"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya" (3:102)
Ayat ini mengisyaratkan kepada kita untuk membiarkan hati ini berusaha keras mencapai taqwa menurut batas kemampuan yang ada pada diri kita. Setiap kali kita mendekatkan diri kepada Allah dengan ketaqwaan maka akan terbukalah hati untuk berusaha mencapai kedudukan yang lebih tinggi dari apa yang telah dicapai, dan merindukan darjat yang ada di atas apa yang telah diraih. Muhammad Ahmad Rasyid pernah mengatakan "ketinggian itu hanya boleh diraih dengan kelelahan", seolah-olah memberitahu kepada kita betapa sukarnya mendapat sebuah ketaqwaan yang sebenar.
Marilah sejenak kita mengambil pengajaran dari Hadith Qudsi, dari Allah, Pencipta dan Pemilik kasih sayang dan cinta, yang menitipkan kasih sayang antara hati-hati, yang mengekalkan ikatan antaranya, yang memperteguhkan janji ikrar mereka untuk menjadi 'teman ke syurga', Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
"CintaKU mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana AKU, CintaKU mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana AKU, CintaKU mesti bagi orang yang saling menasihati kerana AKU, CintaKU mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana AKU, CintaKU mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana AKU"
(Hadith Qudsi)
Lihatlah betapa Allah menjanjikan cintaNya yang Maha Agung kepada "teman ke syurga". Besarnya kemuliaan Allah janjikan kepada mereka yang mendasari perhubungan kerana sama-sama mahu mengejar redhaNya. Kerana menjadi teman ke syurga lantas dikurniakan pula teman ke syurga.
Ayuh, perbaiki diri !
saling memberi dan menerima
ihsan daripada tazkirah Jumaat PPIMI
Temanku Mz...
ReplyDeleteMoga persahabatan kita kekal dalam rahmat tuhan...
Moga tuhan redhai..dan moga kita jadi teman ke syurga..
amin..perkabulkanlah Ya Allah..