Ini merupakan julung-julung tag yang saya terima sesudah 'name tag' yang kali terakhir diterima tika darjah 6 selaku penolong XX. (rindu sudah akan nametage, huhuh). Yang saya ingat seumur hidup saya, hanya ada 3 'name tag' yang pernah saya miliki.
Pertama - name tage berwarna putih tulisan hitam berlogokan biru terang tabika perpaduan (biru kan lambang perpaduan ;) Saya masih simpan name tag ini sampai sekarang. Cumanya tak tahu di mana sudah terletak..hhu
Kedua - name tag berwarna biru gelap (blue black) dengan goresan nama berwarna putih yang diperoleh tika darjah 4-5. Hmm.. name tag ini sangat-sangat saya sayang dan suka (diulangi SANGAT-sangat). Mungkin kerana warnanya dan juga ciri-ciri pin nya yang lain dari pin biasa. (alah, pin yang lebih maju itu...) =p Saya cuba menyimpan name tag ini sebaiknya, namun hari demi hari, ianya semakin hilang dari pandangan. Tidak tahu sudah termasuk ke kotak mana...(agak sedih..sebab itu name tag kegemaran saya).
Ketiga - name tag berwarna merah terang bergoreskan nama saya juga berwarna putih yang diperoleh tika diri menuntut di Darjah 6 Cempaka. (eh, mungkin kut itu nama kelas saya..kalau tak silap. Hehee. Sebenarnya tak perlu letak nama pun takpe..sebab hanya ada 1 kelas Tahun 6 yang wujud di sekolah rendah saya. (Hakikatnya memang hanya ada satu kelas bagi setiap darjah...dari darjah 1 hingga 6 ------> ouh, betapa kecilnya sekolah saya). Name tag ini adalah name tag yang paling mengecewakan saya di antara ketiga-tiganya, hanya disebabkan warnanya merah dan bukan blue black seperti jangkaan awal saya. Huhhh. Apakan daya, diri terpaksa menerima dan terpaksa menyukakannya disebabkan terdapat satu nilai yang tidak terharga pada name tag terserbut. Akur dan juga pasrah. Name tag ini masih selamat dalam penyimpanan sampai sekarang dan kini ada disematkan pada 'love' kecil pemberian kak Faei dalam almari di Malaysia. InsyaAllah.. sayang juga pada name tag ini yea..(",)
Ini cuma secebis kenangan bersama tag-tag nama kecintaan. Namun, semenjak tahun 2000 tersebut saya tidak lagi menerima sebarang tanda nama yang seangkatan dengannya. Dan tidak mustahil hal ini meningkatkan lagi paras kecintaan saya pada hak milik lama. =)
Dan hari ini, sebaik sahaja pulang dari menjayakan program Dublin Race Challenge sempena 'cuti-cuti musim bunga' anjuran PPIMI tahun ini... adalah sesuatu yang di luar jangkaan saya untuk menerima tag daripada salah seorang adik dorm yang sudah lama terputus hubungan. Maka, deminya saya rela. Saya relakan diri untuk meng'pause'kan ketidaksabaran saya untuk melelapkan mata dan lena dalam 'kerehatan' yang saya harapkan dariNya.
Berikut merupakan tag saya yang PERTAMA iaitu...
Terima kasih Nurhiqmah Abdul Rani di atas award di atas.
Orang yang dapat award ini perlulah menceritakan 10 fakta mengenai beliau dan senaraikan 10 orang yang akan menerima award ini. Hantar komen di blog orang yang akan mendapat award ini supaya orang itu boleh mengambil award.
10 fakta tentang diri saya
Seperti hiqmah, juga tidak suka tabiat perokok dan kepulan2 asapnya
Tinggi daya imaginasi, ia bagus, tapi kadang-kadang saya rasa sangat berbahaya
Sukar memiliki graf semangat yang konsisten (graf saya boleh naik secara tiba-tiba, tapi juga boleh luput sesaat kemudiannya).. :(
Lazimnya sukar mempamerkan isi hati sebenar, mungkin tidak tahu cara, atau..entah, tak tahu mengapa
Gemar mendengar nasyid..juga sesetengah lagu yang anda tak pernah jangka
Kadang-kadang terasa penat untuk mengunyah..tapi keinginan tetap ada..haihh
Mungkin suka melukis, tapi tidak mewarna
Terkadang bersikap konservatif (mungkin selalunya)
Masih berharap 'membaca' menjadi salah satu hobi saya
Tidak akan melakukan sesuatu di bawah 'paksa'
10 orang yang seterusnya...
Seperti yang tertera pada fakta kesepuluh, maka saya tidak mahu meng'tag' sesiapa kerana saya tidak suka mengikut arahan yang bersifat paksa.
SEKIAN
Tak sangka diri masih ingat nama penuh adik dorm
harapnya betullah...hehee
menarik..bagusnya masih keep in touch dgn adik dorm..mana la adik2 dorm aku nih...huhu...
ReplyDeletemenarik..bagusnya masih keep in touch dgn adik dorm..mana la adik2 dorm aku nih...huhu...
ReplyDeleteSungguh ukhuwwah itu milikNya..
ReplyDeleteDengan izinNya hati-hati ditautkan,
OlehNya hati-hati dipisahkan..
dan kepadaNya kita memohon ukhuwwah itu dikembalikan...
kak maznah,
ReplyDeleteye betul..
hahaha
terima kasih sebab sudi buat hehe..
:)
ReplyDeletesama-sama
(almdulillah betul...hihi)