Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum. Haih, pelik kan..jarang entri-entri blog ini dimulakan dengan Basmalah dan salam, tapi tiba-tiba hari ini tiada angin lintang, kalian disapa dengan nama Allah. Tak. Tak. Bukan itu yang pelik sepatutnya. Sepatutnya pelik, kenapalah si gerangan yang mengaku Muslim macam aku ini begitu kedekut sangat nak mulakan entri dengan nama Allah. Bukan rugi apa pun. Sangat-sangat tidak rugi lagi merugikan. Haish.. itulah. Mari betulkan yang biasa. Biasakan yang betul.
Hmm.. sebenarnya daku di sini ingin berkongsikan cara-cara mengubati hati yang 'sakit'. Jarang kita jumpa di farmasi atau iklan-iklan akhbar pasal ubat ni. Poster di tiang elektrik apatah lagi (yang ada nombor-nombor ah-long..haihh).
Hmm.. UBAT ni bukan aku reka sendiri atau apa. Tiada siapapun reka. Cuma aku nak menyampaikan apa yang disampaikan oleh penyampai-penyampai lain. Hakikatnya, UBAT ni Allah yang turunkan buat kita. Cuma sama ada kita sedar atau tidak, ingin mengamalkan atau tak. Aish..ruginya. Bukan perlu bayar mahal-mahal pun. Sesen pun tak perlukan duit kita. Aisy, rugi-rugi. Ruginya....
"..Dan Kami turunkan dari al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (al-Quran itu) hanya menambahkan kerugian.." [17:82]
Ubat H A T I
1- Baca Quran dan maknanya (bacalah, jangan tinggalkan Quran walau sehari...)
2- Solat Malam (dirikanlah.. kita mula sedikit-sedikit..semoga suatu hari menjadi biasa)
3- Berkumpullah dengan orang soleh (insyaAllah, janganlah menolak untuk menghadirkan diri dalam kumpulan-kumpulan usrah dsbg. sebab mereka itulah supporting system kita)
4- Perbanyaklah berpuasa (hmm..mari, kita cuba amalkan puasa sunat..yang Isnin & Khamis ke..kalau susah, kita ajak kawan2 sama2)
5- Zikir Malam (berpanjanglah - hmm..yang ini kena melazimkan lidah kita dengan nama-nama Allah..ingat, hati hanya tenang tika dia mengingat Allah)
Hmm..sebenarnya ubat-ubat ini dilagukan oleh kumpulan Opick dalam Tombo Ati. Tak pernah dengar ke? Hmm, haah. Inipun baru kali kedua aku dengar. Dulu pernah dengar dekat radio IKIM waktu di KMB. Tak tahu pun siapa nyanyi time tu. Tapi memang suka dengar lagu tu walaupun pertama kali. Tapi itulah, hanya terdengar di radio. Lepas itu, terus dah tak dengar lagi.. sampai dekat sini, bila seorang teman saya datang ke rumah baru-baru ini, dia perkenalkan semula saya dengan lagu ni. Hmm, har!!! Baru saya tahu akhirnya siapakah dan apakah tajuk lagu tersebut. Heehee. Lama betul baru dapat tahu eh.
Tapi, aku memang sukalah lagu ni. Syorkan kalian turut mendengarnya. Best! Sambil-sambil hiburkan hati, dapat secebis peringatan...tentang cara-cara nak mengubat hati. Bukan kita tak tahu, hati kita hari-hari 'sakit'. Sakit berbuat dosa dan melihat dosa yang dibuat. Tak percaya, pernah tak kalian bila berbuat sesuatu itu terasa macam sebelah hati nak buat dan sebelah lagi kata tak nak buat. Pernah tak?? Contohnya lah, misal kata paling mudah, mendengar lagu-lagu yang entah apa-apa. Lagu-lagu yang kedengaran sedap di telinga, tapi jauh di sudut hati sebenarnya kita tahu lagu itu bukan untuk kita, bukan untuk orang-orang mukmin. Sebab memang bukan itu yang hati kita perlukan. Sebenarnya tika itu kita sedang berada di antara neraca nafsu dan iman. Betul-betul berdiri di tengah-tengah. Tinggal kita sahaja nak pilih nak menjatuhkan diri ke dalam jurang yang mana. Golongan mukmin atau yang mengikut hawa nafsu dunia. Waktu tu, baru kita boleh ukur tinggi rendahnya iman kita.
Dan sebab itu, kita perlu mengubat hati-hati kita. Supaya apabila tiba lagi keadaan-keadaan sedemikian rupa, hati kita akan lebih cenderung ke jalan yang diredhaiNya. Dengan izin Allah. Kita berusaha, pasti Allah tolong kita. Yakinlah.
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, ALLAH berserta orang-orang yang berbuat baik." [al-Ankabut: 69]
Moga-moga ALLAH Taala mencukupi... =)
Juga peringatan ini untuk diri
Mujahadatun nafs (>_~)
adakah itu lagunya?? menarik..kena download nie..
ReplyDelete=)
ReplyDeleteMari2x download semua..
Cuma Klik pada Tombo Ati
enjoy it okay...