"Serious error. Do not charge anymore. Contact Sony Ericsson centre for.."
Itu paparan skrin MzW910i yang baru sahaja muncul sebentar tadi. Handphone ni kenapa? nak meletup ke??? Takut sebentar aku. Ouh..huhuhu. Amaran apakah itu. Tak sempat aku ingat ape yang ditulis panjang-panjang tadi. Terkejut. Terus cabut wayar charger, paparan skrin hilang.
Yang tertera di otak adalah pelbagai kerosakan dalaman yang berselirat. Entah elektron mana yang terlebih, entah litar mana yang pintas. Serius, ini serius nazak.
Sekilas pandang pada wajah MzW. Ouh.. .
ini rakaman november lalu, kini tidak lagi se-gah ini ='(
Sayang, mungkin T1/2 nya tidak lama. Sudah ditakdirkan tempohnya bersamaku mungkin hanya sebentar. Entah sedetik dua lagi, entah berapa lama dia mampu bertahan. Kalau dulu, harapan hati ini ingin mendengar dendangan suaranya tiap kali pesanan khidmat ringkas sampai, tapi nampaknya hari ini suaranya sudah menjadi begitu mahal. Dari nyaring, kepada serak-serak basah. Keserakan yang melampau menyebabkan saya terpaksa men'silent'kan terus, takut menyakiti telinga-telinga lain. Namun, masih suara garau itu kedengaran setiap hening pagi. Tapi kini dia terus diam membisu. Tiada lagi suara-suara merdu yang mengejut ku bangun pagi. Bahkan, suara garau rock itu juga sudah pergi. Hubungan antara kami sekadar getaran. Kalaulah getaran itu juga pergi.. .
Entah, aku juga rasa bersalah. Handphone ini kian kehilangan kasih sayangnya semenjak dia 'sakit-sakit'. Bukan aku sengaja. Entahlah, mungkin tempoh perubahannya yang terlalu singkat itu membuat aku sedikit hampa. Secebis rasa sedih kerana nafsu ini tidak dipenuhi seperti yang diharapnya. Ya, ia sekadar keinginan nafsu. Tak perlu berlebihan rasa seperti itu. Bukankah nafsu itu harus dididik?
Maaflah handphone, saya semakin kurang sensitif kalau kamu jatuh lagi. Entah-entah saya tak kisah lagi kalau kamu nak jatuh berjuta kali pun. huhu T T
Maaflah, MzW910i saya sudah terlalu banyak gurisan lukanya. Rasa tak sanggup untuk persembahkan kepada kamu lagi. Maaf, tidak dapat menjaganya dengan baik, saya kira calarnya sudah tak terkira. Maaflah... Terima kasih kerana walaupun sebentar, dia telah banyak berbakti.
"Sesunggunhnya perumpamaan hidup di dunia ini, bagaikan air hujan yang Kami turunkan dari langit, maka tumbuh kerananya tumbuh-tumbuhan bumi, dari makanan manusia dan ternak. Dan ketika bumi telah berhias indah, sehingga penduduknya mengira telah berkuasa sepenuhnya, tiba-tiba datanglah bencana yang Kami turunkan di waktu malam dan siang hari, maka Kami jadikan semua bangunan itu bagaikan tersapu bersih, bagaikan tanaman yang telah habis diketam, seolah-olah kelmarinnya memang tidak ada apa-apa. Demikianlah Kami menjelaskan ayat (bukti kekuasaan) bagi kaum yang berfikir."
[surah Yunus : 24]
Sy juga pengguna yang ganas
kurang berbelas kasih mungkin
fuh dasyat error mesage tu tak penah tau it ever existed~ :)
ReplyDeletehuhu, sy pn menunggu bile ia nk muncul for the second time.. boleh sy lengkapkn slogan atas tu =p
ReplyDeleteKita cuba repair dl..kalau problm lg kte cari hp baru..iA.. pakai dlm 3 bulan je lg.. jumpa nanti yer..
ReplyDeletebaik.. =)
ReplyDelete'coconut shake' tu btul2 melaparkan..hhe