Memerlukan tisu, tisu dan tisu. Huhuh.. . mengapa ya? Panas di luar sudah masuk ke dalamkah? Angkara si kecil mana yang membuat jasadku merespon sebegini, hurm..
Ahhhhhhhhh...nyamuk tiruuk!!! ish, ape nyamuk ni buat kat sini. Mesti baru masuk melalui tingkap yang terbuka kat tepi tu. Hihi, lama tak jumpa nyamuk..kenapa kau muncul zaman aku solo-solo kat bilik nie. Haih. Hey nyamuk, pening tak tak tengok keadaan bilik ni? Har, jangan tidur kat sini.. Dijemput ke luar bililk..(jap lagi saye kemas lah yea, tapi jangan bagitahu nyamuk tadi okay..)
Hmm. Saja nak menulis. Oh, tahu tak pagi tadi...ada seorang manusia. Sekian lama tak menghidupkan enjinnya, maka berhajat nak berlari. MasyaAllah, serius tak larat. Yakin sangat berlari bukanlah hobi saya! Cess..huhu. Stamina dalaman sudah kalah. Maka misi berjoging bertukar kepada sesi berjalan dan berlari separuh-separuh. Lari tak sampai satu taman, dah berayun dekat buaian.hehehe. oklah, sambung lari konon-konon nak meneroka laluan ke Dunnes Stores, ke barat rumah. Separuh perjalanan yang kurang best itu, maka rasa seperti berputus asa pula. Bukan apa..jalan kiri kanan macam kawasan industri mana entah tanpa pohonan.. b o s a n !!! Tambah macam panas pulak lah kan.huhu. maka, dengan rela hari membelok ke kanan..memasuki semula kawasan perumahan. Dengan harapan tembuslah semula ke istana beta di Kilmacud Road Upper.
Tapi nampaknya harapan tinggal harapan. kenapa ada bangunan tinggi-tinggi ni.. Macam mana nak balik niiii..huhuuu T T. Macam mana nak keluar ke jalan utama dari taman ni? Nak ke kiri atau ke kanan? Ke kiri. Okay... tapi, nampak macam jauuuuuh sangat. Mesti tembus traffic light yang tak best tadi. Patah balik, ikut kanan. Hai, bangunan tinggi mana yang tiba-tiba wujud dekat-dekat dengan istana aku ni? Selama ni, tak pernah nampak pun dari tingkat dua rumah. Mana aku ni?? nak balik la...huhu.
Tiba di simpang. Melepasi 300YEARSA. Tesco 24hrs? hurm..ni dah sampai Dundrum Shopping Centre! Okay, sila ketahui Dundrum shopping centre terletak ke timur istana saya. Ni padahnya sesat ke Dundrum. Tesco dah sampai, nak beli tepung, duit tak ada. Debit kad pun tak bawa. Huhu, penat jea sampai sini.. Tapi masuk jugak, untuk me'wusha' dah open ke kedai-kedai pkul 930am ni. Sah, dahsyat jugak yer. Awal juga bukaannya. Special opening untuk hari Sabtu? Hurm...
1020am - segera berlari pulang ke rumah kerana jam di Malaysia sudah 520pm. Bukankah sudah berjanji?
not a Tambahan : ingat nak cerita 2hari di London. tapi, cerita pagi tadi jea dah panjang. Esok lah yer.. =p
mane nyamuk tiruk tadi?
No comments:
Post a Comment
Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!