Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu
Tuhan baru ku sedar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi
muhasabah cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu
Kadang, sekecil-kecil perkara juga menjadikan kita lemah. Ujian yang sekadar selesema atau pening-pening atas bas a.k.a 'motion sickness'. Itupun kita sudah menyumpah-nyumpah. Itupun dah mengganggu gugat kehidupan seharian kita. Belum lagi Allah datangkan dugaan yang besar-besar. Fatal sickness ke.. . Lihat, dia yang ada kanser. Lihat di sana mereka menderita. Mereka ketandusan zat-zat yang bersih. Kita, bertubuh sihat tanpa cacat utama. Kita, Allah pelihara dari alam kandungan lagi, hingga dilahirkan dalam keadaan sempurna sifatnya. Lihat, dia yang ada jantung berlubang. Kita, Allah kurniakan jantung yang sihat dan normal. Dalaman badan kita semua normal. Tapi, dia Allah kurangkan sesuatu dalam kejadiannya. Allah melebihkan sesuatu pada kita. Maka, kita patut lebih bersyukur.. . kerana sesungguhnya nikmat Allah ini amatlah tidak terhingga.
Bila kami belajar tentang penyakit, dalam hati kami terdetik, 'Ya Allah, dalam dunia ini, terlalu banyak penyakit-penyakit yang boleh bila-bila masa terkena pada kami dengan izinMu.' Hitungannya terlalu banyak. Sampai aku pun tak larat nak ingat semua. Banyaaaaaaak sangat! Semua boleh berlaku bila-bila kalau Dia berkehendak. Malah, sejak dari alam rahim, banyak posibiliti kita untuk menjadi bayi yang tidak sempurna. Tapi, aku Tuhan pilih untuk dilahirkan sempurna sifatnya. Kenapa masih lagi tidak bersyukur?? Betapa tingginya penjagaan Allah terhadap kita, sampaikan selama berpuluh tahun hidup di atas muka bumi ini, kita masih Allah kekalkan kesempurnaannya. Tapi ada insan lain yang Allah uji, Allah ambil semula sebahagian tubuhnya. Ada yang hilang kaki, hilang tangan, hilang penglihatan.. Masih tidak bersyukurkah kita?
Allah berhak, malah berkuasa menjatuhkannya bila-bila pada kita.
Maka bersyukurlah. Berterima kasihlah pada Allah yang telah menjaga kita selama ini. Kalaupun kita ditimpa sesuatu yang jauh dari dugaan hati, tetaplah bersyukur. Kerana itu tandanya Dia masih ingat kepada kita. Dia sedarkan kita yang lupa padaNya. Kita yang selalu menggunapakai nikmatnya tanpa berterima kasih padaNya. Betapa Tuhan itu sayangkan hamba-hambaNya. Hanya tinggal kita, apakah kita mahu memilih untuk menjadi hamba-hamba yang bersyukur atau hamba-hamba yang kufur.
Ingatlah, syurga itu sifatnya memilih. Tak mungkin kita yang sering alpa dan meninggalkan Tuhan akan dengan mudah terpilih untuk memasukinya. Jalan ke syurga bukan mudah. Bukan mudah.. .
"Dan tidak ada seorangpun di antara kamu yang tidak mendatanginya (neraka). Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu ketentuan yang sudah ditetapkan."
[surah Maryam : 71]
No comments:
Post a Comment
Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!