myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Monday, March 15, 2010

dunia kita


Dengan nama A l l a h. ..

Alhamdulillah, majlis-majlis semalam telah berlangsung dengan lancar insyaAllah. Dari suara-suara, kata-kata yang tersampai melalui gelombang yang diciptakan Tuhan, hati ini dapat merasakan kegembiraan yang terpancar di sana sini, meskipun penat dan lelah adalah amat!

Saya faham. Pengorbanan yang dihulurkan bukan sedikit. Penyediaan majlis bukan mudah. Hendak dipastikan itu, dipastikan ini. Sehingga segala-galanya berlaku yang tiba-tiba berakhir hanya dalam satu hari. Bahkan otak mungkin sudah bekerja berbulan-bulan awalnya...

Begitu kehidupan kita.

Bersusah-susah 2 bulan untuk majlis yang sehari
Bersesak-sesak dada untuk program yang hanya hujung minggu
Berkerah-kerah tenaga hanya untuk memuntah di atas kertas yang satu jam

Kalau difikir-fikir balik, untuk apa kita lakukan semua ini?? Sampai sanggup kita ber'mujahadah', tak tidur malam, berkorban masa, harta dan tenaga. Kenapa kita sanggup hingga sebegini...

'Demi anak. Demi lulus exam. Demi program berjalan lancar.'

Betapa berusahanya kita kan...sedangkan kita tahu di akhirnya, majlis akan habis begitu sahaja. Exam berakhir, ilmu dilupa. Program tamat, selesai kerja.

Entah apa-apalah kehidupan kita. Kita struggle melakukan sesuatu yang hanya habis begitu. Dan satu hari kita pun mati seperti yang telah dijanjikan Tuhan. Masing-masing dari kita ingin sangat mendengar Allah memanggil,

"Wahai jiwa yang tenang!
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya"
(al-Fajr:27-28)

Tapi kita kembali tanpa membawa apa-apa. Pahala yang sedikit-sedikit... tapi sudah terpotong-potong oleh dosa yang menggunung. Kita memikul amal yang kita kira banyak, tapi turut memikul sama perbuatan-perbuatan yang menghilangkan keikhlasan.

Kita tak menepati syarat-syarat yang Allah hendakkan. Sambungan surah al-Fajr tadi;

"Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu,
dan masuklah ke dalam syurgaKu."
(ayat 29-30)

Allah mensyaratkan, untuk dapat masuk ke dalam syurgaNya, kita perlu menjadi hambaNya. Hamba yang sebenar-benarnya. Bukan sekadar pada literal lidah kita, sebab semua kita mengaku kita hamba Tuhan. Tapi, sesungguhnya yang benar-benar termasuk dalam golongan hamba ALLAH adalah mereka yang taat perintahNya, dan meninggalkan apa yang dilarangNya tanpa banyak soal. Patuh dengan perintah, tanpa alasan. Itu dinamakan taat.

MasyaAllah. sekarang boleh nilai balik, sudahkah saya memenuhi syarat untuk masuk ke dalam syurgaNya?


"Adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan "Salam"

dan orang-orang yang menghabiskan waktu malam untuk beribadah kepada Tuhan mereka dengan bersujud dan berdiri

Dan orang-orang yang berkata, "Ya Tuhan kami, jauhkanlah azab Jahannam dari kami, kerana sesungguhnya azabnya itu membuat kebinasaan yang kekal,"

Sungguh, Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman

Dan (termasuk hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih) orang-orang yang apabila menginfakkan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, di antara keduanya secara wajar

dan orang-orang yang tidak mempersekutukan ALLAH dengan sembahan lain dan tidak membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina; dan barangsiapa melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat hukuman yang berat,

(yakni) akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina

kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun Maha Penyayang

Dan barangsiapa bertaubat dan mengerjakan kebajikan, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya

Dan orang-orang yang t i d a k memberikan kesaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka berlalu dengan menjaga kehormatan dirinya

Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidak bersikap sebagai orang-orang yang tuli dan buta

Dan orang-orang yang berkata,
"Ya tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa."

[surah al-Furqan : 63-74]


Semoga kita termasuk dalam golongan 'ibadurrahman' yang dijanjikan ALLAH tempat yang tinggi (dalam syurga) di mana di sana mereka akan disambut dengan penghormatan dan salam =)) amiin...




1 comment:

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial