myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Wednesday, June 10, 2009

Misi España



Seawal jam 0230, angkatan jelajah bumi España kali ini yang terdiri dari 4 anak malaysia mula mengorak langkah meninggalkan daerah DonnyBrook, menarik beg roda masing-masing meredah dingin subuh menuju tiang menunggu air-coach. Dalam kalut atas keterlewatan untuk bas jam 0215 itu, kami bernasib baik apabila seorang pakcik Irish menawarkan untuk menghantar kami ke airport dengan bayaran 7euro sekepala. Yes! Sekalian anak watan bergembira, tak perlu menarik beg jauh-jauh ke tiang air-coach yang lagi hampir 1km di hadapan mungkin. Kurang 1 euro dari harga air-coach lagi. Tambahan, resah juga dalam hati tatkala melintas beberapa Irish yang sedang dalam keadaan mabuk di hadapan farmasi yang baru sahaja kami lalui. Syukur.

Christopher Byrne. 

Sempat aku menghafal nama yang tertera pada lesen yang terpapar di bahagian depan teksi. Pakcik yang peramah dan pemurah. Sepanjang-panjang perjalanan, beliau kerap bertanya tentang Islam. Tentang hijab. Tentang Jesus. Tentang Muhammad. Tentang Allah. MasyaAllah. Jelajah ini terasa tersangat indah dengan permulaan sebegitu. Tak kami sangka. Berdebar kami bertiga, bimbang tak mampu memberi jawapan sebaiknya. Nampaknya pengetahuan beliau tentang Islam agak tinggi. Mungkin juga beliau sengaja mahu menumpangkan kami sambil-sambil mencedok ilmu agama. Subhanallah. Sepotong ayat yang terluncur di celah-celah perbualan yang singkat itu menarik perhatian kami,

"who knows may be one day I will convert to Islam,"

Amiin.. hati-hati kami mengaminkan. Subhanallah. Hidayah itu milik Allah, tak mustahil beliau antara orang-orang yang dikehendakiNya. Pertemuan singkat yang meninggalkan kesan. Selepas mengucapkan terima kasih, kami bertiga melangkah ke dalam airport Dublin, mencari anak watan yang keempat yang telah terlebih dahulu sampai dari arah yang berlainan. Masih awal. Urusan disegerakan. 'Mencucuk' bank ATM dan check in.

Penantian flight yang akan berlepas jam 0600 terasa lama. Teruja juga melihat matahari pagi di saat jam menunjuk pukul 5.00. Inilah summer. Sekali sekala, terasa tak percaya kami akan memulakan jelajah sebentar sahaja lagi. Terasa diri tidak bersedia. Seorang pun tidak pernah tahu bahasa Spanish, walaupun kami maklum bahasa Inggeris mungkin sahaja bakal tidak berguna di sana. Mujur, salah seorang dari kami telah membeli buku ringkas Spanish. Kami mentelaah berdua sementara menanti di balai pelepasan. 

Antara perkataan-perkataan yang kami pelajari termasuk ini;

Sebutan untuk angka-angka

0 - cero

1  - uno

2 - dos

3 - tres

4 - cuatro

5 - cinco

6 - seis

7 - siete

8 - ocho

9 - nueve

10 - diez

11 - once

12 - doce

13 - trece

14 - catorce

15 - quince

90 - noventa

100 - cien

Kami juga melihat perkataan-perkataan penting yang mungkin diperlukan seperti;

¡soccoro!  ------> help!

agua mineral ----> air mineral

caminar -----> walk

don-de ----> where

a-hí-----> there..

servicios ----> toilets

Seronok juga belajar bahasa Spanish. Banyak perkataan yang bunyinya menarik. Ada yang seperti pernah didengar dalam drama-drama media. Memang banyak perkataan yang kami lihat-lihat, tapi hanya satu dua yang melekat di kepala. Selebihnya hanya salin dan simpan dalam poket sweater. hhee. Mungkinlah kalau 'hola' (hello), 'adiós' (goodbye), 'sí' (yes) dan 'no' (no) memanglah senang ingat sebab selalu akan diguna. 

 

Ini perkataan-perkataan Spanish yang aku berminat mempelajarinya

I am studying  = 'Estudio'

University   = 'universidad'

I want...       = 'Quisiera'

by..               = 'por'

please..        = 'por favor'

but               = 'pe ro'

pink             = 'rosa'

purple         = 'lila'

bus station = 'estación de autobús'

excuse me   = 'Per don'

Banyak lagi perkataan-perkataan penting lain yang mungkin akan diselitkan di celah-celah entri ini nanti.

* * *

Dingin Dublin hilang kala pesawat Ryan Air yang kami naiki menjejak Baraja's Aeropuerto (salah sebuah airport penting di Madrid). Perjalanan 3 jam terasa tidak begitu lama. 830pagi di Madrid memang cukup awal untuk mencari hostel yang telah kami tempah (waktu Spain lebih awal sejam dari Ireland). Selepas mendapatkan panduan dari kauter Informasi, berbekalkan peta Madrid dan metro di tangan kami menarik luggage mencari terminal Metro. Untuk menaiki teksi terlalu mahal. Ku usahakan juga untuk memandu kawan-kawan mencari metro walaupun diri kurang mahir bab-bab pengangkutan moden ini..apatah lagi metro! huhu. Risau juga kalau tak bertemu hostel yang ku tempah. Oh, Madrid di bawah tanggugjawab saya... destinasi pertama. 

Alhamdulillah, pencarian ini dipermudahkan Tuhan. Setelah transfer metro beberapa kali, dengan tiket berharga hanya 2euro, kami tiba ke stesen Metro Opera, terminal yang dikatakan paling dekat dengan hostel kami. Matahari pagi dengan suhu tempatan 26o C cukup memanaskan ditambah tenaga yang dikerah untuk menarik beg troli. Kami mencari jalan menghala ke arah Plaza Mayor yang dikatakan terletak cuma dalam 50 meter dari 'La Casa de La Plaza' (nama hostel yang ku tempah). Banyak kali juga terpaksa bertanya orang. Ya, malu bertanya sesat jalan. Ku tanyakan dalam bahasa Inggeris sambil menunjuk alamat hostel, dan mereka akan menunjuk jalan dalam bahasa Spanish. Baik pakcik, makcik, polis, pekedai semua kami tanya sampailah kami tiba ke hostel yang dicari. Tak terkira bilangannya. Alhamdulillah. Hostel berjaya ditemui dalam pukul 1140am. Nampaknya ahli-ahli aktiviti jelajah sudah kepenatan. Kami berehat sahaja di bilik sementara menanti waktu Zohor masuk.  

Mata ini penat sekali, serasa ingin sahaja melempar badan dan lena seperti teman-teman lain. Sememangnya malam tadi ku tidak tidur. Dan semalam amat kepenatan memindah barang dari Merville ke Donnybrook sambil membuat final clearance. Selaku ahli rumah terakhir yang meninggalkan apartment Merville itu, begitu banyak perkara yang tak disudahkan. Dan untuk tidur selepas membersihkan diri, kala jam menunjuk jam 12 tengah malam terasa tak berbaloi sekali. Maka 2jam itu dihabiskan mengemas barang-barang dan membuat bacaan terakhir sebelum terbang ke Spain. 

Semua anggota enak sekali tidur di atas katil empuk itu, kecuali si kader Madrid yang bertungkus lumus menelaah peta Madrid di tingkat atas katil double decker itu. Uhuh. Bukan senang ya nak merancang perjalanan. Harus pertimbangkan lokasi, pengangkutan dan kadar masa yang tersisa. Oh, perjalanan ini benar-benar mengajar saya. Ku tegarkan juga untuk membuka mata dan memerah minda, kerana Madrid ini telah diamanahkan kepada saya.

Petang itu, selepas zuhur kami memutuskan untuk hanya berjalan-jalan meninjau kawasan sekitar. Kami melawat Plaza Mayor yang dikatakan medan utama untuk masyarakat beraktiviti. Sebuah plaza yang dibina di atas tapak segiempat sama. Ramai yang mencari rezeki di situ. Pelbagai ragam manusia, yang bersalut pasir, yang berpakaian seperti spiderman, pooh, Star Wars, mickey dan banyak lagi. Banyak juga ‘restaurante’ kelihatan, sambutannya juga agak  menggalakkan. Misi jelajah petang ini nampaknya bertumpu kepada kedai-kedai souvenir yang bertaburan di keliling plaza. Souvenir pertama untuk Spain! Yeah…

Petang itu juga kami menjumpai terminal metro Sol, kedai-kedai ‘kaya’ dan paling utama si ‘supermacado’ (supermarket). Supermacado adalah tempat paling banyak kami kunjungi sepanjang berada di Spain. Sumber jus-jus minuman pemberi tenaga, sardine, roti, susu, sayur dan buah. Mencari kedai-kedai halal di Spain agak sukar. Mujur ekspedisi kami kali ini bertemankan sebuah periuk nasi kecil. Taklah kebulur..hhee. Tribute to ahli jelajah ke‘empat’ kerana membawanya. (^^)


Plaza Mayor

Orang pasir

Madrid


3 comments:

  1. maznah,
    ketika di melb juga pakcik teksi dan makcik jual pisang bertanya mengenai islam,hijab dan quran..owh,dan bhs arab juga.

    ReplyDelete
  2. sadaqti,hati manusia tuhan yang pegang..
    sentiasa doakanlah,moga hidayah sampai..

    ReplyDelete
  3. .: izzatizaki :.
    ouh...gud experience bet (^^)
    urm...mereka mencari..kita yang already ni..
    sendiri tak mau cari..hhu

    .: syahman :.
    amin..mudah2an..

    ReplyDelete

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial