myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Tuesday, October 18, 2011

Pesan Atuk


Alhamdulillah. Hari ini sy bertemu Atuk Hussain b. Sulaiman... lahir pada tahun 1929. Dimasukkan ke PGH kerana pengsan akibat hypoglycemia (kurang gula dalam darah) di samping anemia. Inilah antara pesanan beliau yang ingin sy ingat... Semoga mampu dijadikan amalan dan pedoman hidup...amin

1) Solat jangan pernah tinggal

2) Ingat ibu bapa, jangan lupakan mereka -tanya khabar, doakan

3) Yang pertama Cinta kan Allah, kedua cinta Nabi Muhammad, ketiga cinta ibu dan ayah

4) Jangan tinggal baca al-Quran

5) Berwudhuklah sebelum masuk tidur, tidur dalam keadaan beriman - amalkan baca surah 3Qul. sapu seluruh badan..benteng dari malapetaka dan syaitan

6) Selalulah menziarahi orang mati, cara mudah untuk merendahkan diri

7) Jangan bakhil, kelak akan disempitkan rezeki.. -bantulah adik-adik, layan anak kakak/ abang macam anak sendiri, hulurkan duit kepada ibu dan ayah sekalipun mereka tidak memerlukan

8) Tunaikan zakat harta.. 2.5% je pun.. income tax pun xkena

9) Kelak yang akan mengiringi ke kubur adalah harta, sanak saudara, dan amalan. Tapi Harta dan saudara tercinta akan tinggalkan kita. Hanya Amalan yang akan menjaga kita...

10) Ibu doa yang paling mujarab adalah doa ibu.... Jangan sesekali melupakan mereka

11) Rezeki semua datang dari Allah, jangan takut memberi. Semua ini bukan hak kita.. Isteri/suami juga adalah hak Allah.. Bersyukurlah kerana dikurniakn suami/isteri yang sah.. hargai isteri, hormati selayaknya

12) Angkatlah wudhu' dan berselawat setiap hari sebagai ubat awet muda, tidak perlu susuk dan suntikan moden...

13) Rendah diri.. Jangan sombong. Jangan pandang hina pada orang yang susah dan miskin. Bantu mereka.. Akhirnya nanti, kita semua sama. tiada makna pangkat, gelaran dan jawatan

14) Bangun awal pagi, tahajjud jangan tinggal. Baca buku insyaAllah ingat ilmu sampai bila-bila

15) Last but not least, carilah pasangan yang beriman... cantik dan harta tidak penting. Hanya pasangan beriman yang menjamin kebahagiaan hidup.

16) Aurat jaga... pakai tudung.. ^^


Terima kasih atuk =)
insyaAllah...doakan kami semua


seronok pula..rasa macam
cucu lepak sambil jaga atuk kat hospital

(xpernah rasa ada atuk)

1 comment:

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial