Kesakitan adalah respons tubuh terhadap kecederaan/trauma yang berlaku pada sang tubuh
Maka sekiranya merasa sakit, bersyukurlah
dan bersegeralah mencari ubat
Sekiranya rohani merasa sakit, bersyukurlah
dan bersegeralah bertaubat
alhamdulillah, sakit-sakit itu memberitahu kepada kita
bahawa sesuatu yang abnormal sedang berlaku
maka tindakan segera boleh diambil
anda mungkin mengalami sakit dada,
loceng amaran bahawa sesuatu yang tidak baik sedang menimpa jantung anda
Tapi tahukah anda,
sesetengah pesakit Diabetes mungkin tidak akan merasai sakit dada itu
walaupun jantungnya sedang dilanda masalah
kerana mereka mengalami komplikasi akibat diabetes yang x dikawal dengan baik yang merosakkan urat saraf : 'Diabetic Neuropathy'
Urat saraf tertentu mereka tidak lagi berfungsi
Oleh itu, hargailah tubuh anda.
bersyukur dengan sakit. Sakit itu nikmat. Sakit itu berhikmah.
Bersyukurlah dengan 'sakit-sakit rohani' yang menimpa
dengan bersegera bertaubat
sebelum 'saraf perasa' kita ditarik balik oleh Tuhan
sehingga kita tidak lagi merasakan dosa kita adalah dosa
ubati hati (rohani) sebelum terlewat