myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Sunday, May 23, 2010

10 hari


Sendi lengan kanan sudah lenguh-lenguh. Allah... pasti akan berlalu dengan cepat. Suhu Dublin sudah semakin meningkat. 22darjah Celcius. Padanlah tubuh saya boleh bertahan mandi air paip sejuk tanpa air panas. (shower sudah tidak mahu mengeluarkan air semenjak pakcik plumber datang, dan sekarang paip yang pakcik plumber betulkan juga sudah tidak mahu mengeluarkan air panas..huhuh).

Mujur, sekarang suhu air sejuknya bersinergi dengan peningkatan suhu persekitaran menjadikan hari-hari seperti mandi air terjun gunung Ledang. Sejuk! Tapi masih boleh bertahan..

Hurm, mungkin perubahan cuaca ini yang menjadikan diri separa demam. Ya, hari pertama di London yang amat-amat panas, dengan kami terpaksa berjemur lama menunggu pasukan 'changing guard' yang lambat betul kunjung tiba. Huhh.. Dan Dublin juga sekarang sudah menjelmakan panasnya.. Saya pun sudah sanggup membuka luas tingkap bilik sepanjang masa.^^ Heater juga sudah diturunkan ke nombor 3. Hurm, amannya cuaca...

Cuma yang kurang amannya cuaca di dalam badan. Rasa macam demam kura-kura. :)

10 hari. Apa yang perlu saya buat dalam tempoh 10 hari ini yea. Saya tahu..2x.

-menjahit seluar yang labuh dan benang yang tertetas...
-mengemaskini bilik dan buku-buku medikus
-menyusun atur nota-nota lama
-memasak untuk memakan..hhe
-ohh. membaca
-membasuh kasut..aha.betul!
-membasuh sweater-sweater dan coat seangkatannya
-membuat buku rahsia..
-membeli tepung, halia, susu, tomato dan...
-mengemas dan menimbang beg balik kampung
-menulis...


Hurm, banyak jugak kerja kita rupanya. Semoga terlaksana semuanya... sebab. Saya nak balik Malaysia!!! =p

Owh, tak tau nak cerita macam mana tentang ekspidisi kecil di London. Perjalanan kami cuma 2hari (tidak termasuk hari bertolak dan pulang). Dengan menggunakan '1day travelcard', maka kami layak untuk menaiki segala jenis pengangkutan (train, bus, tube..) maka berjalanlah kami merayau-rayau di kota London.

Owh, telah menumpang di rumah kakak-kakak yang baik-baik...di Strawberry Hill (Zone 5) ~jauh la kiranya dari London Centre.. Kalau naik bas, 2jam. Naik train, tak sampai 1jam. Hari pertama waktu cari rumah kakak-kakak tu, kami naik bas. Manalah kitorang tahu tiada siapa rajin naik bas pergi Zone 5 tu, hehe..tapi ok jer. Pengalaman... Siap kena tukar 2 bas lagi. Tapi best jer, dapat cuci mata kan..

Maka, saya letaklah beberapa best-shot yang dapat diambil menggunakan khidmat kamera Kodak kita.. biarlah mereka bercerita..



Ramai sangat orang datang sini, semata-mata nak tengok 'changing guard' istana queen nih. Padahal, changing guard ni tiap-tiap hari ada. Betapa ramainya pelancong kota London..huhu.
penat nak meninggikan diri time nih, dahlah matahari terik!

Ni dia, hasil usaha keras, dapat jugak.hehe..
smart kan! ada video dia kalau nak tengok...tapi 'horror' lah, orang rendah yang rakam nak mengatasi mat salleh yang tinggi dan duduk depan.

Nie kereta berkuda merah, yang bawa tetamu-tetamu kehormat diraja (sori, tak kenal la anta semua..hahaha)

dengan menggunakan khidmat tube underground kami melangkah ke serata kota London

Nie jambatan femes, nama..urm.Tower Bridge.

pondok telefon (juga trademark London) unik dan cantik! :)
[antara benda yang paling sy suka dekat London]

'Big Ben' antara yang menjadi sebutan jugak. Oh, orang separa alcoholic atas train tu tanya, what do think of it? I said, "oh,not that big" ..suka hati. haha. siapa suruh mabuk.

Har..menangkap gambar di waktu malam sangatlah susah. Tapi, ni dapat Big Ben and the Moon! yeay! hee.. cantik kan gambar ni. ;)


Tulip-tulip di Hyde Park
Since spring is over..bunga-bunga pun dah terlebih kembang dan mula layu

Aha, duck comel nie kirim salam

Eye of London di waktu malam..duduknya di tepi sungai
(juga bukan senang nak dapatkan pic sharp macam ni)

tak tau apa motif kepala kuda ni duduk sini
pernah ada pembunuhan kuda beramai-ramai ke?

Trafalgar Square

menatap kota London buat kali terakhir...

Dan tepat jam 1130 (sepatutnya jam 0000, tp alhamdulillah pakcik bas yang baik hati sudi memasukkan kami ke dalam mini bus yang kosong) kami bertolak ke rumah angkat kedua, iaitu Stansted Airport untuk bermalam. Sementara menanti penerbangan awal F306 jam 0630 keesokannya. [gambar adalah tempat tidur kami ~memandangkan 'tempat tidur empuk' (kerusi) sudah penuh dengan penghuni]


Gambar-gambar yang diambil pada waktu malam merupakan snap terakhir sebelum kami bergerak mencari Easy Bus di Baker Street untuk ke airport. Sungguh perjalanan di kota London ini entah kenapa sangat memenatkan. Baru seharian berjalan, hari kedua masing-masing rasa macam tak larat nak menapak dah.. hhe.

Alhamdulillah, ada banyak kedai halal di London, dan ramai juga muslims terutamanya pak n mak arab. Sungguhpun begitu, kantin makan paling sedap dan murah adalah Malaysian Hall punya makanan! Hehe, sedap sangat chef-chef dia masak. Macam dah balik Malaysia lah pulak kan. Nasi lemak makcik memang terbaik lah..hee.

Sekian, saya nak menutup tirai cerita kota London. Tapi sebelum tu, ada 2benda penting.
Hari ke-2 di Oxford Street, di tengah kesesakan dan keramaian manusia, ada seorang pakcik tua dimasukkan ke dalam ambulans. Polis sibuk mengaut darah di muka pintu kedai Adidas di tepi jalan. Kes apa? Wallahua'lam. (agak mustahil untuk dikatakan pakcik tu sekadar tersadung lalu jatuh hingga berdarah sedemikian..hurm)

Perkara kedua penting, tidur di atas lantai beralaskan plastik sahaja memang menyejukkan. Hanya mampu pura-pura tutup mata selama 1jam 45minit (130-315am) sebelum bangun juga dan bersedia untuk Subuh. Mujur awal. Setiap perjalanan mesti ada pengorbanan dan kesusahan.. sama ada kita redha dan sabar menempuhnya atau mengabaikan erti sebuah penghargaan kepada pengalaman.


teringat pakcik yang mati berdarah
di tepi landasan Metro waktu di..Paris?

No comments:

Post a Comment

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial