myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Thursday, April 21, 2011

gembirakan jiwamu dengan ujian dariNya



"ALLAH Maha Besar dan segala puji bagi ALLAH dengan sebanyaknya. Maha Suci ALLAH sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukanNya dan aku dari golongan muslim."


Alhamdulillah...alhamdulillah. Masih diberi nafas, kerehatan, keselamatan, dan kegembiraan. Sedang ada yang lain diuji, ditarik nafas, diselubungi kesibukan kerja dan duka. Bersyukurlah, walau apapun nikmat dan ujian yang kita peroleh, tetap kurnia dariNya.

"...dan bahawa kurnia itu ada di tangan ALLAH, Dia memberikannya kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan ALLAH mempunyai kurnia yang besar."
[al-Hadid : 29]

Adakalanya kita merasa ujian yang diterima itu berat. Menjadikan hidup terasa sempit. Menyakitkan dan pahit. Tetapi ketahuilah, di sebalik ujian itu besar hikmahnya. Kalau tidak ada ujian di dalam hidup, nafsu dalam diri manusia akan dibiarkan subur. Kerana nafsu hanya suka kepada kesenangan, keseronokan, gembira, mewah dan harta.

Sekali berlaku sesuatu ujian, nafsu akan terasa sakit. Kerana itu kita turut merasa sakit dengannya. Tapi ketika itulah sebenarnya kita sedang bertarung dengan nafsu kita. Sekiranya kita berjaya kita akan berjaya menundukkannya, dan kita akan dapat menerima dan melalui ujian itu dengan redha dan sabar. Nafsu akan menjadi lemah, keimanan akan bertambah. Itulah hikmah besar di sebalik ujian yang Allah kurniakan.

DIA ingin kita segera kembali dan sentiasa dekat denganNya...

Orang baik diuji untuk meningkatkan darjat mereka.

Orang jahat diuji untuk menginsafkan dan menghapuskan dosa-dosa mereka.

Sekalipun kita bertaubat, tapi ia tidak menjamin bahawa taubat kita itu diterima. Mungkin sahaja taubat kita tidak mencukupi syarat. Kita tidak bersungguh-sungguh. Kita tidak benar-benar menyesali perbuatan kita. Bagi diri ini sendiri, sukar untuk melakukan taubat yang benar-benar sempurna. Kerana diri ini lemah, masih juga terlambung dengan tipu daya iblis dan dunia. -.-"

Tapi ujian dan mehnah boleh menghapuskan dosa-dosa...
sekiranya kita sabar dan redha...



Begitu besarnya hikmah ujian yang Tuhan timpakan..
semoga kita pandai mensyukurinya...amin



No comments:

Post a Comment

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial