myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Monday, May 31, 2010

kepala sesak


Bismillah

Hurm.. tak tahu nak takrifkan hari ini sebagai hari ape. Rasa macam hari sangat penuh. Penuh dengan aktiviti duduk di atas katil dan berfikir apa yang sudah dan sedang terjadi. Ouh, hari ini muncul segala-galanya. :(

Misteri. Misterious. Musykil. Muslihat. Muslimat..oh, muslimah :'(

Debar dari semalam punya semalam.. dengan statement ini
'Provisional Semester 2 results will be available on SIS Web by 5.00pm on Wednesday, 2 June 2010. Final results will be available by 5.00pm on Friday, 18 June 2010...'

Juga sedikit terkilan membaca ini hari ini....
'Orientation Week will begin on Monday, 6 September and the start of teaching will move to Monday, 13 September 2010.'

Andai masih ada umur sehingga itu, kalaulah tarikh Malaysia Airlines ku bukan 3September.. seronoknya satu Ramadhan penuh di Malaysia.. huhu. Nanti balik for good tahun depan, walaupun dapat beraya di Malaysia, entah nak tunggu tahun berapa akan ada cuti bersih satu bulan beramadhan di rumah. sobs :'(

Tak bestnya..

Okay, yang lebih besar kes hari ini. Baca berita flotila sukarelawan keamanan yang sekadar membawa bantuan untuk Gaza diserang oleh angkatan laut Israel. Aku nak cakap, israel memang biadap!!! Ya Allah, mereka ini memang melampau! Allah...

Ya Tuhan, datangkanlah angkatan tenteraMu, punah-ranahkanlah kapal laut Israel! Bantu kami ke atas tentera-tentera kuffar itu ya Rabb. Allah, wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, turunkanlah azab kerasMu atas mereka.. atas musuh-musuhMu, musuh-musuh agamaMu..

Berat. beratnya kepala. Diri yang masih dilambung dunia. Benteng pertahanan yang belum kuat. Arus ombak kejahatan yang kuat. Huhh.. Tuhan, bantulah kami selesaikan ini.. =(

Celik mata lalu mendengar berita yang kurang enak di pendengaran telinga. Ayuhai... Tuhan, tunjukkan kepada kami kebenaran. Sedarkanlah kami akan setiap kesalahan kami hai Tuhan... Allah, kes kali ini amat berat. Mengapa dia meringan-ringankan. Allah...

Teman, ke mana rasionalisasimu dalam berfikiran? Mengapa mudah benar engkau menghilangkan garis sempadan yang Dia tetapkan..

Allah.. . tolonglah aku..ampunkan dosa-dosaku. Berilah kami kekuatan. Berikan kami hidayah. Selamatkanlah kami wahai Pemelihara sekalian alam.. dari dosa-dosa dan kemaksiatan.
A m e e n.. aminn.



selesai bercakap dengan ayah
'ayah sihat...'
tiba-tiba teman menyampaikan
'abah diserang demam..'
ya Allah, sembuhkanlah..
sihatkan mereka keduanya
:(

No comments:

Post a Comment

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial