myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Saturday, March 6, 2010

adik Abang


Setelah 2tahun contact id itu wujud dalam list YM saya. 2tahun! Inilah YM pertama saya dengan abang.

Saya sangat teruja. Sekian lama tidak dipanggil 'adik'. Kini saya berolehnya semula! Di antara sebuah jarak yang jauh. Dalam ingatan yang tak pernah lekang. Yang seorang bersuhu sejuk dan seorang bersuhu panas. Kalimah itu bersusun-susun di skrin ym =)

Kalau kecil-kecil dahulu, semua orang memanggil saya dengan gelaran itu, termasuklah ayah. Suka dengar ayah panggil 'adik' walaupun di bawah saya telah dilahirkan seorang lagi adik. Namun, semakin masa berlalu, semakin diri membesar gelaran itu semakin hilang. Kakak-kakak dan abang pertama saya mula memanggil diri ini dengan nama. Lama-lama ayah juga. Seingat saya bila saya menjejak menengah mungkin. Bukan kerana gelaran itu berpindah empunya. Ia sekadar hilang dengan berlalunya masa. Cuma yang masih setia adalah abang. Abang kedua yang memang dipanggil dengan 'abang'.

Tapi, kesetiaan itu juga goyah akhirnya. Bila diri meningkat usia. Masing-masing dengan haluan masing-masing. Leka dipisahkan dengan asrama, universiti dan akhirnya kerjaya. Sangat jarang bertemu muka. Patah-patah kata antara kami juga boleh dibilang. Hanya sesekali kalimah itu bergema. Dan mesra itu telah lama hilang... Bukan sengaja. Tapi, tak tahu kenapa.

Tapi cuti summer lepas, sedikit-sedikit kemesraan itu terasa kembali. Itupun tanpa sengaja. Kerana saya tersilap bicara. Disangka yang di sebelah saya adalah adik lelaki saya. (itulah..membesar dengan ketinggian yang hampir sama..huhu). Maka, saya berkata dan bergurau sekehendak saya (yang tidak pernah saya lakukan pada abang. entah, mungkin hormat. mungkin segan). Tapi, tiba-tiba kedengaran suara yang lain pula ketawa. Kami ketawa bersama, tapi dalam hati, hanya Allah tahu betapa malu dan tak sangkanya saya. Dua tiga kali mungkin saya tersilap orang. Tapi kesilapan itulah yang membuahkan ceria (^^). (alhamdulillah, mereka tidak menyedarinya..hhee)

Itulah serba sedikit adegan lawatan dan fotografi kami ke Pameran Agrikultur di MITC 2009. Panas dengan cetera, sepanas mataharinya. hoho ;p


abang

adik

abang dan adik


Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah telah menjadikan kasih sayangNya (rahmatNya) terbahagi dalam 100 bahagian. Dia menahan 99 bahagian di sisiNya dan menurunkan satu bahagian ke bumi. Dari satu bahagian itulah para makhluk saling kasih-mengasihi sehingga seekor induk binatang mengangkat cakarnya dari anaknya kerana takut melukainya."
[Sahih Muslim]


p/s: kalau di rumah, selalunya 'aku' dan 'ko' akan keluar, tapi kerana mungkin ia YM yang pertama. kekok di situ. hanya adik dan abang meronai bicara.. =)


Ini sekadar entri
corat-coret kenangan


2 comments:

  1. You don't choose your family. They are God's gift to you~

    Alhamdulillah. Mesra antara saudara sangat dituntut. Ahax, semoga adik sentiasa bertemu dengan kemesraan dan kebahagiaan sebegitu di dunia dan di akhirat kelak ^^

    ReplyDelete

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial