~Bismillahirrahmanirrahim~
Lama tidak mengepos semenjak salji menghiasi bumi Dublin
BUSY??! Nak kata sibuk tidak juga.
Tidak tahulah mengapa.
Sekadar satu pesanan seorang kakak kepada aku,
dan pesan aku kepada kita
hidup ini takkan pernah ada waktu untuk bersenang
sebab kita nak mendapatkan SYURGA
dan syurga itu MAHAL harganya
memang tak patut untuk bersenang-senang lalu memperolehnya
sebab itu orang kata
jalan dakwah itu berduri
jalan tarbiyah itu berkaca
kalau kau tersungkur
kau harus bangkit semula
sebab Tuhan tidak pernah menjanjikan jalan yang mudah
untuk kita mendapatkan SYURGA
bahkan pesanNya kepada kita,
"Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka, siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya."
[18:7]
Bukankah ujian itu fitrahnya pahit
Kalau tak masakan kau menangis kerananya
Kau mengeluh,
Tapi usah kau lupa, Dia ada bersama kita; sentiasa
"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui
apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami
lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."
[50:16]
Dia mendengarmu
Dia melihatmu
Apakah kau mengingatiNya hari ini
Apakah kau bermohon padaNya pagi ini
Apakah dalam perkataanmu hari ini, terselit namaNya
Itulah proses cinta
Cinta antara kau dan Dia
Cinta antara Tuhan dan hambaNya
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk SYURGA,
padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar..."
[68:142]
Not a Tambahan: Jangan kau fikir dakwah dan kamu adalah entiti berbeza, sebab kau didatangkan ke dunia dengan misi itu. Kau manusia, bukan gunung, langit atau bumi. Kau adalah makhluk yang telah berjanji untuk memikul amanat itu...Sila rujuk 33:72.
Mengutip bicara mereka; jika kita tidak menyibukkan diri kita dengan benda-benda besar, kita akan disibukkan dengan perkara-perkara yang kecil.
~ada benarnya...
pepatah melayu ada mengatakan..bersusah susah dahulu di dunia..bersenang-senang kemudian di akhirat...
ReplyDeleteSmge diri ini benar2 mengikuti pepatah itu...
ReplyDeleteInsyaAllah.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih ;)