertanya sesat jalan..
    wah..tahniah..stamina dah naik..kagum2..
    boleh la rehat..xyah g joging lagi..
    reduce 1 kg..
    =>

    ReplyDelete
  2. huhu..
    balik merville flat smpai pagi..
    agenda kemas dapur dn toilet di tgh malam sabung dlm mimpi..(><)


    ~sejak bila jadi meter kg nie..haha

    ReplyDelete
  3. maznah...bukan upper kilmacud road ker?huhu..

    ReplyDelete
  4. huh??
    er..
    eh betullah.. My New Home Address..
    249, KILMACUD ROAD UPPER, DUNDRUM,
    DUBLIN 14 =p

    ~sy salin dr surat taw..hhe..xkn salah plk

    ReplyDelete

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial