myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Saturday, October 15, 2011

Di mana Jiwa



Hmm.. sy sedang berada pada suatu hujung minggu. Selalunya 'weekend' lah yang selalu kita nanti-nantikan, tidak kira siapa kita kanak-kanak, remaja atau dewasa. Dari hari Isnin sehinggalah hari Jumaat, tak sabar-sabar sy menunggu tibanya Jumaat. Kerana berikutnya bernama 'hujung minggu'.



Ntah, mungkin pada sangkaan sy 'hujung minggu' adalah waktu yang paling seronok. Sebab kita bebas dari kerjaya dan komitmen-komitmen pembelajaran. Tapi benarlah... semuanya hanya sangkaan.



'Hujung minggu' akan berlalu juga... seperti kebiasaannya. Tanpa apa-apa yang istimewa. keseronokan yang sy bayang-bayangkan sebenarnya tidak ada. Sy rasakan begitu jugalah hidup sy, seperti hari-hari biasa.. Tiada bezanya walaupun ia cuti mingguan. Kelebihan masa yang diperoleh sekiranya tidak dimanfaatkan tetap tidak bermakna apa-apa. Bukankah begitu?



Hari ini sy dapat merasakan lagi kekosongan hujung minggu. Ianya seperti kita bangun tidur dan tidak tahu hendak berbuat apa. Mengetahui bahawa kita begitu kelapangan masa tapi tidak tahu mahu menggunakannya untuk apa. Kita rasa hidup ini seperti ulang-ulangan sahaja. Tiada istimewanya hujung minggu berbanding hari-hari biasa. Ia tetap kekosongan..



Tapi alhamdulillah. Sy bersyukur kerana sy seorang muslim. Saat-saat kekosongan itu... seperti yang selalu sy rasakan saat bangun tidur. Sekurang-kurangnya sy punya tujuan. Sy boleh bangun dan bersiap untuk menghadapNya. Sy bersyukur sy boleh membaca al-Quran sepuas hati sy dan memahami maksudnya. Tapi sy terfikir... agaknya apakah yang diperbuat oleh orang yang belum muslim, sekiranya mereka bangun tidur tengah hari juga.. Oh..alangkah bersyukurnya dapat hidup bertuhan. Setidak-tidaknya saat-saat kekosongan bagi seorang manusia itu...sy dapat berhubung denganNya. Sy rasa sangat bersyukur. Alhamdulillah.. terima kasih Allah



Jadikanlah kami orang-orang yang tetap mendirikan solat, dan mengingatiMu di saat kami baring, duduk dan berdiri... Dan ampunkanlah kesalahan kami kerana kelalaian dan kejahilan kami.. Lindungilah kami di atas dunia ini..dan selamatkanlah kami di akhirat nanti.. amin Ya Allah..










No comments:

Post a Comment

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial