myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Wednesday, February 16, 2011

Salam ya Rasulullah...


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

al-jannatu wa na 'imuha sa'dun liman yu solli wayusallim.. wayusallim wayubarik 'alaih...

Mari kita bercerita tentang nabi kita.iaitu Rasullullah SAW, penyelamat manusia dunia Akhirat. Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya. Mungkin kita ceritakn di sudut2 lain yang belum diceritakan lagi. Kalaupun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa. Supaya yang lupa di ingat kembali. Bertambah ingat lagi. Nabi Muhammad orang luar biasa yang tiada taranya. Sebelum dan sesudahnya di kalangan manusia. Sekalipun di kalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita. Dia adalah rohnya malaikat dan tubuhnya manusia...

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya. Di kalangan manusia sebelum dan sesudahnya. Maka dia diberi julukan oleh tuhan 'fathonah'. Bahkan yang paling fathonah di kalangan rasul-rasulnya. Ilmunya bukan didapati dari akalnya. Walaupun dia orang yang paling tajam akalnya. Dia mendapat ilmu dijatuhkan tuhan di dalam hatinya. Wahyu namanya,dia belajar langsung dari tuhannya. Kerana inilah dia tidak perlu menulis. Dan membaca seperti manusia biasa. Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa. Kalau dari akal mungkin dilupakannya. Ilmunya menceritakn dunia dan akhirat..

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Tawakalnya luar biasa. Sebab itulah di malamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinya.Dan diberikan kepada manusia yang memerlukannya. Kerana dia yakin, kalau esoknya dia hidup,tuhan merezekikannya. Dia tidak membunuh orang. Walaupun sesetengah waktu dia harus membunuhnya. Tetapi dia tidak membunuhnya. Dan mengambil jalan yang utama, iaitu memaafkannya. Kerana itu orang itu islam di tangannya. Beraninya luar biasa tiada tandingannya. Dia sanggup lalu di hadapan musuhnya seorang diri. Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga.

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Kasih sayangnya sangat ketara.Terutama kepada fakir miskin,anak-anak yatim dan janda-janda. Orang yang bersalah dimaafkannya. Sekalipun orang itu tidak memintanya. Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuhannya. Dia membuka bajunya utk disebat. Sebagai pengganti hamba sahaya, Tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya. Lalu memerdekakannya. Pernah rasulallah membeli hamba sahaya dan memerdekakannya. Pemurahnya tidak ada taranya. Macam angin kencang lajunya. Tiada siapa boleh menandinginya. Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta. Sekalipun terpaksa berhutang buat sementara.

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Kalau ada orang mengata dan menghinanya. Dia diam sahaja,tidak menjawabnya. Gembiranya tidak ketawa,hanya senyum sahaja. Cuma ketaranya pada mukanya. Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya. Sekalipun musuhnya. Rasulallah makannya sedikit,sekadar mengalas perutnya. Dia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar. Paling tidak dia makan berdua. Tapi kalau dia tidak suka sesetengah jenis makanan,dia tidak pula mencercanya. Kalau dia marah dengan orang, disembunyikan marahnya. Sehingga orang tidak tahu marahnya. Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia. Sebab itu dia sanggup makan dengan orang berkudis-kudis badannya.

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Sabarnya luar biasa. Tentang ujian yang tuhan timpakan kepadanya berbagai-bagai bentuknya. Dia redha.Lantaran itu tuhan beri dia gelaran 'ulul azmi' dikalangan rasul-rasul. Ditangannya lahirlah murid-murid yang luar biasa. Diberi gelaran sahabat namanya. Ratusan ribu banyaknya,lebih seratus ribu bilangannya. Ini tidak pernah berlaku di kalangan rasul-rasul sebelumnya. Semua sahabat-sahabatnya masuk syurga. Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh tuhannya. Kerana menjadi sahabat Rasulallah. Sahabat-sahabatnya laksana bintang-bintang di langit. Rasul adalah bulan purnama.

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur. Menunjukkan hatinya sentiasa jaga. Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhuknya. Dia menghormati manusia sesuai dengan darjatnya. Sekalipun orang itu kafir. Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya. Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk tuhan. Sekalipun binatang yang melata.. Begitu juga tidak pernah melakukan kesalahan. Sekalipun menyalahi utama.. Kalau dia melihat perempuan, matanya ditundukkannya. Dia orang paling pemalu.. Malunya kalah anak dara yang paling pemalu.. Sebab itu seumur hidupnya tidak pernah melihat kemaluannya dan kemaluan isterinya. Kalau dia lalu, tidak dibenarkan perempuan di hadapannya.

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Ibadahnya banyak, terutama di waktu malam. Hingga bengkak2 kakinya. Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga. Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya.. Tetapi dibuat dengan sukarela. Kerana mencari redha tuhannya. Dia sebaik-baik suami. Tidak mampu orang lain membuatnya.

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya. Satu cerita yang menyayat hati.. Seorang buta yang benci kepadanya. Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya. Hingga sampai waktu wafatnya. Diganti oleh Saiyidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya.. Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya.. Kamu ini siapa? Saidina Abu Bakar berkata, "Saya Abu Bakar, pengganti rasul berkhidmat kepada kamu, yang Rasul itu sudah wafat". Si buta itu terkejut. Rupanya yang berkhidmat kepadanya orang yang paling dibenci.. Kerana terkejutnya menjadikan dia mati.. Tapi sempat dia mengucap 2 kalimah syahadah. Islamlah dia..

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Kalau dia bersahabat atau berkawan. Mengutamakan kawannya. Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya. Setiap orang yang bergaul berpuas hati dengannya. Setiap orang merasa dia dihormatinya. Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya. Mari kita teruskan cerita tentang nabi kita. Supaya lebih terperinci lagi. Cerita dan beritanya. Dia manusia luar biasa kekasih tuhannya. Agar lebih nampak dia manusia istimewa. Dia tidak akan makan sebelum lapar... Dia akan berhenti sebelum kenyang. Tidak macam manusia biasa. Dia tidak suka makanan banyak jenis lauknya. Kalau dia suka kerana tuhannya. Kalau dia marah pun kerana tuhannya. Bukan kerana peribadinya...

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Dia wafat boleh dikatakan tidak meninggalkan harta. Dia tidak meninggalkan sembahyang berjemaah. Kecuali sekali sahaja dalam hidupnya. Iaitu ketika sakit hingga membawa kepada wafatnya... Makan minumnya bukan diusahakannya. Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya. Tapi pengikutnya disuruh berusaha..Terutama yang ada keluarga.. Dia tidak menerima upah..Lebih-lebih lagi lagi meminta upah. Kerana usaha perjuangannya.. Tapi ulama' hari ini memakan upah. Dari usaha dakwahnya. Seperti yang dibuat oleh ulama'2 yang cinta dunia.. Bahkan ada ulama' yang meminta upah dari dakwah dan pengajiannya...

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Takut dengan tuhan ketara di mukanya.. dia beristerikan janda kaya, Khadijah namanya. Hartanya diserahkan habis kepada Rasul. Tetapi nabi korbankan harta itu semuanya. Dan nabi kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan. Kalau dia dirumah sebaik-baik bapa. Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami. Kalau baginda memimpin sebaik-baik pemimpin..

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Kalau dia bercakap lantang suaranya. Tegang urat marihnya. Kesan dia bercakap bak mutiara. Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya. Kalau dia berucap atau berpidato, tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya. Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya..Tidak seperti ulama'-ulama hari ini. Kalau mereka bercakap, gelak ketawa orang yang mendengarnya..Kerana yang dicakap itu dari lidahnya, bukan dari hatinya.. Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidak meleret..tidak seperti kebanyakan manusia. Dia bercakap pendek sahaja. Tapi terhimpun pelbagai ilmu didalamnya..

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Dikatakan oleh hadis 'jawa miul kalim'.. Kata-kata sangat singkat tapi padat. Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas. Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa. Tidak seperti orang lain, bercakap berjela-jela, isinya tiada. Masa terbuang cakapnya tidak mengetarkan jiwa. Kita sambung lagi tentang cerita nabi kita. Nabi tidak suka berjalan-jalan membuang masa. Juga tidak akan bercakap sia-sia..Sekalipun tidak berdosa..

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Kalau dia ketawa tidak berbunyi. Insafnya dapat dilihat di mukanya..Takutnya kepada tuhan di mukanya ketara. Dia melahirkan kegembiraan bila kawan-kawannya gembira.. Dia melahirkan kesedihan di atas kesedihan kawan-kawannya. Rasullullah mudah menangis. Kerana takutkan tuhannya. Rasullullah tahu tuhan amat kasih kepadanya. Akhlaknya sangat agung. Tuhan memujinya. Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa di kalangan manusia. Sebelum dan sesudahnya..

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang tuhan kata terhadap dirinya..Tuhan berkata 'akhlaknya sungguh agung'..tiada siapa boleh menandinginya. Tetapi dia tidak merasa bangga, dia tetap merasa hamba. Dia tetap dapat mengekalkan rasa takut dengan tuhannya. Rasa kehambaan sentiasa di dalam hatinya. Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya. Soal tuhan memujinya itu hak tuhannya. Tapi dia tetap merasa hamba kepada tuhannya. Tawadhuk dengan tuhannya sentiasa ada. Sangat ketara di dalam hidupnya..

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Dia berpakaian jubah dan serban. Warna yang dia suka kebanyakkannya putih dan hijau. Warna lain ada juga yang dipakainya. Tapi sekali sekala. Masakan yang dia suka, susu dan tamar. Daging sebagai lauknya. Itulah penguat badannya..Demikianlah secara ringkas..Yang global tentang cerita nabi kita..Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya..

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Di dalam sejarah nabi kita ada dicerita.. Mukjizat banyak berlaku di tangannya. Yang lahir dan yang batin. Yang besar ialah Al-quran dan Al-hadis..Yang kekal hingga akhir zaman. Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia. Demi keselamatan manusia dunia dan akhiratnya. Tetapi apa yang disebutkan itu sudah memadai. Bagi orang yang tiada masa mengkajinya....


Ya Allah,
masukkanlah nur muhammad ke dalam hatiku

No comments:

Post a Comment

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial