Thursday, April 29, 2010
enough said
Tuesday, April 27, 2010
Dari 1 waktu ke 1 waktu
Dari satu ibadah itu kegembiraan
yang hendak ditunggu itu ialah cinta agungnya
iaitu Tuhan penciptanya
Agar dari 1 waktu ke 1 waktu
hendak disembah dan disanjung
Alangkah terhiburnya memuja dan menyembah
Idola yang dirinduinya
menunggu cinta dari 1 waktu ke 1 waktu
sangat di tunggu-tunggu
Tidak sabar rasa hendak menyembah dan memuja-Nya
kerana di dalam penyembahan itu
dia dapat bercakap-cakap dengan Tuhannya
meminta, mengadu, bermesra dan bermanja-manja
banyak persoalan hidup yang perlu diberitahu
agar Tuhan selesaikan segala yang terbuku
Banyak perkara yang merbahaya minta dilindungi
yang sedang terjadi minta diungkaikan
dimasa hadapan pinta pimpinan
Yang tidak tahu baik buruknya minta dijelaskan
kerana itulah iadah, munajat, berdoa sesuatu yang didahulukan
Di sanalah segala persoalan dirafa'kan kepada Tuhan
mereka merasakan tanpa Tuhan tidak boleh hidup
kepada mereka Tuhan sangat diperlukan.
Friday, April 23, 2010
Kek juga adalah urusan Tuhan
hai taqwa
"Segala puji hanya milik Allah, kami memuji, meminta pertolongan, meminta ampun dan berlindung kepadaNya dari kejelekan-kejelekan jiwa kami. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tiada seorang pun yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Dia sesatkan, maka tiada seorang pun yang dapat memberinya petunjuk. Aku bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang haq selain Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusanNya."
Alhamdulillah, inilah antara yang menarik dalam ucapan kakak Hanim untuk intro Spring Camp tempoh hari :) Akhirnya, berkesempatan saya tampalkan di sini. Terima kasih ALLAH =). Sesungguhnya ini adalah bacaan Hamdalah yang pasti akan dibacakan oleh Rasulullah s.a.w. setiap kali sebelum baginda memulakan khutbahnya. Rasulullah s.a.w juga telah mengajarkan tasyahhud hajat ini kepada para sahabat dan sunnah ini diwarisi hinggalah ke hari ini. Inilah juga bacaan yang hampir setiap khatib membacanya sebelum memulakan khutbah solat Jumaat. Mungkin kita sekadar mendengar dan tidak diterangkan pula maksudnya...
Subhanallah, rugi. Alangkah rugi seandainya diri tidak mengetahui dan menghayati bacaan itu. Sungguh, hati-hati yang mendengar amat terkesan, Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tiada seorang pun yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Dia sesatkan, maka tiada seorang pun yang dapat memberinya petunjuk. Apakah lagi yang mampu saya maknakan di sini. Perkataan baginda itu sudah sangat jelas dan faham sekali maksudnya. Siapakah lagi yang dapat memberi petunjuk kepada hati melainkan pemiliknya sendiri. Dan pemiliknya adalah ALLAH, Tuhan yang Memerintah kerajaan langit dan bumi ini. Hanya kepada Dia kita pohonkan hidayah, agar Dia melorongkan hati-hati kita kepada kebenaran.. agar Dia memelihara hati-hati kita dengan petunjuk yang hanya milikNya..
Hanya mungkin saya tidak pandai untuk berbicara di sini. Tak tahu bagaimana untuk menafsirkan perasaan di kala itu.. .
Cuma mungkin harus sedar, tiada siapa yang dapat memberi petunjuk kepada kita melainkan Allah. Maka, andai suatu ketika terdetik di hati walau sekecil manapun perasaan untuk berubah, atau untuk membuat kebaikan, maka bersegeralah. Kerana percikan itu adalah satu sentuhan dari Allah, yang Maha Pengasih, yang sentiasa menginginkan kebaikan untuk hamba-hambaNya. Maka salah siapakah lagi, kalau kita sendiri berpaling darinya, lalu membiar sahaja hidayah itu pergi. Kepada siapakah lagi yang mampu kita sandarkan, kerana tiada siapa yang dapat memberi petunjuk seandainya Dia ingin membiarkan kita sesat. Bersyukurlah, bersyukurlah dan peluklah ia setiap kali Allah mendatangkannya kepada kita. Kerana kita tidak tahu, apakah saat-saat seperti itu akan datang lagi...
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNYA dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim."
[ali Imran :102]
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada ALLAH dan ucapkanlah perkataan yang benar, nescaya Allah akan memperbaiki amal-amalmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya, maka sungguh, dia menang dengan kemenangan yang agung."
[al-Ahzab :70-71]
Saya pernah ingat tentang sesuatu yang diajarkan kepada saya oleh seorang kakak usrah. Tentang apa itu taqwa. Katanya, taqwa itu ibarat kita melalui satu lorong yang panjang, yang penuh onak dan duri di sepanjangnya. Kita berusaha ke hujungnya dengan penuh hati-hati agar tidak memijak satupun dari duri-duri itu.
Khalifah Islam kedua, Sayyidina 'Umar al-Khattab bertanya kepada Ubai bin Ka'ab ra, "Apakah hakikat taqwa?" Ubai bertanya pula, "Pernahkah Amirul Mu'minin melalui jalan yang banyak onak dan duri?". Sayyidina 'Umar menjawab, "Ya". Ubai bertanya lagi, "Bagaimana?". Sayyidina 'Umar menjawab, "Saya berjalan dengan berwaspada dan bersungguh-sungguh supaya tidak memijak atau terpijak onak dan duri". Ubai menjawab, "Itulah hakikat taqwa!"
Ibnu Abbas menyatakan, "Orang yang bertaqwa itu adalah mereka yang takut dalam keadaan berwaspada daripada balasan Allah dengan meninggalkan apa yang didorong oleh hawa nafsu kepadanya, dan mengharapkan rahmat Allah dengan percaya kepada apa-apa yang datang daripadanya"
Begitulah taqwa yang sangat-sangat dituntut ALLAH itu. Duri-duri yang dielak dengan sungguh-sungguh itu adalah semua larangan-larangan Allah yang diperintahkan kepada kita untuk menghindarinya. Tapi, hakikat taqwa itu sebenarnya adalah lebih besar dari ini. Ia bukan sahaja menghindar tapi dengan sungguh-sungguh menghindar! Mungkin boleh saya katakan, kalau orang itu ingin mengambil wudhu', seboleh-boleh dia usahakan agar jangan terpercik setitik kecilpun kotoran apatah lagi najis pada pakaiannya demi menjaga kekhusyukan solat yang bakal didirikan. Kerana buah khusyu' solat itu bukan bermula dari takbiratul ihram. Tetapi, bermula dari saat dia melangkah untuk berwudhu' lagi. Maka, setiap perkara yang mengisi antara wudhu' dan solat itu juga perlu dijaga, bukan sekadar pakaian, bahkan hati ini perlu dijaga sepanjang senggang waktu tersebut. Agar jangan hati kita masih berbicara hal-hal duniawi, sedangkan sebentar sahaja lagi kita akan menghadap Allah. Bagaimana mungkin kita akan dihadiahkan rasa khusyu' itu kalau kita masih boleh berborak-borak, bergurau senda lalu sesaat selepas itu mengangkat takbir menyembahNya. Sukarnya untuk mendapatkan hadiah khusyu' itu, hinggakan setitik kotoran pun mungkin boleh menjadi penyebab untuk kita tidak memperolehnya. Apatah lagi untuk memperoleh taqwa, ia adalah hal yang sangat-sangat lebih besar dari itu.
MasyaAllah. Sebab itu, orang-orang yang bertaqwa ini sangat dimuliakan dan tinggi darjatnya di sisi Allah. Pernah seseorang menyedarkan saya, selaklah helaian-helaian al-Quran di tanganmu, hampir setiap muka surat pasti Allah ada menyebutkan tentang taqwa. Yea, sila pulang ke rumah dan pastikan hal ini sahih (^^). Saya telah mengesahkannya.
Besarnya nilaian taqwa itu di sisi Allah, hingga selalu kita diseru-seru ke arah itu. Besarnya erti taqwa itu, sepatutnya menjadi kejar-kejaran kita. Sewajarnya menjadi rebut-rebutan kita. Entahlah, mungkin fahaman yang setakat ini baru secebis dari erti taqwa yang sebenar. Saya tahu, diri ini masih banyak perkara yang perlu dipelajari lagi. Masih banyak yang perlu difahami. Dan masih terlalu banyak yang perlu diusahakan. ..
Kita perlu berusaha bersama-sama! Sebab kalau saya lemah dan hendak mengaku kalah, anda boleh menguatkan saya. Dan saat anda pula yang lemah, saya bertanggungjawab untuk menguatkan anda.
Dan si kecil ini, siapa pula mahu menguatkannya nanti??
" Ya Allah, bantulah aku untuk mengingatiMu, mensyukuriMu serta memperbaiki amalan ku kepadaMu".
esok exam Jepun
doakan..huhu
Sunday, April 18, 2010
mencari pengubat hati
Ketika kuhanyut semakin jauh
Semakin kugapai, semakin tenggelam
Ketika tujuan hidup semakin kabur
Terasaku mati sebelum kematian
Apalah ertinya hidup tanpa pimpinan
Tiada cahaya, tiada panduan
Tanpa cinta dan kasih sayangMu oh Tuhan
Segala yang kumiliki, tiada berharga...
Takkan kugapai cintaMu tanpa pimpinan
Kuterus mencari jalan kebenaran
Namun yang kutemui tak dapat ubati
Kerinduanku pada pemimpin kebenaran
Biarlah kuharungi 7 samudera
Ke barat ke timur kemana saja
Bahkan kurela merangkak di atas salji
Asalkan kudapat keajaiban
Tuhan,
manakah pemimpin yang telah Engkau janjikan
Yang menjadi bayangan Rasulullah di akhir zaman
Kuperlu keajaiban
tak mungkin cara biasa
Tak cukup dengan logika
Tuhan, kutagih janjiMu
Walau payah
ku menunggu..
"Kebenaran itu ia tidak ada 2, tidak ada 3 dan tidak ada seterusnya
tetapi kebenaran itu adalah satu
kebenaran yang satu itulah yang hendak dikejar manusia
yang nak dicari oleh manusia
kadang-kadang manusia boleh mencarinya
kadang-kadang manusia tidak boleh mencarinya.."
hanya s a t u
AT kembalikan mood studyku
Friday, April 16, 2010
angan-angan dan ajal
Sunday, April 11, 2010
salah cita-cita yang kecil
"Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati bertaqwa umpama hati orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak menambahkan apa-apapun dalam kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati jahat umpama hati orang yang paling jahat di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurang-cacatkan apa-apapun dalam kerajaanKu..."
Ini cebisan dari Hadith ke-24 dalam Hadith 40. Ilmu baru yang saya dapat -yang dimaksudkan dengan hadis q u d s i adalah... perkataan Allah kepada Nabi s.a.w.(yang tidak terkandung dalam al-Quran) yang kemudiannya baginda sampaikan kepada umatnya..(kitalah!) =)
Hmm..
Maha suci Tuhan, sesungguhnya segala perbuatan manusia sama ada ketaqwaan atau kejahatan, walaupun pada tahap yang paling maksimum dan paling dahsyat pun, semuanya tidak akan menambah atau menjejaskan kedudukan Allah SWT walaupun sedikit. Maka, tak perlulah kita merasa bahawa kita ini sudah berbudi dengan Tuhan hanya dek sejumlah wang yang kita keluarkan untuk menghadiri majlis-majlis ilmu atau program-program agama. Apalah sangat kiraannya, dibandingkan dengan kekayaan dan kerajaan Tuhan Yang Maha Kaya. Bahkan, Allah kata, "..itu adalah amalanmu, dan Aku catatkan untukmu."
Maha Pemurahnya Tuhan, kebaikan-kebaikan yang kita disuruh buat dicatatkan pula untuk kita. Ya Allah, Maha Tingginya Engkau. Sesungguhnya kebaikan yang manusia lakukan adalah untuk dirinya sendiri. Bukanlah ia sesuatu yang menambah kemuliaan dan ketinggian Tuhan, bahkan tanpanya Tuhan sedikitpun tidak terjejas. Bahkan kitalah yang rugi kalau kita tak berlumba-lumba ke arahnya. Fastabiqul khairat! (^^)
Ma makna fastabiqul khairat? Merujuk surah al-Baqarah ayat 148..
"Dan setiap umat mempunyai kiblat yang dia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan. Di mana saja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya..Sungguh ALLAH Maha Kuasa atas segala sesuatu."
Tiba-tiba teringat soalan Imam Ghazali kepada anak muridnya :Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini? Jawapannya adalah MATI, kerana kematian itu akan tetap datang menjemput kita tepat pada masanya tak kira di mana kita berada. Tak kira berapa usia kita saat ini...
Hurm..hurm..hm. Sesungguhnya memang lebih senang berkata daripada berbuat. Memang tidak mudah. Tidak mudah untuk berlumba-lumba bagi orang yang tidak mahu seperti kita. Tidak mudah untuk berlumba lari bagi orang yang tidak suka berlari. Tapi, ia akan mudah bagi orang-orang yang memang ingin berlari. Analogi mudah untuk dibawa tidur...
Tiduuuur?? Wahai orang yang berselimut, nanti saya share kan serba sedikit kefahaman yang saya dapat dari sesi tafsir surah al-Muzammil.. insyaAllah. Memang sesuatu yang perlu untuk dikongsikan..=)
Jadi, bagaimana untuk menjadikan diri kita seorang suka berlumba lari? Kakak Haneem kata..pepatah orang puteh yang dimelayukan : kalau cita-cita kita besar, segala halangan akan menjadi kecil. Begitulah sebaliknya, kalau sedari awal cita-cita kita untuk berlumba ke arah kebaikan itu adalah kecil, maka sekecil-kecil halangan pun akan menjadi besar buat kita. Maka, sama-sama kita renungkan saiz ape cita-cita kita setakat hari ini.
Bersambung nanti...(leen, baca tauuu..sayang kamu)
jazakillah sis ^^
InsyaAllah kita usahakan solat
kerana langkah utama untuk
perbaiki diri adalah
perbaiki solat kte
terlebih dahulu
=)