9:28 pm waktu malaysia
Mungkinkah ijab kabul itu sudah selesai. Atau mungkin baru sahaja hendak bermula? Ouh..
Hari ini serasa hati tidak ceria. Dari pagi sejak mata ini terkebil-kebil memandang jam nokia yang sengaja disetkan waktu tanah air tercinta. Tidak ada orangkah yang sudi berkata sesuatu dengan saya =(. Mata dipejam, dibuka, dipejam dibuka kembali. Setiap itu saya melakukan perkara yang sama. Tapi, saya benar-benar kecewa. Sedih. Apakah saya benar-benar telah dilupakan di sini. Huhuu T.T
Betapa tidak ada mood booster! Saya menghitung waktu, dari jam sebelum mereka bertolak, jam mungkin mereka sudah bertolak, jam adik diambil dari sekolah, jam mereka sudah menunggu-nunggu di masjid sana. Kenapa tiada seorang pun mahu bercakap dengan saya.
Saya ingin sangat pulang.
Ini hanya sekali seumur hidup. Mungkin. Saya mahu melihat abang menikah. Saya ingin bersama-sama bertungkus lumus menyediakan majlis. Saya tidak berbakti apa-apa di sini.. . Kenapa setiap kali, saya tidak terpilih untuk berada di situ.. .
"Sungguh ALLAH mengetahui yang ghaib (tersembunyi) di langit dan di bumi. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati."
[35:38]
Ya Tuhanku,
anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu
yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai, dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh
Sy fikir sy lebih mampu bertahan
InsyaAllah minggu dpn sampai..doakan smpai dgn slmt..
ReplyDeleteterima kasih..
ReplyDelete*gegaran bjye smpai ke sini =)