CSi semalam telah berlalu dengan hati yang agak berdukacita.. Tak mengapa, pasrah, redha. setakat itu sahaja rezekiku. S.M.I.L.E =) Tinggal satu paper je lagi!!!! Esok...hahahaa..seronok. Lepas tu kami akan hav a winter break! Erk... $$$$ planning kami nk mengembara ke Italy nampaknya akan menelan bayak fulus aku. Memang lah ni, nak kene buat kira-kira besar!! Sebab nak bayar tiket balik Malaysia next year lagi.. Wawaaa~ Mahal pula tu tiket aku berbanding kawan aku yang bernasib baik. Huhu. Takpelah, kena redha lagi. Allah dah amek banyak duit aku, mungkin nak membersihkan harta yang di tanganku ini. Takpelah.. [masih kecewa sebenarnya] Tak baik! Redha kan hati... Allah sentiasa ada untuk kamu..
Malam tadi beriya2 kumpulan kami berbincang tentang travel yang bakal kami tempuhi. Wah~ dalam hati terdetik, aku di sini bergembira nak menjelajah bumi Allah, sedang adik ku di hospital menanti debar rawatan doktor. Kesian adik.
1200 a.m, handphone ku bernyanyi beberapa saat. 1 miscall. Nombor Malaysia! Siapakah, hatiku mula meneka2.. siapa pula yang mengetahui nomborku di sini? Terus aku mencari2 buku catatan yang menyimpan nombor h/p mereka yang masih di tanah air.. opz, buku itu tertinggal di rumah kawan. Ades~
"Salam, sori. Siapekah?"
"Acad la..Kak arini operation..Doakan ea..Takot pun ade...Mntak2x x skt, x ape2 pon...."
"Owh, operation? Operation dr nak bwat ape? Die ade ckp x?" Adik! Subhanallah, terkejut aku. Tak sangka pulak begitu..
"Nak masok wayar kat jari tu...Takot lah.."
Uhh, lurut hati aku. Kasihan amat dengan adik. Semenjak aku terbang ke sini. Adik tak pernah message aku. Tapi saat-saat genting begini, aku jadi pilihan adik!!! Terharu. Terasa akulah orang yang paling dekat dengan adik, hingga dia sanggup meluahkan kebimbangannya. Pasti adik tak berbuat begitu dengan kakakku di rumah. [Mungkin juga dia pilih aku sebab aku takkan tunjuk muka di wadnya, taklah malu sangat. =p]
Sejenak terlayar memori-memori silam aku dan adik.
Adik satu2 nya adik aku, sebab aku anak 2nd last. Tapi jarak umur kami jauh, aku Darjah 6 adik Darjah 1. Adik lelaki, aku perempuan. Tapi kami selalu main sama-sama. Main buka kedai [masak ceper-ceper merah milik ayah, entah apakah bende itu..aku pun tak pernah tahu], main basikal [konon siap ade traffic light], main layang2, main badminton, main kejar-kejar [masuk rumah keluar rumah sampai emak marah]. Pernah sekali adik jatuh atas tar, lutut berdarah. Aku kaget, adik mula nak menangis [time ni adik belum masuk tadika lagi]. Alamak, adik jangan nangis [hakikatnya aku takut mak marah aku, sebab aku yang ajak adik main..huhu] sikit je ni, nanti kite masuk dalam kakak sapu gamat ea...pastu baik dah, tak sakit dah. Jangan nangis ea.. Selamat pujukan aku berjaya, adik tak jadi nangis..fuh~ Lega tahap max! Selalu pulang dari sekolah agama [sekolah petang], aku buat milo, pecah-pecahkan biskut lemak rendam dalam milo [ibarat cereal..kononnya], adik akan main basikal pusing2 halaman rumah, aku duduk di buaian, nanti adik lalu buaian, dia akan berhenti, aku bagi sesudu 'cereal' aku ---> ini kami panggil 'tol'. Lepas bayar tol, boleh jalan. Ada masa aku pun sama naik basikal yang diwarisi dari alongku. Nanti aku akan bunyikan loceng basikal, tandanya lampu isyarat tukar warna. Masing-masing kena berhenti, tapi kalau nak ke sebelah kiri [tak perlu hiraukan lampu isyarat macam kat jalan raya betul..] Ya, kami kanak-kanak berjiwa pandu cermat jiwa selamat.
Tapi itu cerita dulu-dulu. Waktu hanya aku dan adik tinggal di rumah (sebab abang-abang dan kakak-kakak semua masuk asrama bila peringkat menengah). Tapi lepas UPSR, aku pula masuk asrama. Tinggal adik seorang kat rumah. Adik takde kawan sebab rumah kami jauh dari rumah jiran2. Nanti bila balik cuti bulanan je baru kami dapat main sama. Bila dekat exam, abeskan baca buku cepat2, petang terus lari keluar main badminton dengan adik! Nanti balik asrama, adik akan ikut hantar aku, tolong hantar barang aku sampai dorm. Tapi, itu cuma untuk awal2 kemasukan aku ke asrama... Lama-lama, adik makin besar..sudah ada kawan. Mula nakal, sedikit degil. Kami tak lagi seakrab dulu. Terutama bila adik mula menjejak sekolah menengah..
Tapi semalam adik message aku. Buat aku terharu. Aku masih pilihan adik...
Aku tak tahu bagaimana mahu menyusun kata, supaya adik tenang, rileks. Pantas aku menaip mencari apekah sebenarnya yang doktor cuba lakukan pada kaki adik beberapa jam lagi. Wire? Walau bergelar pelajar perubatan, aku tak pernah tahu rawatan apakah itu. Ya, adik membuatkan aku mengambil tahu tentang itu.
phalangeal fractures ---> Percutaneous Intramedullary K Wire
Operative treatment is rarely indicated. This most often indicated for intra-articular fractures of the proximal phalanx of the great toe or multiple fractures of the toes in which alignment would be difficult to maintain due to lack of support from neighboring toes. Fixation often involves logintudinal insertion of a K-wire or..bla..bla..
Kirschner wire a.k.a K-wire ---> a smooth stainless steel pin with a drill tip.
The main functions of the K-wire are fixation of fractures and skeletal traction. A great advantage is the possibility of percutaneous placement. This means that the K-wire is inserted into bone through the skin. The wires can be placed percutaneously or through a mini-open mechanism.
1142 a.m [waktu malaysia]
"K dah operation dah.. Tp rase skt lg k.. Nak td0w, sakit.."
Lewat aku membaca message itu, pagi di sini baru aku perasan, terus aku reply.
"Skunk ni skt kak.. Sakit.. Ya allah... ... Dah la xde owg kat sni.."
Kasihan adik. Apa yang mampu kakak lakukan, adik. Hanya doa dan sebaris kata pujukan 'sabar' untuk adik. Adik, kalau mampu, kakak ganti tempat kamu. Anggaplah ini satu corak perjalanan yang terindah dari Tuhan untuk kita... Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Bukankah kita kanak-kanak berjiwa pandu cermat jiwa selamat. Lepas2 ni sama-sama kita lebih berhati-hati di jalan raya yea.
uuu...sedey nye.. teringat lak adik aku kat umah.. smoga adik ko cepat sembuh. bleh teruskan pemanduan berhemah =)
ReplyDeletenicely written mz :)
ReplyDeletesedih.rindu.sayu.
semoga adik get well soon!
terima kasih leen n nana..n sume.. insyaAllah, berkat doa kalian..adikku cepat sembuh.
ReplyDeleteSyukran~ ^^