myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Thursday, June 11, 2009

Dari Madrid ke Cordoba


.: bertanya tiada salahnya :.

Hari terakhir di bumi Madrid, adalah hari lawatan ke tempat yang semuanya tutup. Lokasi pertama, estadio Santiago Bernabéu a.k.a stadium Real Madrid (datang awal sangat, stadium pun tak buka lagi). Jadi kami bercadang untuk ke Palacio Real. Turun Metro di Batan, menjumpai taman tema yang juga tutup (1200 tgh hari baru dibuka..ish). Parque de Attensions de Madrid kesukaan encik Bangladesh yang kami temui kelmarin. Dilema ketutupan semua tempat lawatan, kaki diteruskan untuk melangkah demi mencari istana diraja itu. Ini dinamakan berjalan tanpa arah sambil melihat hakikat Madrid yang berdebu. Selepas dikaji semula peta Madrid dan peta Metro, rupa-rupanya kami dah tersalah turun terminal. Huhu. 


Di Hadapan Real Madrid

930pagi yang masih 'tidur'

Usaha pencarian Palacio Real adalah yang paling sukar dan jauh. Berkilometer sudah kami menapak, sudah lima kali ayam bertanya pada itik, Palacio yang dicari masih tak dijumpai. Hampir-hampir putus asa. Mujur, kakak terakhir yang ditanya menunjuk kami ke jalan yang benar dalam bahasa Inggeris. Langkah kanan sekali, seminit dua selepas kami sampai, rupa-rupanya ada pertunjukan marching dari polis-polis diraja di hadapan bangunan yang tersergam putih itu. Sempat dirakam oleh rakan-rakan. Kasihan, ada seekor kuda bertatoo yang ter‘sakit perut’ ketika formasi sedang berjalan. Cuak bangat barangkali melihat tourist. Hee. 

Palacio Real ( second largest Royal Palace in western Europe)

Tamat formasi, kami melihat jam di tangan. Gerak! Sejam setengah lagi bas kami akan bertolak ke Cordoba. Segera mencari metro terdekat, metro Opera?! (baru perasan betapa Real Palacio yang jenuh dicari letaknya hampir sahaja dengan hostel kami. Cess..). Kami ke stadium Real Madrid semula. Dan kemudian pulang ke hostel, mengambil barang-barang, berwudhu, check out dan terus bergegas menuju terminal Méndez Álvaro. 200pm tepat Secorbus meninggalkan estachión de autobuses menuju Cordoba. Perjalanan 5jam bermula. zZzz yang pastinya. Sesekali membulat mata kami melihat suhu yang terpapar pada skrin dalam bas. Mencecah 34oC???! 

Jelajah ini memang praktis untuk balik malaysia!


C O R D O B A

7 petang di Cordoba, tapi cuaca masih terik seperti 430pm waktu Malaysia. Terpinga-pinga sebentar untuk mencari hostel kami. Tiada sistem Metro seperti di Madrid. Kami mengambil bas seperti yang dipandu kaunter informasi. Seorang makcik yang turut sekali naik bas dengan kami dengan baik hatinya mahu menunjuk jalan kepada kami. Bahasa isyarat digunakan, kasihan makcik tu. Beliau peramah, banyak sahaja yang ingin diperkatakan kepada kami, tapi language barrier mengatasi segalanya. Sudahnya, dia turun bas bersama kami, melintas jalan Cordoba yang lengang menuju lokasi hostel kami. Sempat juga dia menunjuk bangunan ‘berkarat’ yang dibina kononnya atas konsep kemodenan. Tapi kami faham juga bila dia kata dia tidak suka akannya. Jauh juga kami berjalan. Ouh, kami benar-benar terharu dengan pertolongannya.

Gerbang memasuki kawasan hostel kami

Petang itu juga, selepas meninggalkan barang-barang, kami keluar semula untuk melihat-lihat Cordoba. Bandar yang aman, jalan raya yang sangat luas tapi lengang, jauh dari hiruk pikuk Madrid. Ouh, terasa suka sekali berjalan di bandar ini. Kebanyakan masyarakat setempat yang ditemui adalah pakcik makcik bertaraf atok nenek. Tak tahu kenapa, tapi mungkinkah bandar ini majoritinya dihuni warga tua? Kala bertembung, acapkali mereka memandang aneh kepada kami. Renungan yang seolah tidak pernah melihat makhluk berkerudung berjalan-jalan di muka bumi. Tapi bila dilemparkan senyuman, mereka senyum kembali. Serta merta mereka menyapa kami dalam Spanish. Hikmah senyuman pembuka bicara. =) Walaupun kami tidak faham perkataan yang disebut walau sepatah, tapi sedikit sebanyak dapat juga mesej yang ingin disampaikan. “Di Spain – No ENGLISH. Enjoy Cordoba!”. Kami senang hati melihat keramahan penduduk Cordoba. Hati yang mendung duka juga menjadi ceria.


damai Cordoba, saya suka city ini =)

Petang itu kami berjaya menemui supermacado. Setelah mengenal pasti arah datangnya makhluk-makhluk yang menjinjing plastik ‘Mercadona’ dan bertanya. Baru hari ini terasa betapa berfungsinya logo-logo yang dicetak pada plastik shopping. Itulah manusia, kurang menghargai apa yang ada..


No comments:

Post a Comment

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial