myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Thursday, February 26, 2009

Ibrah seketul 'sponge'

Suatu hari lalu, aku melangkah ke dapur. Semak pemikiran dengan keaadaan dapur kami yang tidak terurus. Haih, teruk sungguh. Memang malulah kalau tetamu datang. Haih, haih, haih. Lalu aku mengambil seketul sponge diGi (kuning) itu, untuk mengelap mana-mana yang patut. 

Eeii.. kotornya sponge nih. Pegang pun rasa sungguh tak sanggup sekali. Sudahlah kotor dengan kesan-kesan apalah yang pernah dilap dahulu, sepertinya berlendir pun ada. Haih, mesti sponge ini sudah lama terbiar tak digunakan. Ish.. ikutkan hati mahu saja dilontar ke dalam mulut tong sampah yang setia ternganga (mari guna sponge baru~ hihi).  Tapi, memikirkan dapur yang bakal dilap nanti pastinya bakal mengotorkan sponge yang baru, hajat dimatikan. Tak mengapalah, kita lap dapur guna sponge yang hodoh ini dahulu. Biar ia berbakti. Hehee.

Lalu aku mengelap dengan sesungguhnya. Kupaksa sponge yang kurang menyenangkan itu menyental percikan-percikan minyak yang menempel di atas dapur eleltrik itu sekian lama. Agak sukar untuk dibersihkan, tambah mungkin tompokan-tompokan minyak itu sudah dibiar begitu lama. Inilah dia, kotoran tidak boleh dibiar terlalu lama, kan sudah susah begini, ngomel si kecil yang di dalam. Hmph..hm.

Berulang kali sponge itu kumandikan, kusabuni dengan 'lemon light' dan kusental di permukaan-permukaan yang penuh kotoran, bakteria juga barangkali. Sampailah aku berpuas hati. (Hakikatnya sudah tidak larat lagi).

Wahaha..akhirnya dapurku bersinar kembali~ (hiperbola ini)
Puas hati, sekurang-kurangnya, dapur itu tidak seteruk tadi. Lebih bersih dan tersusun. Lebih selesa kalau dipandang. Senang mata menatap, senang juga hati di dalam. (bahagiakah..haha)

Tiba-tiba aku terperasankan sesuatu. Haih, lihat sponge yang menjijikkan tadi. Sudah kembali kuning bersih tanpa lendir-lendir yang menggugat perasaan. Wah! Kagumnya aku. Kelihatannya seperti masih baharu. Membuat hati aku sayang sekali. Tiada lagi rasa mahu melontar ke dalam tong sampah. Haih, sesuatu yang baru untuk dipelajari pada hari itu.

Sponge itu, kalau dibiar lama tanpa diguna, menjadi kotor berlendir menjijikkan sekali bagi sesiapapun yang memegangnya. Begitu juga hati kita. Kalau dibiar berhari-hari tanpa 'santapan ruhani', tanpa kalam-kalam Allah... pastinya hati akan menjadi hitam dan kotor seperti sponge tadi. Sebaliknya, sponge itu setelah dimandikan, disabuni dan digunakan, hasilnya ia menjadi kuning asal dan kembali berseri. Begitu juga hati. Kalau disiram dengan ayat-ayat Tuhan setiap hari, insyaAllah akan hilanglah titik-titik noda yang ada padanya. Tiada lagi karat-karat dosa. Jernih kembali dalam fikrah yang sepatutnya. Cucilah hati setiap hari. Pujuk diri ke taman-taman syurga (majlis-majlis ilmu -usrah, halaqah dan segala yang sewaktu dengannya). Memang lazimnya akan terasa berat hati kalau nak ke tempat-tempat sebegini. Sebab syaitan akan bermain tarik tali dengan kita. Tapi, ingatlah pesan Allah...


"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan kepadamu, "Berilah kelapangan di dalam majlis-majlis," maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu..." [58:11]


"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." [9:41]



Haih, sponge dan hati.
Dua-dua harus dijaga dan dipelihara.







seketul sponge juga mengajar kita
kejadian tuhan penuh hikmah
Mujahadatun nafsi

4 comments:

  1. mz, i like this entry. meaningful! :)

    // dapur kotor slalu masak ey? bgs2. nnt bley tlg lap rumah sy lak sept nnt. hihi :p

    ReplyDelete
  2. huahuahaa...
    nana, mne ade slalu masak.. sy pun BUKAN pakar memasak,

    bleyh2x..nnt nana msk sdap2...daku tolong lap dapur.
    Upanhnye mesti ade kan nana?

    heehe B)

    ReplyDelete
  3. inginkan pembantu rumah indonesia??
    hubungi no yang tertera di bawah...pasti hidup anda lebih mudah dengan kehadirannya...

    0174442424
    -deprianto-

    ReplyDelete
  4. maaf, saya tidak berminat
    sendiri masih punya tulang empat kerat,

    mengapa mahu pembantu rumah???
    (seboleh2nya tidak mahu..hhu)

    ReplyDelete

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial