myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Monday, May 10, 2010

pemergian..


A l h a m d u l i l l a h

Saat-saat sukar dan sempit itu telahpun melabuhkan tirainya sungguhpun jalan ceritanya penuh luka. Tersungkur sampaikan serasanya hati ini tidak mahu hidup di dunia lagi. Lupa jiwa takut mati. huhu..

Terima kasih Tuhan kerana telah membawa kami ke penghujung ini. Ya Allah, Engkau selamatkanlah kami.. . Tolonglah kami di atas kesalahan-kesalahan kami. Tuhan, mudahkanlah jalan bagi kami. Bantulah kami untuk melepasi ujian kecil ini.. kerana Engkau suatu-satunya Yang Maha Berkuasa.. selamatkanlah kami ya Allah..

Hurm..

Okay, setakat itu sahaja nak cakap :) Serius tak tahu nak cakap apa lagi. Pelepasan dari daerah peperiksaan adalah satu nikmat yang susah nak terungkap. Yang penting, malam ini dah boleh tidur atas katil..yeay! Dah boleh tidur dalam duvet... dengan aman dan damai. Nak-nak duvet baru yang comel (^^) hehee..

Ya? Lihat jadual saya... ada tulis 'Turkiye ikimasyou' (maksudnya dalam bahasa Jepun jom ke Turkey!) Tapi, saya telah membatalkan hasrat perjalanan itu. Di atas sebab-sebab yang hanya saya dan Dia tahu..=p Biarlah, saya akan menikmati waktu summer di bumi Dublin ini. Sementara menanti saat-saat untuk berlepas ke Malaysia tercinta, kite nak mengatur masa dengan baiklah. Hhehe. Ada banyak bahan-bahan bacaan nak dibaca nie. Semoga berjayalah misi kecil saya.. amin.

Dia bercita-cita untuk menikmati gaya hidup yang sihat! Memandangkan masa terang sekarang adalah boleh tahan panjang sekali.. . Badan perlu dicergaskan! hehehe. Seronoknya, sekarang sudah boleh berangan-angan untuk pulang ke Malaysia bertemu keluarga baru. Yeah! Boleh belajar jadi baby sitter...ahaks.

Oh, sekejap. Saya mahu hadir ke majlis walimah. Tolonglah sesiapa tolonglah nikah... saya nak makan nasi minyak dengan ayam masak merah..huhuhu. Kan seronok jika pulang nanti kite ada majlis kahwin dekat rumah. huhu. Sampai hati tak tunggu :'(

Hurm... entah sampai Malaysia entah tidak. Semoga Allah izinkan..

Dalam merasa lega dengan tamatnya kertas terakhir pagi tadi, ada sahabat yang diuji. Bahawa ibunya telah kembali ke rahmatullah semalam. MasyaAllah. Subhanallah.. Berat ujian Allah ini. Sahabat saya itu tinggal menunggu beberapa hari sahaja lagi untuk terbang ke Malaysia, tapi Allah terlebih dahulu mengambil nyawa ibunya.. huhu. Semoga kuat dan sabar menempuh dugaanNya.. InsyaAllah, bersama sedekah al-Fatihah kepada ruh armarhumah. Moga ruh beliau ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang solehah.. amin.



Ya ALLAH Tuhan yang mendengar setiap suara,
Ya ALLAH Tuhan yang mendahului setiap yang berlalu,
Ya ALLAH Tuhan yang membalut tulang dengan daging
dan kemudian memisahkannya setelah mati,
kami meminta dengan namaMu yang Maha Agung..
yang tersembunyi dan tersimpan
tidak diketahui oleh seseorang makhluk pun
Ya ALLAH Tuhan yang Maha Kasih Sayang,
tidak terbatas kasih sayangMu..
Ya ALLAH Tuhan yang mempunyai kebaikan,
tidak terputus kebaikanMU selama-lamanya...
dan tidak terhitung banyaknya..

Semoga kiranya Engkau selamatkanlah kami..

Ameen ya rabb..

pemergian pada hari ibu
T T

2 comments:

  1. Salam.
    Mz! Bestnye dah abes exam. Semoga berjaya dgn segala misi2 kecil tu. hehe.

    ReplyDelete
  2. Wasalam wbt
    Ameen.. hehehe.. all the best leen!
    bitawfiq wan najah :)
    doakn kmi lulus..huhuhu

    ReplyDelete

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial