myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Tuesday, February 1, 2011

sakit dan nikmat, semua nikmat =)


Alhamdulillah. baru sahaja habis makan maggie kari letup yang dibubuh kiub tomyam + telur + sayur campur. Hehee. Nikmat...nikmat.. huhu. Sekian lama sejak hari tu berangan nak makan maggie.. tapi baru hari ini menjadi kenyataan. Terima kasih Tuhan :)

Hmm.. bila takde orang masak lauk dan nasi.. baru boleh makan maggie kan. Kalau dulu-dulu..angan-angan je jadinya sebab kena makan nasi. Takkan nak telan banyak2, dah nasi, maggie pulak. Best! Masih ada macam banyak je lagi stok maggie ni. Kena habiskan sebelum pulang ke Malaysia ni! (tiba-tiba terasa..kalau makan semua tu dalam masa minggu-minggu terakhir ni, macam melahirkan insan yang kurang sihat jer..huhu) -.-'

Hmm! Sebenarnya pagi tadi bangun pagi terasa amat-amat penat sangat. Sketttttttttt je lagi boleh ikut 'setan' supaya tak pergi kelas pagi ni. Ouh, serius penat. Bila fikir akan berjalan kaki 40minit pergi dan 40minit pulang hanya untuk kelas yang 45minit... goyah segala semangat. Mujur ada orang message (housemate je pun..hhi) supaya sy buang sampah dalam tandas sebelum lori Panda datang kutip sampah. Rasanya kalau tak berbunyi handphone tu macam takde gaya orang akan kejut bangun je. Orang yang tidur sebelah sy malam tadi dah bersiap cantik...kita je elok bawah duvet. Dengan baju-baju wangi segumpal atas duvet kat hujung kaki yang xsempat nak dilipat malam tadi. Syahid terusssss. Serius badan penaaaaaaaaaaaaat sangat lah.. T T

Mujur, masih ternampak nikmat berjalan-jalan ke UCD di pagi hari.. kalau gerak awal, boleh buat sesi persiaran..insyaAllah boleh hilangkan penat tak habis ni. Hhi. Terima kasih Tuhan kerana memberi sy kekuatan untuk bangun dan bersiap dalam 10minit terus hayun kaki sorang-sorang..

Malam tadi sampai rumah selepas pukul 1200 tengah malam. Petang semalam, habis workshop pulang kerumah. Lepas Zuhur dan alas perut, sy bergerak ke city centre... mencari hadiah untuk orang dan seterusnya pergi ke rumah seorang kawan di Merrion. Ada majlis farewell gadis-gadis PMC dan tukar-tukar hadiah di sana. Hehee. So majlis start lambat sebab ramai datang lewat.. Pukul 11 lebih, disebabkan kami dah berazam tak nak stay overnight, bergegas melarikan diri ke jalan raya dengan harapan ada bas. Tapi jalan lengang, tak nampak tanda-tanda bas akan muncul. Jadi, kami menapak lebih ke depan ke jalan yang lebih besar lintas segala termasuk Hospital Vincent. Jauh ok! Semua gara-gara nak kejar bas terakhir yang belum tentu ada.

Sakit tapak kaki ni walkathon dalam kasut B.U.M. yang kurang indah khabar dari rupa. Huhu.. Kasut buruk Clark sy juga yang masih berwibawa. Biarpun telah ke Tursina menapak segala macam batu di sana. Kekal anggun di mata sy. Hhee.

Hmm. so malam tadi lepas dapat bas dekat jalan besar menuju arah stillorgan tu. Sampai sana, dengan dukacitanya menatap jadual bas 75 yang dah tamat servis awal. Pukul 11 bas terakhir dia yang akan lalu situ buat kali terakhirnya jam 1120pm. Sekarang, hanya dua pilihan. Pulang jalan kaki atau naik taxi. Taraa... kawan sy sanggup naik taxi. Terpaksa la korek segala cash yang ada.. seluk semua poket baju. Huhu..memang mahal naik taxi. Sampai juga ke rumah walau sudah lewat malam. Kutip baju dari laundry, syahid!

Oh yea... sy dapat sekotak coklat sedap malam tadi sebagai tukaran hadiah. ^^


share gambar je lah dengan kamu ^^

byk benda lain nak cerita
tp penat je dah satu cerita
=p

No comments:

Post a Comment

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial