Dikisahkan, seorang teman amat saya kasihi telah pergi ke sebuah negeri bernama Negeri Batu Bata. Teman saya itu tidaklah kaya, berwang berjuta atau berharta berbindol-bindol untuk satu transaksi yang mewah. Maka, atas rasa jiwanya yang kasih pada sahabatnya (iaitu saya), maka beliau pun membelikan jua seketul batu kecil yang dijual di tepi-tepi jalan Negeri Batu Bata tersebut. Hajatnya cuma, dia mahu berhadiah kepada saya, meninggalkan satu kenangan tentang perjalanannya ke Negeri Batu Bata yang mungkin sahaja kali pertama dan terakhir dalam hidupnya. Walaupun yang hanya dia mampu, hanyalah seketul batu yang kecil...
Seketul batu yang tampak kecil dan tidak punya apa-apa... tetapi besarnya ertinya buat teman saya itu. Kerana di situlah terpahat memori indah Batu Batanya, susah payah dan jerit perih sebuah perantauan. Maka, tatkala pulang dari berpergian, lalu beliau pun menyerahkan batu-batu kecil itu kepada saya dengan harapan agar saya bergembira dan sudi menerimanya.
Benar saya gembira. Gembira teman saya sudah pulang, dan sudi pula menghadiahi saya batu-batu kecil ini. Maka, dalam kegembiraan saya itu, seorang saudara kesayangan saya telah melihat batu-batu itu dan turut berhajatkannya. Tanpa berfikir panjang, saya pun terus memberikan kepada saudara saya tersebut. Saya simpan seketul batu kecil, manakala batu-batu lain telah saya edarkan kepada saudara-saudara yang amat saya kasihi itu.
Satu hari, saya ketemu teman yang telah menghadiahkan batu-batu kecil tadi, lalu memberitahunya perihal tersebut. Saya tanyakan perasaannya, apakah dia kisah dengan tindakan saya? Hakikatnya saya tahu, soalan saya itu bukanlah sebenarnya memberi beliau pilihan untuk membenarkan atau tidak. Kerana telahpun saya edarkan hadiah-hadiah kecil dan tak seberapa itu. Bahkan soalan itu lebih dari sekadar menguji kekentalan rasa pada jiwa telah terguris itu. Jiwa yang bertanya di mana nilai penghargaan saya.
Lalu dengan buat-buat selamba, teman saya itu menjawab, "Saya telah menyerahkannya kepada awak, telah menjadi milik awak, menjadi hak awak untuk berlaku apa-apapun ke atasnya." Hakikatnya kata-kata itu sekadar ingin memujuk hati sendiri, bahawa itulah yang benar. Bahawa memang saya berhak melakukan apapun ke atas hadiah yang tidak seberapa itu. Bahawa tidak mengapalah, kalau itulah yang lebih menggembirakan hati saya, maka lebih layak baginya untuk berpura-pura tenang dan bergembira di atas kedukaannya itu.
Purnama demi purnama berlalu, teman saya itu tidak lagi bertanyakan tentang batu-batu kecil tersebut. Saya juga sudah berpuas hati dengan jawapan yang diberi.
Di pihak teman saya - hatinya teringin juga bertanya akan sehelai daun antik yang ditemuinya dan telah diserahkan kepada saya. Namun, purnama berlalu dengan purnama, ditahankan sahaja hatinya, kerana khuatir pisang berbuah dua kali. Dia tidak mahu mendengar berita yang menguji keredhaan dan kedukaannya lagi. Jiwanya juga sudah tawar untuk bertanya. Biarlah apapun yang terjadi, yang sekadar ia mampu adalah mengulang jawapannya pertama kali itu kepada diri sendiri dan berkata, "itulah yang benar".
Maka, setahun pun berlalu... satu hari saya kembali bertanya kepada teman kecintaan saya itu. Saya bertanya soalan yang serupa. "Tidak mengapakah dengan tindakan saya?"
'Wahai temanku, janganlah tanyakan soalan itu lagi. Hati ini sudah tidak sanggup menjawabnya.' Jawabnya tetapi tidak sampai ke pendengaran fizikal saya... Kata-kata itu sekadar bergema di dalam hati.
Soalan itu dibiarkan sepi. Sebaliknya, teman saya itu mengambil kesempatan ini untuk bertanya tentang daun antik yang tak pernah ditanyanya sebelum ini. Berterbangan jiwanya, kerana akhirnya dia dapat juga kekuatan untuk bertanyakan perihal daun yang sehelai itu. Setelah setahun! akhirnya baru dia berkekuatan untuk bertanya...syukurnya kepada Tuhan. Kemudian setelah menerima jawapan yang positif dari saya, dia sekadar berlalu. Pergi jauh-jauh. Sejauh yang mungkin dari soalan saya yang pertama.. .
Saya tak tahu kenapa. Mungkin goresan itu masih wujud di celah-celah hatinya. Mungkin dia berharap perkara sebegitu tidak akan pernah terjadi di antara kami. Mungkin..mungkin. Segalanya mungkin. ..

No comments:
Post a Comment
Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!