myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Wednesday, October 21, 2009

kecil bukan tak bererti


Lama sungguh entri itu saya tinggalkan ya.. Sibuk? Anda boleh kata ya. Minggu saya yang sudah agak payah. Payah dalam erti penyusunan pemikiran. Tapi itu sekadar exam Japanese dan Neuroanatomy (mungkin bersama pemikiran tutorial menjadikan ruang waktu yang sangat terhad). Huhh. Bagaimana pula agaknya minggu hadapan. Kami bakal menghadapi 3 lagi ujian getir. Mujur juga subjek Locomotor Biology ditangguhkan ke Isnin yang berikutnya. Kalau tidak, kami terpaksa bertarung geliga 3hari berturut-turut 4paper! Huhh..terima kasih Allah.

Berkata tentang entri yang lepas, hakikatnya saya tahu bukanlah kesibukan itu yang menghalang. Bahkan sebenarnya saya tiba-tiba hilang yakin. Bimbang pula saya untuk mengolah sendiri.. Berhubung dengan alam yang nampak mudah, tapi selalunya susah untuk diamalkan. Hurmm...

Tanya diri anda, susah benarkah melihat sesuatu lalu meletakkan dihujungnya suatu kuasa yang Maha Sempurna iaitu Tuhan. Setiap hari, bermacam perkara berlaku dalam hidup kita. Dari kita buka mata hinggalah Allah menutupkannya semula, kalaulah anda seorang yang mencatat segala yang berlaku dengan terperinci, mungkin anda tak punya masa untuk mengolah semua kejadian ini.. Kerana terlalu banyak hikmahnya. Terlalu dalam impaknya, yang terkadang tak tercapai dek akal manusia. Tapi, dalam sebanyak-banyak perkara itu.. apakah pernah kita memikirkannya walau sebarang dua? Ataukah dalam satu hari itu anda langsung tidak pernah ambil peduli tentang setiap keremehan yang terjadi? Mungkin statusnya 'remeh' di mata kita, tapi sungguh tinggi nilainya bagi mereka yang berfikir...



"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar?..."
[22:46]

Semalam, dalam perjalanan dari rumah ke rumah (di daerah UCD) seorang sahabat memukul dahan pohon-pohon yang telahpun menguning dedaunnya. Katanya mahu membuat adegan filem Korea (=p). Kerana saat ini di daerah kami telah mula menunjukkan ke'autum'annya. Pohon-pohon menguning dengan cantiknya bersama helaian-helaian daunan yang bertaburan. Tapi, paluan raket skuasy itu tidak berjaya menggugurkan sehelai daun pun. Kami berpandangan. Sekadar tersenyum dengan ketidakberjayaan tadi.


'autumn on goin'

Seketika teman saya itu berkata, "Tengok, kalau Allah dah kata daun ni takkan gugur, tetap takkan gugur walaupun ia dah kering di atas dahan."

Benar. Benar sungguh kata-katanya. Masyaallah, subhanallah... Mungkin saya malas menggunakan akal untuk berfikir tentangnya..terima kasih Allah kerana menghantar teman ini untuk menyebutkannya kepada saya.. alhamdulillah.

"Jum, kita cuba lagi yang itu," sengaja saya mengajak teman saya mencuba lagi, kali ini pohon yang letaknya lebih jauh dari kami. Satu, dua (kasihan pokok itu tentu sakit dipukul oleh kami..isk). Sehelaipun tidak gugur.

"Kan Allah dah kata, kalau 'tak gugur' maka tak gugurlah." Ulangan suara versi berbeza yang menderaikan tawa kami. Kami pun berlalu. Betapa hebatnya kuasa Allah... Itu baru sekecil-kecil perkara. Kalau insiden-insiden yang lebih besar, masyaAllah.. hanya tinggal kita sama ada mahu memikirkannya atau tidak.

Laluan saya untuk pulang ke rumah, misalnya. Selalunya saya akan pulang sekadar berjalan kaki kerana bas di laluan ini sangat kurang frekuensinya di petang dan malam hari. Setengah jam 'gap' masa yang membolehkan saya sampai dahulu dengan senang hati (tak perlu stress menunggu bas, tak perlu keluarkan syiling lagi..hhe). Kalau diikutkan sebenarnya terlalu banyak perkara yang boleh saya fikirkan. Interaksi dengan alam bukan sekadar tertakluk kepada pohon-pohon, awan, langit, bulan, burung dan yang seangkatan. Tapi, setiap yang berlaku sesama manusia juga antara cara kita berhubung denganNya. Kerana setiap yang berlaku adalah takdir Allah, telah awal-awal lagi tercatit dalam ketetapanNya.

Satu hari, saya menapak ke uni, hampir di persimpangan 'pintu belakang' seekor anjing yang kelihatan tak terurus fizikalnya berlari kecil dari sebuah rumah, memotong sisi saya, lalu masuk ke rumah yang satu lagi. Seketika ia keluar semula, memotong lagi, saya tak pasti apa yang diperbuatnya. Tapi anjing itu telah 'menemani' saya smpai ke uni. Malamnya, saya pulang lewat, kerana kelas bahasa selalunya habis dalam lingkungan 8pm. Hampir di persimpangan itu semula, tiba-tiba saya dikejutkan dengan kehadiran anjing itu lagi. Hampir-hampir heart attack bila tiba-tiba makhluk itu muncul dari hadapan kala diri khusyuk berjalan kaki. Saya memotong, anjing itu berpatah balik. Dan berlari anak memotong saya lagi. Lakunya juga seperti tadi, masuk ke halaman rumah ke rumah. Subhanallah, apakah sejak pagi tadi ia berulang alik begitu?? Agak-agaknya apakah hikmahnya Allah tentukan begitu yea.. sampai sekarang belum bertemu jawapannya. Agak-agak anda?


"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada ALLAH,
sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri.
Mereka itulah orang-orang fasik.."
[al-Hasy:19]

"Sesungguhnya makhluk begerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan ALLAH ialah mereka yang tuli dan bisu (tidak mendengar dan memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.."
[al-Anfal:22]



Gembira tak bila ada Irish baby dalam pram yang
tiba-tiba melambai anda tika jauh anda berjalan kaki
haihh..sangat sangat sangat comel!!!!
(bukan senang baby kat sini murah hati nak bermesra sndr)
yosh~ hilang penat jalan kaki =p
(miggu hr tu je ada 2 baby..wawa)

1 comment:

  1. kadang-kadang kehidupan kita sering dipisahkan dgn tuhan..bagusnya perkongsian ini..

    kaitkan la semunya ngn si DIA...dr sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara..jangan biarkan akidah kita lari dari landasan yg sbenar..iA

    ReplyDelete

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial