Mengapa perlu berjauh fikiran selagi diri belum melangkah?
Mulakan dahulu, dan berdoalah.
Selanjutnya serahkan kepada Allah. Dia tidak menilai sebesar mana kejayaan kita di penghujung jalan, sebaliknya DIA melihat kepada USAHA kita. Apa yang kita lakukan di pertengahan. Apakah niat kita benar-benar untuk mencari keredhaan? atau sekadar sanjungan manusia...
Untuk itu.. harus perbaharui niat sentiasa.
Amalkan memperbetul niat yang selalunya mudah bengkok dengan bisikan-bisikan halus syaitan.
Temanku semalam mengajar aku sesuatu perkara.
Amalkanlah BERTAWASUL...
Kerana dengan bertawasul akan memelihara hati kita. Dari perasaan-perasaan yang tidak sepatutnya. Dari rasa riya' (berbangga apabila orang melihat kita)..dari ujub(mengagumi kehebatan diri) dan sifat-sifat mazmumah lain.
Dengan bertawasul, kita akan merasa diri sifar. Diulangi SIFAR. Merasa diri tidak berbuat. Tiada apa pada diri kita yang menjadikan kita hebat, dipandang Allah...meskipun kita berusaha beramal dan beribadah sebanyak mana. Wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya:
"Janganlah engkau tertipu dengan kebaikanmu walaupun banyak kerana engkau tidak tahu adakah ianya diterima atau tidak."
Tawasul itu adalah satu kaedah.. di mana kita merasakan diri kita tidak layak, malah memiliki banyak dosa yang mana kalaulah kita berdoa, doa kita susah nak dikabulkan Allah disebabkan terhijab oleh dosa-dosa kita tadi.
Jadi kita memohon (berdoa) kepada Allah dengan menyebut nama kekasihNya (siapa lagi kalau bukan RASULULLAH saw). Semoga dengan berkah nama Muhammad kekasih Allah itu..Dia mengabulkan hajat-hajat kita..insyaAllah.
Amalan bertawasul seperti ini boleh dilakukan contohnya bagi pelajar...sebelum menjawab soalan exam.
Misalnya.. dengan berdoa; "Ya ALLAH.. dengan berkat Rasulullah S.A.W. Engkau bantulah dan dorongilah aku untuk menjawab dengan baik.."
Namun, harus jangan lupa, kita bertawasul dengan Nabi Allah.. seharusnya kita menjaga adab-adab kita dengan baginda. Maka, berselawatlah dahulu sebanyak-banyaknya dengan hati yang suci dan bersih sebelum kita bertawasul dengan baginda. InsyaAllah..adab yang demikian lebih disenangi Allah terhadap hamba-hambaNya.
Hakikatnya, bertawasul ini bukan sahaja boleh dilakukan dengan menyebut nama Rasulullah SAW..tetapi boleh juga dengan wali-wali Allah, alim ulama.. malah dengan amal kebaikan yang kita ada. Tetapi, bertawasul dengan amal kebaikan juga harus betul caranya. Bukan dengan merasakan diri kita ini beramal (dengan kata lain merasa diri berbuat). Bahkan, amal yang kita lakukan itu sangatlah sedikit jika hendak dibandingkan dengan para rasul terdahulu..para sahabat. Kita memohon pada Allah dengan meletakkan harapan pada ganjaran Allah untuk amal-amal yang telah kita lakukan, tetapi pada masa yang sama juga merasa rendah diri, kecil dan hina dengan amal kita yang tidak seberapa. Itulah cara yang betul untuk bertawasul dengan amal kebaikan.
Contoh jelasnya, adalah dengan berdoa;
"Ya Allah, sekiranya ada lah sedikit pahala dari segala amalan yang pernah hambaMu ini lakukan, Engkau selamatkanlah orang itu..".
Doa ini mestilah diiringi dengan rasa penuh harap, penuh kehambaan... bukan berbangga dengan amal yang kita ada.
InsyaAllah, dengan mengamalkan tawasul ini dapat menghindarkan hati-hati kita dari dosa-dosa syirik kecil (iaitu perasaan riya', ujub dan rasa-rasa yang tidakj sepatutnya ada dalam hati-hati orang yang mukmin).
Bagi kita yang teringin menjadi mukmin yang berjaya dunia akhirat, adalah sangat PENTING untuk memelihara hati kita dari perasaan-perasaan tadi, kerana sesungguhnya dalam beramal kebaikan itu juga ada tipu dayanya.
Mengapa riya' itu termasuk dalam dosa syirik kecil?
Sebabnya begini. Apabila diri kita riya', kita merasa berbuat. Kita bersandar dengan amalan-amalan kita. Kita merasakan kita sudah hebat, selamat. Walhal tanpa kita sedari sebenarnya hati kita semakin jauuuuuh dari Allah. Tidak menyedari bahawa dengan perbuatan riya' tadi, terbatal segala amalan-amalan yang kita lakukan itu. Kerana itu lah dosa riya' disamakan dengan menyekutukan Allah. Menyekutukan Allah dengan amalan.
Dan ingatlah,
Orang yang mati dalam keadaan merasa dirinya tidak selamat,lalu berharap dan bergantung kasih dengan tuhannya, minta disyafaatkan..merasakan diri zero..penuh dengan dosa dan apa-apa jua rasa yang membawa diri ini keji dan hina di hadapan tuhannya, itulah org yg selamat.
Merasakan diri SiFAR
KOSONGkan diri
Merasakan Diri Tidak Berbuat
nak post benda nie pun hati berbalah-balah
moga terpelihara dari rasa-rasa mazmumah
moga perkongsian ini bermanfaat
buat sekalian yang membaca
insyaAllah
subhanallah....maha suci Allah
ReplyDeletegreat entry..
ReplyDeletepasal hati pasal niat ni...
memang kena salu check diri
tqvm sista!
Menyampaikan cuma setitis dari ilmuNya..
ReplyDeleteBersama kenali hati ;)