myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Wednesday, June 10, 2009

Madrid-Toledo-Madrid


Keesokannya, jam 0807 kadet-kadet jelajah menapak keluar dari La Casa de La Plaza, membawa diri berserta passport, bekal (makanan dan minuman) dan wang yang ada. Operasi hari ini adalah menjejak Toledo City yang terletak kira-kira 1jam perjalanan menaiki bas dari bandar Madrid. Kami menaiki Metro dari terminal Sol ke terminal Pacífico, kemudian bertukar line ke Méndez Álvaro. Nampaknya tiket bas ke Toledo yang dicari, tiket bas ke Cordoba yang ditemui. Kata pakcik kaunter, bas ke Toledo ada di terminal yang lagi satu, Plaza Elíptica. (benar seperti yang dikata oleh pakcik dekat hostel semalam..hehe). Bukan tak percaya, tapi semalam sudah kutanyakan beberapa orang, masing-masing bagi jawapan yang berbeza. Jadi perjalanan hari ini adalah mengikut fatwa hati. Mujur dapat beli tiket bas ke Cordoba terus, tak perlu pening-pening lagi. Perancangan perjalanan juga lebih mudah disusun rapi.

Operasi di Toledo bermula sebaik sahaja kami menjejak kaki di sana jam 1100. Tafsiran mata ini, Toledo ibarat setompok city yang terbina di celah-celah padang savannah bumi España. Hahha, suka hati jea nak cakap savannah (iklim savannah yang sebenar bagaimana rupanya pun ku tak pasti hakikatnya). Hmm.. cumanya sepanjang-panjang perjalanan tadi agak terpana melihat kekontangan bumi Spain. Tak hairanlah dari atas flight lagi pokok-pokok kelihatan seperti bintik-bintik kecil. Bumi ini subur, cuma bezanya kawasan tanahnya tidak dipenuhi rumput seperti di Malaysia. Yang terlihat hanyalah pasir-pasir tanah yang sepertinya tandus, yang tiba-tiba wujud pohon-pohon renek yang ditanam cantik sekali susunannya. Berbaris-baris. Sesekali bila menoleh ke kiri dan kanan dari atas bas, terasa seperti sedang merentas gurun Sahara. Terik mentari terasa bertambah-tambah dengan kehadiran gumpalan-gumpalan awan yang kecil dan sangat jarang. Cantik seperti kartun. Itulah Spain.

Kami mendaki kota Toledo itu hanya dengan berjalan kaki, berbekalkan peta yang diperoleh dari Información Turística (i) yang berhadapan dengan pintu gate masuk utama yang dikenali sebagai Puerta Nueva de Bisagra. Dari jalan besar ke jalan-jalan yang lebih kecil. Memang jalan-jalan terbina dalam kota itu pelik-pelik sekali. Sempit, sangat berbukit dan penuh teka-teki. Jenuh kami berputar-putar di celah-celah bangunan yang tinggi-tinggi. Dalam hati, ‘siapalah yang sanggup hidup dalam bandar nie…isk..isk.’ Tak banyak tempat yang berjaya kami temui lantaran ketidaklaratan mencari melalui jalan yang sangat menduga ini. Haihs. Kira-kira pukul 145pm, setelah meninggalkan nota penting (sesiapa yang berkunjung nanti, sila baca notis kami yea…hhe) dalam guest book di museo del Greco (museo = muzium), kami bergerak menuruni semula kota yang memenatkan itu. 


Melihat stesen bas kami dari atas (ini baru separa pendakian)

Kesempitan lorong-lorong Toledo terserlah

Kereta api untuk pelancong

Beginilah rupa kehidupan di puncak kota Toledo

'Pasar siang' di luar Puerta de Bisagra. Most popular word --> quanto? (how much)

Antara seni bina bangunan2 di Toledo

Lukisan Toledo City secara keseluruhannya di Museo del Gracio

T O L E D O


Singgah di satu-satunya kedai kebab halal yang kami temui setakat ini, menikmati makan tengah hari. Memandangkan ahli kedua jelajah España begitu beriya-iya dengan kebabnya, ku order jugalah seketul Doner Kebab walaupun sebenarnya kami dah bawa bekal nasi..


230pm, bas kami bertolak pulang ke Madrid. Perjalanan pulang terasa begitu cepat, baru je nak lelapkan mata bas dah masuk perkarangan Estación. Huhu. Seperti yang dirancangkan, kami terus ke Parque del Buen Retiro (sebuah taman rekreasi yang terbesar di Madrid). Taman itu memang besar, tak sempat nak teroka habis-habis, teman-teman sudah mengajak pulang ke hostel. Hurm. Sememangnya banyak masa kami dihabiskan dengan lepak-lepak atas bangku yang teduh depan tasik sambil minum, makan baki bekal nasi di samping memberi makan burung-burung. Dari seekor menjadi 13ekor. Melayan telatah burung yang kadang-kadang saja buat muka comel. Seronok pulak. Pakcik yang jogging tu dah beberapa kali lalu depan kami, juga pakcik polis. Urms. Hakikatnya semua orang dah tak larat nak menapak lagi. Maka lebih baik kami pulang…


Lepak depan tasik bersama burung-burung Madrid


Parque de Retiro

Pakcik polis berkuda yang meronda


2 comments:

  1. ape pun kisah di Spain, yang penting,selamat pulang ke Dublin.. Alhamdulillah.apelah nasib penumpang air-france..sudah suratan..stakat nie 41 mayat dah jumpa..mga selamat pulang ke malaysia juga..musim durian dan rambutan sedang menanti..iAllah sempat..xyah risau..

    ReplyDelete
  2. ouh..
    malang tak diduga..
    apa takdir seterusnya..Dia lebih mengetahui..
    Terima kasih..
    smoga perjalanan 16hb ni dipermudahkan..
    ameen.. =)

    ReplyDelete

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial