myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Thursday, February 17, 2011

black black heart



Pengalaman silam
mengajar erti hidup
amat payah untuk diharungi
mengapa masih ada...
di antara kita, persengketaan


"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa," 43:67


"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kamu kepada Allah agar kamu mendapat rahmat." 49:10




Why are you so sad
And why is it so bad
When some one leaves you behind

Won't you ever know
Don't you realize
It's just a part of life
When you fall in love
With some one some time
It's smile with a broken heart

Oh falling in love
With Allah....

The bonds of love survive
No mountain too high when there's way
Come to Allah you'll never fail
The truth's so close it shall prevail

Allah, we belong to You
And everything we do
We do it all for You
Allah, always by our side
Guiding us to the light
Everything shines bright
No matter day or night


Hidup memang selalu tidak seperti yang dijangkakan. Jauh sekali dari yang diangan-angankan. Kerana manusia tidak sempurna. Sudah tentu faham. Dan diterima.

Tapi...setiap kali berlaku, ia menguji juga T T

Sy tidak pandai berkata-kata... Tak selalu mampu melontar apa yang difikir dan dirasa. Tapi tidak jua mampu menahan dan menyimpan segalanya. Sampai saatnya sy akan berjaya juga mendemonstrasikan rasa hati dalam terpaksa. Tapi saat itu mungkin sahaja anda tidak bisa menerima. Anda fikir sy tidak rasional begitu.

Tidak. Mungkin anda benar. Anda tidak mungkin salah. Sememangnya kalau boleh sy juga tidak suka melontar begitu. Tapi sy terpaksa..

Saatnya suasana sekitar menjadikan sy orang yang berjaya menghiris hati lawan tiba juga.

Adakah anda fikir sy suka?

Sy lebih gembira dan berharap ia tidak pernah harus berlaku. Sy tidak berharap pernah wujud sengketa antara kita. Tapi hari-hari sebegitu kerap dan semakin kerap menjengah kehidupan ini. Dan sy juga bukan orang yang mulia. Mampu menghadapi setiapnya dengan kesabaran dan senyuman.

Sekalipun sy mampu bertahan dan menyimpan seorang buat sementara, bila terkumpul-kumpul maka akan berhasil juga ia merubah riak pada wajah dan segala-gala yang terkait dengannya. Terjadilah suasana.

Dan kadang-kadang sy mengharap di dalam hati akan ada juga seorang dari jutaan di dunia, agar sedikit yang tersimpan itu bisa dihilangkan. Tapi sy tahu mana mungkin boleh ia hilang tanpa diceritakan. Tapi bagaimana jika ia sesuatu yang tidak patut diceritakan? Kerana sy tidak mahu...hanya kerana fikiran sy, akan tercalar imej mereka-mereka yang dia kenali.

Fikiran sy belum tentu betul. Kerana setiap yang berlaku pasti sebahagiannya, salah silapnya juga kelemahan sy. Tanpa kelemahan sy, mana mungkin itu akan terjadi. Sy tahu, sy pasti itu.

Tapi tetap episod-episod yang mencelah kehidupan itu membuat hari-hari sy tidak gembira. Meski sy selalu berpura-pura tentangnya.


Dan adakah anda fikir situasi ini bisa sahaja menimbulkan konflik yang ketiga? Sy minta maaf, saat sy mengatakan sesuatu itu, sy benar-benar maksudkannya. Mungkin saja anda juga berfikiran sy tidak rasional berpandangan begitu. Tetapi sy sangat berharap anda faham dan mengubahnya. Cuma itu harapan sy. Sy tidak akan mengutarakan hanya kerana perasaan yang sekali. Cuma mungkin dalam situasi yang di atas ini, sy begitu lemah untuk menyimpan lagi yang itu seperti selalu.

Maaf, mesej sy tetap tidak sampai kepada anda pada hari itu.

Dan sy tidak mampu menerangkan dengan lebih untuk jiwa yang tidak sama rasanya dengan sy. Lebih-lebih dengan kelemahan komunikasi terang-terangan yang sy sedia ada. Sy cuma berasa anda tidak mungkin faham. Dan mungkin sekarang juga anda masih tidak faham... sy masih belum rasional, bukan? Pertimbangan sy atas dasar emosi semata.

Tentu sekali kamu tidak akan punya pertimbangan yang sama dengan sy. Kerana kamu kekurangan emosi itu. Sebaliknya yang cuba kamu lakukan adalah menyamakan perasaan kamu dengan perasaan sy. Gaya kamu rasional. Tapi adakah kamu fikir itu adil?



letakkan diri ke tempat orang lain
rasai segala perasaan yang tidak dipinta
dan cuba minta orang lain supaya fahaminya

dn sy akan kata kamu tidak wajar, terlalu mengikut perasaan!

2 comments:

  1. maaf sbb slalu kurang memahami..dan kadang-kadang gagal memahami.. mungkin perlunya kepada kibijaksanaan penyampaian.. dan mungkin juga diri ni yg sbenarnya penuh kekurangan..

    ReplyDelete
  2. maaf, mmg slalu tidak bijak utk itu...
    =(

    ReplyDelete

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial